Apa Yang Accounting Firm Buat (Dan Beza Dengan Juruaudit Yang Ramai Keliru)

Panduan ini mengandungi semua perkara yang anda perlu tahu berkenaan accounting firm.

Ramai di antara kita keliru dengan perbezaan di antara accounting firm dengan juruaudit.

Ini merupakan artikel yang anda patut baca sehingga habis.

accounting malaysia

Setiap perniagaan, sama ada kecil atau besar pastinya memerlukan sistem yang tersusun untuk memudahkan urus niaga, perbelanjaan dan pertukaran.

Secara umumnya, perakaunan dalam perniagaan terbahagi kepada dua kategori iaitu perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.

Perakaunan kewangan menyentuh maklumat yang disediakan oleh syarikat kepada orang awam.

Sementara perakaunan pengurusan merujuk kepada hal-hal berkaitan maklumat berkenaan syarikat itu sendiri, seperti kos barang, sasaran keuntungan dan kos gaji pekerja yang tidak didedah kepada orang awam.

Secara umumnya setiap syarikat perniagaan akan melantik atau mengupah akauntan untuk kerja-kerja merekod urus niaga dan menyediakan penyata kewangan syarikat.

Di Malaysia, terdapat banyak accounting firm (firma perakaunan) bagi membantu hal berkaitan urus niaga syarikat dan memberi khidmat nasihat untuk mengembangkan perniagaan.

Apa Tugas Seorang Akauntan?

accounting firm in malaysia

Tak ramai yang sebenarnya faham tugas-tugas yang dilakukan oleh seseorang bergelar akauntan.

Malah ada juga yang sering menyamakan peranan akauntan itu sama seperti juruaudit.

Sedangkan kedua-dua profesion ini adalah berbeza.

Di sini kami senaraikan tugas-tugas yang dilakukan oleh akauntan.

1. Akauntan merupakan pihak yang diupah oleh sebuah syarikat perniagaan untuk merekod dan mengumpul aktiviti urus niaga harian untuk disediakan dalam bentuk penyata kewangan syarikat.

tax services malaysia

2. Akauntan bertanggungjawab menyediakan dokumen berkenaan aktiviti transaksi kewangan syarikat.

3. Akauntan adalah pekerja tetap di setiap organisasi (amat jarang menggunakan outsource).

4. Fungsi akauntan di bawah arahan lembaga pengarah syarikat.

Jadi apa pula bezanya dengan juruaudit? Di bawah ini adalah penerangannya.

Maksud Pengauditan dan Apa Yang Juruaudit Lakukan?

Walaupun juruaudit juga mempunyai kepakaran dalam perakaunan, namun tugas-tugas mereka berbeza dengan akauntan.

Ini antara tugasan mereka:

1. Juruaudit adalah pihak luar yang dilantik atau disewa oleh syarikat perniagaan untuk melaksanakan audit secara tidak langsung.

2. Perlu bersifat neutral dan tidak berat sebelah.

3. Menganalisis dan menilai buku-buku yang disimpan oleh akauntan bagi meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan dalam syarikat.

4. Mengesahkan kerja-kerja dilakukan akauntan untuk mengelakkan penipuan dan tiada fakta yang salah (jika wujud).

Kini, anda sudah jelas dengan perbezaan tugas-tugas antara akauntan dan juruaudit.

Sehubungan itu adalah penting untuk setiap syarikat mempunyai pihak berkepakaran dan bertauliah dalam menjaga, mengurus dan menyediakan laporan kewangan tahunan.

Peranan Accounting Firm

Bagi sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan, urusan membuat akaun amat memeningkan.

Ia memakan kos yang tinggi, selain tidak mendapat maklumat tepat untuk menyediakan penyata kewangan.

Ini termasuklah isu berbangkit mengenai cukai, urusan audit dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Rata-rata accounting firm di Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada syarikat perniagaan dan korporat terutama yang berkaitan perakaunan, maklumat syarikat, cukai dan perundangan.

Accounting firm juga bertanggungjawab memberi khidmat berdasarkan masalah dalam sesuatu perniagaan, keperluan dan kehendak, selain memberi nasihat, latihan dan konsultasi.

Tengku Azrul & Co – Accounting Services Malaysia

accounting firm malaysia

Tengku Azrul & Co menawarkan khidmat penyediaan dan penyelesaian terhadap laporan kewangan perniagaan.

Accounting firm ini terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan dengan lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang ini.

Tengku Azrul & Co telah memberi khidmat terhadap hampir 150 perniagaan yang pernah berdepan dengan masalah kewangan dan cukai melalui tujuh jenis perkhidmatan utama.

Antara perkhidmatan mereka adalah:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Adakah perniagaan anda menghadapi masalah kewangan?

Adakah anda masih buntu dalam menyediakan penyata kewangan?

Adakah anda memerlukan khidmat nasihat untuk mengembangkan perniagaan?

Tengku Azrul & Co boleh membantu anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini