Tip Pengurusan Kewangan Untuk Peniaga Kecil dan Sederhana

[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”4.0.11″ text_text_color=”#000000″ text_font_size=”20px” text_letter_spacing=”1px” text_line_height=”1.4em” background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_margin=”0px||||false|false” custom_padding=”0px||||false|false” hover_enabled=”0″]

Pengurusan kewangan adalah penting bagi usahawan yang sedang menguruskan perniagaan.

Tanpa pengurusan wang yang betul, perniagaan tidak akan bertahan lama malah boleh mendatangkan kerugian yang besar.

Untuk membantu anda tentang hal ehwal kewangan, berikut adalah tips pengurusan kewangan yang anda boleh ikuti.

C:\Users\User\Desktop\sme.jpg

Setiap peniaga perlu tahu mengira untung dan rugi perniagaannya.

Walaupun kita mengharapkan perniagaan kita berjaya, kita tidak akan terlepas daripada kerugian. Adakalanya kita boleh menanggung kerugian yang lebih besar seperti berhutang dan muflis.

Sebab itulah seorang peniaga perlu memahami kaedah pengurusan kewangan yang betul untuk kelestarian perniagaan dalam jangka masa yang panjang.

C:\Users\User\Desktop\perniagaan merosot.jpeg

Pengurusan wang masuk dan keluar yang kemas dan teratur boleh memberikan kesenangan dan manfaat kepada peniaga.

Berikut adalah tip pengurusan kewangan untuk membantu anda:

Ketahui Perbelanjaan Anda

perbelanjaan perniagaan

Dalam pengurusan kewangan perniagaan, perbelanjaan merujuk kepada transaksi perniagaan dan pentadbiran. Ia direkodkan di dalam Penyata Untung Rugi dan tidak melibatkan bayaran tunai seperti susut nilau bagi aset tetap.

Contoh perbelanjaan adalah pendaftaran, gaji, KWSP dan SOCSO, sewaan dan utiliti.

Ada dua jenis perbelanjaan:

1.Perbelanjaan Tidak Berulang

a. Kos berkaitan menubuhkan entiti perniagaan seperti pendaftaran syarikat, yuran profesional dan urusan pendaftaran yang lain.

b. Kos berkaitan lokasi perniagaan seperti deposit sewaan, deposit utiliti air dan elektrik, deposit pemasangan telefon dan internet serta pembaikan premis.

c. Kos berkaitan aset dan alatan perniagaan seperti mesin, komputer dan perabut.

d. Pemasaran dan promosi seperti profil dan bosur syarikat dan produk serta kad perniagaan.

2.Perbelanjaan Operasi dan Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan operasi adalah kos yang terlibat untuk mengendalikan operasi perniagaan, manakala modal kerja untuk pengembangan perniagaan.

Peruntukan kos pula bergantung kepada ramalan pendapatan dalam tempoh tertentu.

Akaun Peribadi Diasingkan Dari Akaun Perniagaan

akaun perniagaan

Adalah penting untuk anda membezakan wang untuk akaun peribadi dan wang untuk akaun perniagaan.

Jangan campur-adukkan perbelanjaan daripada satu akaun yang sama.

Jika urusniaga anda banyak menggunakan wang tunai, pastikan duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun perniagaan.

Simpan Segala Rekod Wang Masuk Dan Keluar

rekod perbelanjaan

Dalam membelanja keperluan perniagaan, jangan lupa simpan resit perbelanjaan dan rekod dalam satu buku khas.

Kalau anda menggunakan duit syarikat, buat payment voucher supaya pengurusan kewangan perniagaan teratur.

Begitu juga kalau anda berniaga seorang tanpa staf, payment voucher adalah digalakkan untuk merekodkan perbelanjaan.

Wang Yang Perlu Untuk Rolling

Ia turut dikenali sebagai Margin Keuntungan Kasar yang bermaksud perbezaan di antara pendapatan dan kos produk yang dijual, iaitu kos bahan mentah, pembungkusan dan pengeluaran.

Margin berperanan untuk menentukan jumlah peningkatan jualan, panduan untuk letak harga dan keperluan untuk promosi.

Fahami Cukai Perniagaan

cukai perniagaan

Untuk memastikan pengurusan kewangan perniagaan teratur, setiap peniaga juga perlu mengambil berat soal cukai perniagaan.

Pendapatan perniagaan dikira berdasarkan tahun semasa. Ia diperolehi setiap individu dalam sesebuah syarikat, koperasi dan badan amanah ditaksirkan berdasarkan tahun kalendar.

Setiap perolehan atau keuntungan yang diperolehi dari sesuatu perniagaan pastinya dikenakan cukai.

Pengiraan cukai bermula dari penyata pendapatan syarikat yang telah disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Malaysia. Bagi sesebuah syarikat, laporan telah diaudit hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum pengiraan cukai dibuat.

Setiap perniagaan perlu membayar cukai selaras dengan Akta Percukaian 1967.

Tindakan anda ‘lari’ dari membayar cukai akan memberi kesan negatif terhadap perniagaan anda, selain menyukarkan urusan pembiayaan di masa akan datang.

Lantik Akauntan

akauntan malaysia

Adalah penting untuk anda melantik seorang akauntan supaya akaun syarikat anda tertib dan boleh menjaga hal debit dan kredit serta perakaunan.

Anda juga boleh melantik akauntan ‘freelance’ untuk syarikat anda.

Demikian adalah tip untuk mengurus dan mengendalikan kewangan perniagaan anda.

Dengan mendalami ilmu pengurusan kewangan, anda akan dapat memahami aliran kewangan anda dengan lebih baik serta dapat mengetahui samada perniagaan anda berjalan baik atau sebaliknya.

Sekiranya anda sedang mencari khidmat pengurusan kewangan untuk perniagaan anda, Tengku Azrul & Co boleh membantu anda.

Agensi yang terdiri daripada pakar dan profesional bidang perniagaan, akauntan, agen cukai dan perunding perniagaan.

Khidmat mereka amat diyakini ramai dengan pengalaman lebih dari sembilan tahun.

Selain pengurusan kewangan dan perakaunan, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row _builder_version=”4.0.11″][et_pb_column _builder_version=”4.0.11″ type=”4_4″][et_pb_button button_text=”Klik Sini Untuk Menghubungi Tengku Azrul & Co” _builder_version=”4.0.11″ button_url=”https://www.wasap.my/60183845149″ url_new_window=”on” hover_enabled=”0″ button_alignment=”center” custom_button=”on” button_bg_color=”#FF8C00″ button_bg_enable_color=”on” button_text_color=”#ffffff” button_border_width=”5px” button_text_shadow_style=”preset1″][/et_pb_button][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini