Tentang Syarikat
TENGKU AZRUL & CO
Syarikat kami adalah satu pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan penyediaan dan penyelesaian laporan kewangan perniagaan. Perkhidmatan kami adalah lengkap, menyeluruh dan teliti selepas mengambil kira setiap aspek dari segi keperluan, kehendak dan masalah perniagaan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di Malaysia. Kami juga mempunyai pasukan profesional yang berkelayakan, berpengalaman dan dinamik yang mampu memberikan nasihat yang baik, latihan dan perundingan dalam semua aspek yang diperlukan dalam sesebuah perniagaan.
Kami adalah KUMPULAN PROFESIONAL AKAUNTAN, AGEN CUKAI, SETIAUSAHA BERLESEN DAN PERUNDING PERNIAGAAN yang terlatih khusus untuk menasihati dan membantu perniagaan di Malaysia untuk berkembang dengan lebih pesat lagi. Kami telah menceburi dalam bidang perniagaan dan perakaunan ini lebih daripada 5 tahun yang lalu dan dalam tempoh ini, hampir 150 perniagaan telah berkembang dengan pesat dengan adanya bantuan perniagaan yang disediakan dan diberikan oleh kami.
TAHUN PENGALAMAN
PERKHIDMATAN UTAMA
klien
Chartered Accountant
Perkhidmatan Utama
Beroperasi dengan kerjasama oleh akauntan bertauliah dan juruaudit beriktiraf untuk penyediaan laporan kewangan syarikat. Selaras dengan MISI kami iaitu “MENJADI PUSAT SEHENTI YANG TERKEMUKA DALAM PENYEDIAAN DAN PENYELESAIAN LAPORAN KEWANGAN PERNIAGAAN”, kami menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit serta pakar dalam penyata cukai peribadi dan pulangan cukai korporat. Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan, antaranya ialah Perkhidmatan Perakaunan, Penubuhan Syarikat Sdn Bhd, Penilaian Cukai, Rancangan Perniagaan, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Siasatan Cukai, Ramalan Aliran Tunai, dan banyak lagi.