Senarai Pembiayaan Perniagaan Untuk Usahawan

Pembiayaan perniagaan menjadi keperluan mereka memulakan perniagaan, sama ada secara atas talian atau membuka kedai fizikal.

Ada yang menggunakan wang simpanan sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

Namun begitu, usahawan juga perlu mendapatkan sumber pembiayaan perniagaan lain untuk bantuan kewangan.

Artikel ini akan berkongsi senarai lengkap institusi kewangan dan program berkaitan yang menawarkan pembiayaan perniagaan.

C:\Users\User\Desktop\mula berniaga.jpeg

Sama ada kecil atau besar, setiap perniagaan pastinya memerlukan wang untuk memulakan perniagaan, atau lebih dikenali sebagai modal.

Modal digunakan untuk permulaan operasi perniagaan seperti menyediakan tempat atau lokasi untuk bisnes, membeli barangan atau stok dan keperluan asas yang lain.

Ada orang mengambil masa hingga bertahun untuk mengumpul modal perniagaan. Inilah antara punca menyebabkan ramai berputus asa untuk berniaga kerana kurang duit simpanan.

Sebenarnya, kerajaan amat peka dan prihatin dengan golongan peniaga dengan mewujudkan beberapa agensi dan badan berkaitan untuk membantu mereka.

C:\Users\User\Desktop\foodtruck.jpg

Mereka berperanan untuk menawarkan pembiayaan perniagaan dan bantuan sokongan kepada pemohon yang layak.

Kami kongsikan beberapa bantuan pembiayaan perniagaan untuk anda yang masih baru dalam bidang ini.

1. MARA

C:\Users\User\Desktop\mara.jpg

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan beberapa skim mengikut kesesuaian perniagaan dengan jumlah pembiayaan sehingga RM5 juta.

a. Skim Jaminan Usahawan MARA

b. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress

c. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU

d. Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA-EXIM

2. Amanah Ikhtiar

C:\Users\User\Desktop\aim.jpg

Badan ini mewujudkan tujuh skim pinjaman perniagaan sehingga had RM20,000.

Mereka yang layak menyertai AIM perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri sehingga lima individu tanpa sebarang tali persaudaraan rapat, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

3. TEKUN

C:\Users\User\Desktop\tekun.jpeg

Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kemudahan pembiayaan perniagaan disediakan secara mudah dan cepat kepada golongan Bumiputera yang baru menjalankan perniagaan atau mereka yang ingin memajukan lagi perniagaan mereka.

Tempoh pinjaman bermula dari lima sehingga 10 tahun, dengan jumlah pinjaman bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000.

Di antara skim yang ditawarkan adalah:

a. Skim Pembiayaan TEKUN Nasional

b. Skim Pembiayaan Teman TEKUN

c. Skim Pembiayaan Program TemanNita

d. Ar-Rahnu TEKUN

4.Prosper PUNB

C:\Users\User\Desktop\prosper-punb.jpg

Ia merupakan produk pembiayaan perniagaan yang patuh syariah daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Tawaran pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga tujuh tahun.

Prosper PUNB turut menawarkan program latihan keusahawanan dan pembangunan korporat dalam usaha membantu dan menaiktaraf golongan peniaga.

5. TERAJU

C:\Users\User\Desktop\teraju.png

Pembiayaan perniagaan ini merupakan kerjasama TERAJU dengan beberapa institusi kewangan dan ia diuruskan oleh SME Bank, RHB Islamic, Maybank Islamic dan MIDF.

Penyertaannya hanya terbuka kepada syarikat yang disenarai dalam Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

6. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)

Bantuan ini khusus buat peniaga individu atau syarikat yang berminat memfrancaiskan produk dan jenama mereka ke pasaran antarabangsa.

7. Skim Pembiayaan Mikro-I Musk

Bantuan pembiayaan perniagaan ini khusus direka untuk peniaga kecil dan penjaja yang mahu menaiktaraf perniagaan mereka yang bersaiz kecil.

8. SUPERB

Pembiayaan perniagaan ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga berjumlah RM500,000 dalam tujuan menyokong idea perniagaan yang bersifat inovatif dan kreatif.

Sudah tahu mana nak tuju dengan perkongsian beberapa agensi pembiayaan perniagaan yang boleh anda mohon?

Dapatkan bantuan modal perniagaan dengan agensi atau badan yang bertauliah dan diyakini supaya dapat memudahkan urusan anda di masa-masa akan datang.

Jika diuruskan dengan betul, setiap perniagaan yang kecil pasti berkembang dengan maju.

Hasil carian imej untuk business good

Jadi sebagai peniaga yang bijak, anda perlulah mengambil inisiatif unyuk menaik taraf syarikat anda dengan mendaftarnya sebagai Sendirian Berhad.

Bila sudah naik taraf, sudah tentu perniagaan anda dilihat mempunyai kredibiliti, boleh dipercayai dan diyakini ramai, termasuk potensi pelanggan.

Tak tahu bagaimana cara nak daftar syarikat?

C:\Users\User\Desktop\tazc.jpg

Dapatkan bantuan daftar perniagaan daripada Tengku Azrul & Co – sebuah agensi yang terdiri daripada pakar dan profesional bidang perniagaan, akauntan, agen cukai dan perunding perniagaan.

Khidmat mereka amat diyakini ramai dengan pengalaman lebih dari sembilan tahun.

Selain daftar Syarikat Sendirian Berhad, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini