Phone: +603 – 4821 4961

12 Cara Perniagaan Kecil Untuk Bertahan Semasa PKPP

Kerajaan telah mengumumkan PKPP dilanjutkan demi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal. Pada fasa PKPP yang pertama, ia jelas memberikan kesan kepada beberapa pemilik bisnes kecil sehingga terpaksa dihentikan operasi.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia pula, ramai yang memilih untuk duduk di rumah untuk melindungi ahli keluarga mereka. Dengan itu, makin berkuranglah pembeli yang ada untuk membeli dari peniaga kecil.

Lebih-lebih lagi, ramai yang memilih untuk membeli barang secara digital, tidak lagi secara langsung ke kedai.

Kalau anda adalah antara PKS yang terkesan dengan PKPP, artikel ini memberikan cara-cara untuk anda bertahan selama tempoh kawalan pergerakan berlangsung.

Teruskan membaca.

  1. Simpan Semua Maklumat Penting Perniagaan

Untuk anda yang berniaga secara kecil-kecilan, anda harus sentiasa mengambil tahu segala maklumat yang diumumkan mengenai COVID-19.

Tidak kiralah arahan pihak berkuasa ataupun daripada siaran berita di televisyen, anda perlu mengikuti semua maklumat terkini.

Berita-berita berkenaan COVID-19 yang anda boleh ambil cakna adalah berkenaan:

  • SOP terkini untuk peniaga dan pembeli
  • Bantuan yang diberikan daripada kerajaan kepada peniaga
  • Syarikat insurans yang mungkin boleh membantu PKS
  • Zon-zon hotspot COVID-19

Apabila ambil tahu tentang perkara-perkara di atas, tidaklah anda ketinggalan dengan update terbaharu daripada kerajaan.

Dengan itu juga anda tidak akan terkena kompaun sekiranya anda tidak mematuhi SOP yang diberikan.

  1. Kemas Kini Penyata Kewangan Anda

Untuk memastikan perniagaan anda berjalan seperti biasa walaupun dalam keadaan sukar seperti sekarang, jangan lupa untuk sentiasa kemas kini penyata kewangan anda.

Jangan tinggalkan tugas-tugas bahagian akaun yang anda perlu tahu seperti moratorium yang dibenarkan oleh pihak bank.

Walaupun ada sesetengah bank yang membenarkan moratorium bagi peniaga kecil, anda disarankan untuk uruskan hutang anda. Jangan leka dengan faedah ini

  1. Senaraikan Apa Yang Mungkin Bakal Terjadi Kepada Perniagaan Anda

Untuk langkah ini, anda perlu mengambil kira dari segi untung rugi yang mungkin berlaku kepada perniagaan anda.

Anda boleh mulakan strategi mitigasi untuk pastikan perniagaan anda kekal berjalan dan terapung.

Strategi mitigasi, iaitu persiapan bencana akan mempersiapkan anda untuk menghadap PKPP yang mungkin berlangsung lebih lama.

Anda boleh berbincang dengan kakitangan, pekerja, pembekal utama dan pelanggan untuk mengenai kesan COVID-19 kepada perniagaan anda.

Sebagai contoh, anda boleh lihat kesan dari segi:

  • Jualan : Apakah jualan di kedai anda meningkat atau jualan di kedai online anda meningkat.
  • Kakitangan : Adakah dengan PKPP kakitangan anda dibenarkan untuk ke tempat kerja seperti biasa? Adakah strategi ‘work from home” anda akan berjaya?
  • Rantaian bekalan : Adakah pembekal anda terkesan dengan COVID-19? Bahagian export atau export bekalan?
  • Kewangan : Adakah rizab tunai anda rendah? Ini pasti akan memberi kesan kepada kewangan anda juga.

Itu adalah antara contoh senarai yang anda boleh mula untuk menjangkakan status perniagaan anda di masa hadapan.

Jika perniagaan anda jelas akan terkesan oleh faktor berikut, anda boleh senaraikan apa yang akan berlaku seterusnya.

Selain daripada senarai ini, anda juga perlu menulis penyelesaian untuk setiap faktor yang memberi kesan kepada perniagaan anda.

  1. Periksa Status Kewangan Anda Dari Masa Ke Semasa

Bila anda ambil cakna status kewangan anda, lagi mudahlah untuk mengatur strategi yang sesuai untuk meneruskan perniagaan.

Jika anda mempunyai akauntan anda sendiri anda boleh tanyakan apakakah status terkini, tetapi anda sendiri juga patut tahu status terkini. Semak dari masa ke semasa duit yang masuk dan keluar sepanjang PKPP.

  1. Rangka Belanjawan Anda Dengan Andaian Baru

Jika sebelum ini anda rangka belanjawan anda mengikut hari-hari sebelum krisis pandemik ini, anda perlu kemas kini belanjawan anda.

Tanyakan akauntan anda, apakah yang penting untuk dibelanjakan dan apakah yang yang boleh dipotong.

Jangan lupa juga untuk sertakan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku jika PKPP berterusan sehingga bulan-bulan akan datang.

Jangkakan peratus penurunan jualan selama tiga hingga enam bulan atau, risiko pembekal tidak lagi dapat membekalkan barang anda.

Anda harus teliti dalam belanjawan kali ini. Hal ini kerana setiap senario yang anda jangkakan akan memberi kesan kepada perniagaan anda.

Seperti contoh, adakah anda berbelanja terlalu lebih sehingga tidak dapat menampung apa yang penting ATAU anda berbelanja terlalu sedikit sehingga memberi kesan kepada produktiviti kakitangan anda?

  1. Perbaiki Aliran Tunai Anda

Aliran tunai yang teratur amatlah penting untuk kelangsungan perniagaan anda. Jika anda sudah menemui mana-mana faktor yang memberikan kesan negatif kepada aliran tunai anda, anda perlu tukar strategi.

Strategi anda sekarang ini bukanlah sekadar untuk kekal terapung dalam perniagaan. Tetapi anda juga perlu menitikberatkan strategi untuk meningkatkan aliran tunai.

Selain itu, anda juga perlu mengingatkan staf anda tentang strategi anda untuk tangani masalah aliran tunai. Dapatlah kakitangan anda bersedia untuk segala kemungkinan.

  1. Berniaga Atas Talian

Anda pasti tahu, untuk sentiasa kekal dalam perniagaan anda perlu sentiasa up-to-date.

Jika dahulu nak beli ikan perlu ke pasar, sekarang dengan peredaran teknologi, ingin pilih ikan pun boleh dibuat di telefon pintar sahaja.

Adakah anda peniaga barangan komersial? Pasti mudah untuk anda go digital. Bagaimana pula dengan peniaga runcit kecil? Ataupun peniaga pisang goreng? Bolehkah anda go digital?

Sudah tentu boleh.

Anda boleh gunakan Facebook,Whatsapp ataupun Instagram untuk pasarkan barangan anda.

Pernahkah anda melihat iklan di Whatsapp seperti ini?

Atau iklan di Facebook seperti ini?

Gunakan media sosial yang anda ada. Buat COD. Anda pasti boleh.

  1. Sediakan Bajet Untuk Kontingensi

Bajet untuk kontigensi adalah bajet untuk keadaan luar jangkaan. Untuk ini anda perlu berbincang dengan akauntan anda untuk menetapkan berapa peratus kotingensi untuk perniagaan anda.

  1. Bincang Dengan Pembekal Utama

Selain staf yang bekerja dengan anda, anda juga perlu ketahui status pembekal anda. Adakah mereka boleh memberikan komitmen untuk membekalkan item mereka kepada anda?

Ambil kira faktor pembekal yang perlu melalui sekatan perjalanan, dengan itu anda tahu yang mungkin pembekal alternatif diperlukan.

  1. Ketahui Kebajikan Kakitangan Anda

Bagi pekerja yang boleh bekerja dari rumah, anda perlu pastikan segala kelengkapan mereka untuk bekerja lengkap.

Buat jadual khas bagi pekerja yang boleh ke tempat kerja.

  1. Refleksi Perniagaan Anda

Pandemik COVID-19 jelas memberikan kesan kepada peniaga besar dan juga kecil. Ambil iktibar dari krisis ini untuk lakukan pemeriksaan realiti pada perniagaan anda.

Tanyakan soalan seperti,

“Adakah perniagaan saya masih berpeluang jika saya potong bajet ini?”

“Mengapa pembeli kurang membeli barangan saya sewaktu PKPP?”

Apabila anda jawapan untuk soalan itu, rangkakan strategi untuk tingkatkan perniagaan anda.

  1.  Dapatkan Nasihat Kewangan

Jika anda mempunyai kesulitan dari segi kewangan, dapatan nasihat profesional.

Tanyakan diri anda beberapa soalan seperti,

“Adakah perniagaan ini dapat membayar pemiutang, cukai, gaji dan membuat pembayaran pinjaman setelah jatuh?”

“Adakah rizab kewangan cukup untuk menampung hutang yang perlu dibayar dan akan dibayar pada masa akan datang?”

Andai anda tidak dapat menjawab soalan ini segeralah dapatkan nasihat profesional untuk membantu anda rangkakan strategi.

Kesimpulannya

Anda perlu sentiasa mengambil tahu setiap aliran wang tunai yang berlaku dalam perniagaan anda. Ramalkan setiap kemungkinan sekiranya anda mula berbelanja untuk setiap faktor yang boleh membantu atau membubarkan perniagaan anda.

Anda perlu dapatkan nasihat profesional supaya dapat mengelakkan perniagaan daripada  anda jatuh kepada hutang yang lebih banyak, sekaligus menjadikan anda muflis.

Antara pihak profesional yang anda boleh rujuk adalah, Tengku Azrul & Co.

TAZC memberikan khidmat seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *