Ini Dia Cara Daftar SSM Online (Mudah Dan Cepat)

“Mula-mula berniaga online ni untuk suka-suka sahaja, tak sangka pula semakin mendapat sambutan. Tetapi perlu ke saya daftar SSM online?”

Tahukah anda, ini adalah antara persoalan yang sering diajukan peniaga, terutama yang berniaga secara online dan kecil-kecilan.

Ada yang tidak mahu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana merasakan prosesnya melecehkan. Betul kah?

Untuk mengetahui dengan lebih jelas, teruskan membaca artikel ini sehingga tamat.

Kenapa Perlu Daftar SSM?

Image result for sell cupcakes"

Semakin ramai rakyat Malaysia yang mula menjalankan perniagaan.

Ada yang berniaga produk makanan seperti sandwiches atau ikan pekasam. Ada yang menjual produk kecantikan. Malah ada yang menjual produk jenama sendiri.

Sama ada anda menggunakan medium konvensional atau secara online, kesemuanya perlu mendaftar dengan SSM.

Dengan mendaftar SSM, ia membantu melonjakkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Ia juga dapat melindungi perniagaan anda daripada disaman.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

SSM merupakan sebuah badan berkanun yang berperanan sebagai agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan.

Ia juga bertindak sebagai perantara membekalkan maklumat berkenaan syarikat dan aktiviti perniagaan kepada orang awam.

SSM juga mengadakan langkah penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa.

Selain itu, mereka juga mengawal pematuhan pendaftaran perniagaan dan dari segi perundangan korporat.

Kelebihan Daftar Guna Online

Rata-rata mereka yang berniaga secara online masih belum mendaftar syarikat menerusi SSM.

Sebenarnya ada banyak kelebihan yang anda perlu tahu dengan mendaftarkan perniagaan anda.

1. Perniagaan Anda Lebih Diyakini

Image result for customer satisfied"

Apabila anda mendaftar perniagaan, anda akan mempunyai nombor pendaftaran SSM yang membuatkan pembeli memberi yakin untuk berurus niaga dengan anda.

Apatah lagi pada hari ini ramai orang ditipu oleh penjual atau scammer, pasti pelanggan mengamalkan sikap lebih berhati-hati.

Bacaan Lebih Lanjut: Cara Daftar Syarikat Sdn. Bhd.

2. Dilindungi Undang-undang

Dengan mendaftar SSM, perniagaan anda adalah terjamin sah. Anda juga mempunyai hak eksklusif pada logo dan jenama anda.

Sekiranya ada pihak lain cuba meniru logo perniagaan anda, anda boleh mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan dan tuntutan terhadap individu atau perniagaan tersebut.

3. Mempunyai Akaun Semasa Perniagaan

akaun semasa ssm online

Sekiranya anda belum mempunyai akaun khas untuk perniagaan, anda boleh memohon Akaun Semasa daripada pihak bank dengan menggunakan akaun peribadi.

Selain dapat mengawal aliran wang perniagaan, Akaun Semasa juga akan mengelakkan akaun peribadi di-block oleh pihak bank kerana terlalu banyak transaksi keluar dan masuk.

4. Senang Dan Murah

Siapa kata nak daftar SSM online ini melecehkan?

Sebenarnya tak susah pun dan ia boleh dilakukan sendiri secara online.

Anda hanya perlu keluarkan duit sebanyak RM60 sahaja untuk pendaftaran tempoh setahun.

Cara Daftar SSM Online

Jika sebelum ini pemilik perniagaan perlu hadir ke pejabat SSM untuk mendaftar syarikat dan perniagaan, kini cara daftar SSM sudah semakin mudah dengan permohonan atas talian (online).

Sambil-sambil berniaga atau melayan pelanggan pun boleh dilakukan asalkan mempunyai talian Internet.

Di bawah langkah-langkah untuk daftar SSM online:

daftar ssm online

1. Layari laman web SSM iaitu www.ssm.com.my

2. Cari bahagian e-lodgment di sebelah kanan.

3. Pilih menu PSP User Registration.

4. Isi butiran peribadi dan perniagaan yang diperlukan.

5. Selepas hantar, tunggu email pengesahan (proses ini mungkin ambil masa sehari).

6. Selepas dapat email pengesahan, klik pautan SSM Subscriber Registration dan isi borang yang diperlukan. Kalau boleh pastikan computer atau laptop anda mempunyai Adobe Reader.

7. Pilih ROB (Business) dan perlu bayar caj RM5 dan pilih kaedah pembayaran yang anda mahu.

8. Kemudian pergi ke Application for Business Name Approval untuk mendaftar nama perniagaan anda. Isi borang yang diperlukan dan hantar.

9. Tunggu email pengesahan sama ada nama perniagaan yang dipilih itu dibenarkan atau sebaliknya.

Seelok-eloknya sediakan lebih dari dua nama perniagaan sekiranya nama yang dipilih tidak dibenarkan.

10. Untuk daftar perniagaan online pula, pergi ke Online Registration of Business (ROB) juga di menu e-lodgment. Isi kesemua butiran diperlukan di Form A.

11. Langkau Step 2 jika tiada cawangan.

12. Selepas hantar, anda perlu membuat pembayaran RM60 untuk pendaftaran setahun.

13. Tunggu email pengesahan akaun pendaftaran perniagaan SSM.

ssm online

Sekiranya pendaftaran perniagaan SSM anda mengalami masalah dan memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi SSM di talian.

Kami berharap perkongsian prosedur mendaftar SSM secara online ini dapat membantu memudahkan lagi urusan pendaftaran syarikat dan perniagaan anda.

Jika anda memerlukan bantuan profesional, dapatkan perkhidmatan yang betul daripada Tengku Azrul & Co.

Berpengalaman lebih dari 8 tahun, firma perakaunan ini terdiri dari kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Tengku Azrul & Co dikenali sebagai firma perakaunan yang terbaik dan diyakini.

Selain khidmat mendaftar perniagaan, mereka turut menawarkan perkhidmatan lain seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.