Jawapan Tentang Kekeliruan Apa Itu SST (Ada Di Sini)

Ramai rakyat Malaysia yang tidak faham apa itu SST. Benarkah cukai SST akan menyebabkan kenaikan harga barangan?

Walaupun Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) sudah diperkenalkan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST, masih ada rakyat yang tidak memahami apa itu SST.

Untuk memahami maksud SST, ia dikenakan ke atas pengilang sahaja di peringkat output dan tidak boleh dituntut.

Ia juga lebih mudah dianggap sebagai kos kepada perniagaan.

Perbezaan GST dan SST

Berbeza dengan GST, ia dikenakan kepada pengguna sesuatu barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga kepada pengguna itu sendiri.

Menerusi GST, kadar yang ditetapkan hanya 6% di mana pengguna tahu nilai sebenar yang dikenakan pada satu kadar.

Bagaimanapun cukai SST mempunyai kadar yang berbeza, iaitu 5%, 10% dan ada juga kadar spesifik yang ditentukan kerajaan.

Keadaan ini menyebabkan pengguna sukar mengetahui kadar cukai yang dikenakan dalam bentuk harga.

cukai sst

Bagi orang ramai, apa sahaja cukai yang dikenakan seolah-olah beban yang terpaksa ditanggung dalam kehidupan.

Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak memahami konsep pelaksanaan SST Malaysia secara menyeluruh.

Ini antara persoalan yang sering ditanya berkenaan dengan apa itu cukai SST:

1. Adakah harga barang akan menjadi lebih murah dengan SST?

Ini antara soalan yang kerap ditimbulkan oleh pengguna kerana bimbang dengan tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan.

Sehingga kini kerajaan mengumumkan 38% ‘bakul barangan’ indeks harga pengguna (CPI) dikenakan SST berbanding GST yang melibatkan 60% bakul barangan.

resit sst

Bakul barangan CPI merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang pengguna akan beli dan bayar.

Ianya berdasarkan hasil kajian Tinjauan Jabatan Statistik mengenai Perbelanjaan, pendapatan dan Isi Rumah, Pendapatan dan Perbelanjaan.

Antara barangan yang dikenakan SST sebanyak 5% adalah makanan segar seperti daging (unta, arnab), makanan laut, sayur dan buah, daging diproses dan makanan kering.

Manakala kadar 10% dikenakan terhadap rokok, barangan kosmetik, minum dan gula.

Berikut adalah barangan yang dikecualikan SST (0%):

  • ayam,
  • itik,
  • ikan segar,
  • kambing,
  • bihun dan mee kuning,
  • rempah ratus,
  • telur ayam dan itik,
  • bijirin,
  • sardin,
  • vitamin,
  • insuran kesihatan individu,
  • dan susu formula bayi.

2. GST atau SST – mana yang lebih telus?

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini pernah menyatakan sistem percukaian GST lebih telus kerana setiap pihak di dalam rantaian bekalan boleh menuntut semula cukai yang dibayar.

Berbeza dengan SST, harga barangan boleh dinaikkan secara sesuka hati oleh mana-mana pihak.

Malah ada juga yang berpakat dengan syarikat-syarikat lain untuk lari dari cukai.

Namun keburukan GST dapat dilihat menerusi tuntutan yang dibuat peniaga mungkin mengambil masa sehingga berbulan-bulan.

apa itu sst

3. Bolehkah saya dikenakan kadar 6% dan 10% sekaligus?

Secara asasnya, pengguna hanya dikenakan cukai 6% untuk perkhidmatan tertentu, manakala cukai 10% dikenakan terhadap pengilang.

Ada orang suka kira harga dari awal rantaian bekalan.

Contohnya, anda beli setin air berkarbonat di sebuah kedai, air tersebut telah dicukai sebayak 10% di kilang, dan kedai pula mengenakan cukai perkhidmatan 6%.

Meskipun pengguna tidak dikenakan cukai 16%, ada di kalangan pengguna menganggap cukai awal mempengaruhi harga akhir barangan yang dibeli.

4. Apa hak peniaga untuk kenakan caj tambahan kepada SST?

Walaupun kerajaan memperkenalkan GST atau SST kepada pengguna, ada juga di kalangan peniaga mengenakan caj perkhidmatan yang lain yang dianggap sebagai tip atau upah.

Keadaan ini kebiasaannya berlaku di restoren dan hotel bertaraf empat atau lima bintang dan spa.

Anda boleh melihat caj yang dikenakan pada bil atau invois yang diberikan kepada pelanggan.

Bantuan Khidmat Nasihat Percukaian

Tengku Azrul & Co merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penyediaan dan penyelesaian laporan kewangan perniagaan.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesan dan perunding perniagaan terlatih khusus untuk menasihat dan membantu perniagaan di Malaysia.

Terdapat tujuh perkhidmatan utama ditawarkan kepada syarikat-syarikat perniagaan dan individu dengan 150 senarai klien sepanjang 8 tahun di dalam industri ini.

Sekiranya anda mempunyai masalah atau memerlukan bantuan berkenaan percukaian SST sama ada individu atau korporat, contohnya dalam urusan e-pemfailan SST, pendaftaran dan penilaian semula SST, hubungi kami sekarang.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini