Phone: +603 – 4821 4961

Adakah Ini Panduan Lengkap Cukai Pendapatan?

Cukai mungkin adalah terma yang biasa didengar sebelum ini. Namun adakah anda faham tentang cukai pendapatan.

Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan yang diterima di dalam Malaysia.

Terdapat dua jenis cukai pendapatan yang asas:

  • Cukai untuk pendapatan peribadi, iaitu dilevi ke atas pendapatan individu, isi rumah, perkongsian dan milikan tunggal.
  • Cukai perbadanan iaitu cukai yang dikenakan ke atas keuntungan bersih yang diperolehi firma yang diperbadankan.

cukai lhdn

Ia dikuatkuasakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan agensi bertanggungjawab untuk menguatkuasakan akta berkenaan dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.

Setiap individu dan perniagaan yang memenuhi syarat perlu menyerahkan borang taksiran secara atas talian menerusi sistem e-filing kepada LHDN.

Ada beberapa perkara yang perlu diisytiharkan di dalam borang taksiran berkenaan iaitu pendapatan bercukai, pelepasan dan potongan cukai serta rebat cukai yang diperolehi sebelum ini.

Pengiraan cukai adalah melalui e-filing dijana secara automatik.

Anda perlu tahu bahawa tempoh serahan borang dan pembayaran cukai bermula pada setiap 1 Mac dan berakhir pada 30 April atau 30 Jun (bergantung kepada jenis pendapatan yang diperolehi).

Manakala taksiran dilakukan pada tahun yang sebelumnya, contoh taksiran tahun 2018 dilakukan pada tahun 2019).

Sementara itu bagi individu yang baru mula bekerja atau memenuhi syarat dikenakan cukai pendapatan, mereka perlu membuka fail dengan LHDN dan mendaftar di e-daftar.

Selepas salinan kad pengenalan disahkan, pemohon akan mendapat nombor PIN bagi mengakses sistem e-filing.

10 Perkara Yang Perlu Difahami Tentang Cukai

Di bawah kami kongsikan 10 perkara yang anda perlu tahu fahami berkenaan percukaian pendapatan:

1 . Berapa pendapatan minimum yang perlu dicukai?

Bermula tahun 2015, kerajaan mewajibkan pendaftaran fail cukai pendapatan bagi mana-mana individu yang mempunyai pendapatan tahunan yang melebihi RM34,000 setahun selepas pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jumlah pendapatan diperolehi seperti gaji, dividen, royalti, ganjaran, hadiah dan hasil sewaan bersamaan dengan pendapatan bercukai kemudian ditolak dengan pengecualian cukai, pelepasan cukai yang dibenarkan dan potongan cukai.

cukai

2. Jika layak dikenakan cukai, apa perlu saya buat?

Anda perlu mendapatkan nombor cukai terlebih dahulu sama ada secara atas talian (http://edaftar.hasil.gov.my) atau berkunjung ke cawangan LHDN berhampiran.

Untuk pendaftaran, dokumen yang diperlukan adalah:

  • Satu salinan kad pengenalan / kad pengenalan polis / tentera / passport antarabangsa
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terbaru / Slip gaji terbaru
  • Satu salinan sijil kahwin (jika ada)

3. Pengecualian Cukai

Tidak semua jenis pendapatan dikira sebagai pendapatan bercukai atau perlu dikenakan cukai.

Antara jenis pendapatan yang dikecualikan cukai adalah manfaat kesihatan dan perubatan, pampasan, pencen, biasiswa, elaun perjalanan, dividen dan royalti.

Bagaimanapun kadar pengecualiannya bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

4. Potongan Cukai

Sekiranya memenuhi syarat, hadiah dan derma yang diberikan kepada badan-badan diiktiraf kerajaan dibenarkan bagi potongan cukai.

Kadar potongan cukai sehingga kini berjumlah 7% dari keseluruhan cukai pendapatan.

5. Pelepasan Cukai

Ada beberapa perkara dan jumlah yang ditetapkan di dalam dasar LHDN untuk dikenakan pelepasan cukai.

Namun ia bergantung kepada agensi itu sama ada untuk mengekalkan atau mengubahnya.

Pelepasan cukai adalah perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak dari jumlah pendapatan tahunan bagi mengurangkan pencukaian.

Ia bertujuan menggalakkan perbelanjaan tertentu seperti pembelian barangan sukan dan pendidikan.

Ia juga mengurangkan beban kewangan seperti perbelanjaan perubatan dan pembiayaan pendidikan.

6. Rebat cukai

Merujuk kepada keadaan khas yang diberi bagi mengurangkan jumlah pencukaian, di mana jumlahnya ditolak terus dari jumlah cukai yang perlu dibayar.

Ada dua keadaan diberikan rebat cukai;

Pertama, rebat suami/isteri (RM400) bagi mereka yang memperolehi pendapatan bercukai kurang dari RM35,000.

Kedua, bayaran fitrah atau zakat berdasarkan jumlah yang dikeluarkan.

Ia juga keistimewaan kepada umat Islam untuk tidak mengeluarkan dua kali bayaran untuk penyucian harta.

7. Kadar cukai

Ia ditetapkan oleh kerajaan dan jika ada perubahan ia akan diumumkan menerusi pembentangan bajet negara pada Oktober setiap tahun.

Untuk taksiran tahun 2018, kadar cukai adalah seperti di bawah:

pengiraan cukai

8. Potongan cukai berjadual

Satu kaedah pemotongan income tax yang dilakukan secara berjadual, dilakukan setiap bulan dengan menolak dari gaji yang diterima.

Ia bertujuan mengurangkan beban membayar cukai dalam satu amaun yang besar.

9. Bayaran Balik Lebihan Cukai

Jika jumlah cukai yang dikutip menerusi PCB melebih jumlah cukai yang perlu dibayar, maka LHDN akan melakukan pembayaran semula cukai.

Ia boleh diberikan sama ada menerusi akaun yang diberi semasa mengisi borang taksiran atau menerusi baucer khas.

10. Tanggungjawab setiap individu

Setiap individu yang perlu membayar cukai seharusnya berasa bersyukur kerana memiliki gaji yang lebih besar berbanding kebanyakan yang lain.

Maka, jadikan ia sebagai tanggungjawab kita untuk mengisytihar pendapatan dan membayar cukai ini setiap tahun.

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam membuat pengiraan cukai pendapatan, kami boleh membantu anda.

Tengku Azrul & Co merupakan pusat sehenti yang terkemuka menawarkan perkhidmatan penyediaan dan penyelesaian laporan kewangan peribadi dan perniagaan.

tengku azrul

Syariakt ini terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan yang terlatih.

TAZC yang mempunyai lapan tahun pengalaman, berperanan dalam menasihati dan membantu perniagaan di Malaysia untuk berkembang pesat.

TAZC juga menyediakan perkhidmatan perakauan, penubuhan syarikat sendirian berhad, penilaian cukai, rancangan perniagaan, siasatan cukai dan sebagainya.

TAZC menguruskan 150 klien dalam pelbagai cabang perniagaan yang memerlukan perkhidmatan profesional yang berkaitan dengan penyediaan dan penyelesaian laporan kewangan perniagaan.

Klik sini untuk menghubungi TAZC dengan segera

Trackbacks/Pingbacks

  1. E-Filing: Panduan Mudah Isi Secara Online - Tengku Azrul & Co - […] Mungkin ada yang masih belum tahu bagaimana hendak mengira cukai pendapatan. […]
  2. Daftar Syarikat Sdn Bhd: Panduan Lengkap (UPDATE 2019) - […] servis pendaftaran syarikat, TAZC turut menawarkan servis perakaunan, percukaian, penyediaan rancangan perniagaan, penyediaan kertas kerja untuk tujuan pembiayaan dan…

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *