Cara Buat Semakan Wang Tak Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat semakan wang tak dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia?

Jangan terkejut sebab hampir RM10 bilion wang tak dituntut diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Ia jumlah yang sangat besar!

Bagi memudahkan anda memahami mengenai WTD dan sama ada anda layak untuk memohonnya, berikut adalah langkah demi langkah untuk membuat semakan secara online dan di kaunter.

Sebelum itu…

Peranan Jabatan Akauntan Negara

Jabatan ini diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) di bawah Kementerian Kewangan sebelum negara ini mencapai status kemerdekaannya.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia berperanan penting dalam menguruskan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan sektor awam.

Jabatan ini bertindak dalam meningkatkan sistem perakaunan dan kewangan agensi kerajaan, membantu kerajaan membuat keputusan berkesan dan meningkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Apa Itu Wang Tak Dituntut?

Masih ramai yang kurang faham dengan konsep wang yang tidak dituntut (WTD).

Sebenarnya, ia merupakan sejumlah wang yang menjadi milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk dividen, akaun simpanan, tuntutan insurans, bank draf dan sebagainya.

Sekiranya wang tersebut tidak dibayar kepada pemiliknya, wang berkenaan akan didaftarkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai Wang Tidak Dituntut (WTD).

Pada November 2018, kerajaan mengumumkan sejumlah RM9.974 bilion diserahkan oleh pelbagai entiti kepada JANM sebagai Wang Tak Dituntut.

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga (3) kategori WTD.

1.Wang yang perlu dibayar kepada pemilik mengikut undang-undang namun tidak dibayar dalam tempoh masa kurang dari setahun.

Di antara contohcontohnya:

-Gaji, upah, komisen, bonus dan apa sahaja yang melibatkan wang yang perlu dibayar kepada pekerja

– Dividen

-Keuntungan yang telah diisytihar untuk dibahagikan

-Tuntutan insurans yang perlu dibayar setelah diluluskan

-Bank draf, cashier’s order dan sebarang dokumen yang mempunyai peranan yang sama dimana tempoh sahnya telah tamat

-Simpanan tetap yang telah matang (tanpa arahan pembaharuan secara automatik)

-Cagaran dan deposit

-Penghutang pelbagai berbaki kredit

2.Wang dalam kredit bagi sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan pemiliknya dalam tempoh kurang dari tujuh tahun.

Contoh-contohnya:

-Akaun semasa

-Akaun simpanan

-Simpanan tetap (pembaharuan automatik)

3.Wang dalam kredit bagi sesuatu akaun dagangan yang tidak lagi dikendalikan dalam tempoh masa kurang dari dua tahun.

Contoh – contohnya:

-Akaun pemiutang dagangan

-Akaun pemiutang dagangan yang berbaki kredit

Cara Buat Semakan Wang Tak Dituntut

Jika anda pernah melakukan urusan dengan pihak kerajaan dan ingin menyemak WTD, anda boleh membuat semakan sama ada dengan datang terus ke kaunter JANM seluruh negara.

-Anda perlu hadir ke mana-mana kaunter JANM semasa waktu operasi pejabat

-Bawa bersama kad pengenalan (warganegara) atau passport (bukan warganegara)

-Semakan dilakukan oleh pegawai melalui sistem JANM, biasanya mengambil masa kurang dari lima minit

-Pegawai akan menunjukkan jumlah WTD kepada pemohon (sekiranya ada)

-Pemohon boleh membuat tuntutan WTD

Jika anda ingin membuat semakan kepada waris yang telah meninggal dunia, anda hanya perlu membawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan untuk memaklumkan hubungan dengan pewaris.

Perlu ingat bahawa WTD tidak mempunyai tarikh luput.

Cara Membuat Tuntutan WTD

Sekiranya terdapat WTD selepas membuat semakan, di bawah merupakan langkah-langkah untuk membuat tuntutan:

-Muat turun Borang UMA-7

-Lengkapkan borang dan tandatangan sebagai pengesahan

-Salinan kad pengenalan (warganegara) atau passport (bukan warganegara)

-Bawa dokumen asal seperti buku bank atau sijil simpanan tetap atau lain-lain

-Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank yang aktif dan disahkan (kerana bayaran WTD akan dikreditkan ke dalam akaun berkenaan)

Accounting Services Malaysia

daftar syarikat

Terdapat banyak accounting services yang menawarkan pelbagai khidmat dan kepakaran di Malaysia.

Tengku Azrul & Co merupakan sebuah badan profesional menawarkan khidmat penyediaan dan penyelesaian terhadap laporan kewangan perniagaan.

Terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan, Accounting firm ini berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang ini.

Tengku Azrul & Co telah memberi khidmat terhadap hampir 150 perniagaan yang pernah berdepan dengan masalah kewangan dan cukai melalui tujuh jenis perkhidmatan utama.

Tengku Azrul & Co menawarkan accounting services seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini