11 Langkah Mudah Isi E Filing (Update 2020)

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang cara isi e filing.

Sekiranya anda ingin mengetahui langkah demi langkah cara isi e filing, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Kenapa Perlu Isi EFiling?

Tempoh untuk menghantar borang cukai pendapatan menerusi kepada LHDN bermula 1 Mac hingga 30 April setiap tahun.

Ianya bagi kategori BE iaitu seseorang warganegara Malaysia yang tidak menjalankan sebarang perniagaan dalam tahun yang ditaksir. 

e-filing

LHDN merupakan badan yang bertanggungjawab sebagai pemungut cukai negara.

Mereka mewajibkan semua individu yang memenuhi syarat untuk mengisi dan menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem e-filing.

E-filing merupakan kaedah dalam talian yang lebih memudahkan berbanding pengiraan secara manual yang diperkenalkan sebelum ini.

Di dalam borang taksiran itu, setiap individu perlu mengisytiharkan pendapatan bercukai, pelepasan cukai, potongan cukai dan rebat cukai yang diperolehinya sepanjang tahun sebelumnya.

Ini bermaksud taksiran bagi tahun 2017 dilakukan pada tahun 2018, manakala taksiran tahun 2018 dilakukan pada tahun 2019.

Pengiraan cukai pendapatan akan dijana secara automatik di dalam sistem ini.

Pengisytiharan cukai pendapatan perlu dilakukan setiap individu yang memperolehi gaji minimum RM34,000 setahun atau bersamaan RM2,833.33 selepas pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mungkin ada yang masih belum tahu bagaimana hendak mengira cukai pendapatan.

Ini bagi mereka yang baru memulakan kerja atau baru hendak memulakan pembayaran cukai pendapatan.

Di sini kami kongsikan kaedah mengisi e-filing:

Daftar E-Filing

Bagi mereka yang pertama kali hendak menghantar borang taksiran cukai pendapatan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di eDaftar untuk memperolehi nombor permohonan dan membuka Fail Cukai Pendapatan.

Senarai yang perlu mendaftar di eDaftar adalah:

  • Individu yang memperolehi gaji minimum RM34,000 setahun atau bersamaan RM2,833.33 selepas pemotongan KWSP
  • Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual
  • Individu yang melakukan perniagaan kecil-kecilan atau sendiri
  • Syarikat yang baru memulakan perniagaan
  • Syarikat/individu yang hendak membuat tuntutan bayaran balik kredit cukai yang dipotong dari pendapatan dividen

1. Isi borang permohonan

e-daftar e-filing

Masuk ke laman web eDaftar dan pergi ke pendaftaran individu serta klik pada borang pendaftaran online.

2. Ambil nombor permohonan

permohonan e-filing

Nombor permohonan akan diberi selepas selesai mengisi borang permohonan dan maklumat disahkan.

Ambil dan simpan nombor permohonan kerana ia akan digunakan untuk menyemak status permohonan.

3. Muat naik dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan atau sendiri, salinan dokumen perniagaan perlu dimuat naik.

Individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad Malaysia tidak perlu memuat naik Salinan MyKad.

Bagi bukan warganegara mereka perlu memuat naik salinan passport dan dokumen perniagaan (jika ada).

4. Semak status permohonan

status permohonan e-filing

Anda boleh menyemak status permohonan di pautan http://edaftar.gov.my/info.php selepas beberapa hari.

Anda akan diberikan nombor pin untuk mengisi e-filing sekiranya permohonan berjaya disahkan.

Cara Isi E Filing Borang Taksiran dan Pengiraan Cukai Pendapatan.

1. Login ke pautan ez-HASIL

Buka laman web E-Filing atau azHASIL menerusi http://ez.hasil.gov.my/CI/.

ez- Hasil

Jika anda baru pertama kali ingin mengisi E-Filing, klik pada Login Kali Pertama.

Masukkan nombor PIN dan ikut langkah yang ditetapkan bagi memperolehi sijil digital.

Anda perlu memasukkan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftar selepas mendapat sijil digital.

2. Pilih E-Borang

e-borang

Klik E-Borang dan anda akan melihat pelbagai senarai borang-borang cujai pendapatan.

Pilih borang e-BE merujuk kepada individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan dan pilih tahun taksiran semasa (taksiran tahun 2018 dilakukan pada tahun 2019).

3. Semak maklumat peribadi

maklumat periodai e-daftar

Pastikan kesemua maklumat peribadi yang dinyatakan tepat.

Isi nama dan akaun bank dengan betul sekiranya anda ingin lebihan bayaran cukai dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.

Pembayaran secara baucar akan diberikan jika anda tidak menyertakan nama dan nombor akaun bank.

4. Isi jumlah pendapatan tahunan

Masukkan kesemua jumlah pendapatan yang diperolehi bagi tahun taksiran.

Ia merangkumi pendapatan penggajian, sewa, faedah, dividen, pencen, auniti, diskaun, royalti, premium, bayaran berkala lain dan apa sahaja perolehan dan keuntungan.

borang e-BE

Isi juga jumlah hadiah dan derma yang diperolehi daripada organisasi yang diiktiraf LHDN.

Jika anda menerima Potongan Cukai Berjadual oleh majikan, semak betul-betul ruangan ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam borang EA yang diberi majikan.

Ruang Pendapatan Tahun Ke Belakang boleh diisi sekiranya anda tidak mengisytiharkan pendapatan tahun-tahun sebelumnya yang patut dicukai.

5. Pelepasan cukai, pengecualian cukai dan rebat cukai

Di ruangan ini, anda boleh mengisi kesemua perbelanjaan yang dibenarkan untuk pelepasan, pengecualian dan rebat cukai.

Perbelanjaan ini perlu diisi dengan betul, dilakukan pada tahun taksiran dan bukti/resit pembayaran disimpan.

6. Semak jumlah cukai perlu bayar 

Di ruangan Rumusan, pengiraan cukai akan dijana secara automatik, termausk jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai bagi bayaran balik.

Anda perlu membuat bayaran jika jumlah cukai yang dikenakan lebih besar dari PCB.

Bayaran balik akan dilakukan LHDN sekiranya jumlah PCB lebih besar dari cukai yang dikenakan.

7. Sahkan borang taksiran

Klik pada butang Tandatangan dan Hantar sekiranya anda berpuas hati dengan maklumat yang telah diisi dan pengiraan cukai yang dinyatakan.

Jika anda mahu melakukan perubahan pada maklumat, klik butang Kembali.

Jadilah pembayar cukai yang bertanggungjawab dan bijak dengan memaksimumkan tuntutan pelepasan yang dibenarkan.

Perlu diingatkan, LHDN berhak meminta dokumen dokongan bagi pengiraan cukai tahun-tahun sebelumnya dalam urusan membuat tuntutan.

Khidmat Bantuan Percukaian Profesional

Tengku Azrul & Co merupakan sebuah syarikat yang didukung kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Mereka memberikan khidmat penyediaan dan penyelesaian laporan kewangan perniagaan.

Dengan pengalaman dalam bidang perniagaan dan perakauan selama 8 tahun, Tengku Azrul & Co boleh membantu anda dalam masalah penyelesaian dan pengiraan cukai dan berkaitan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini