Apa Itu Cukai Taksiran?

Seringkali kita melihat iklan billboard yang tertulis ‘Sudahkan Anda Menjelaskan Cukai Taksiran?’. Namun ada sebilangan besar di antara kita masih tidak tahu apa itu cukai taksiran.

Apa itu cukai taksiran? Ia merupakan bayaran cukai yang dikenakan terhadap semua pegangan atau hartanah di semua kawasan Majlis atau Dewan.

cukai taksiran

Bayaran cukai ini tertakluk kepada kawasan-kawasan yang merangkumi Daerah, Perbandaran dan Bandaraya.

Ia juga sering dikenali sebagai cukai pintu dan cukai bandar dan kutipan cukai.

Peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang memberi kuasa kepada setiap Majlis mengenakan kadar bayaran kepada pegangan yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

Apakah Jenis Harta Yang Dikenakan Cukai Taksiran?

Kediaman yang merangkumi:

  • rumah bandar,
  • rumah teres,
  • rumah berkembar,
  • rumah sebuah,
  • pangsapuri,
  • apartment,
  • kondominium,
  • rumah kedai dan lain-lain.

Kawasan perindustrian yang merangkumi:

  • kilang sebuah,
  • kilang teres dan
  • kilang berkembar.

Kawasan perniagaan yang merangkumi:

  • pusat membeli-belah,
  • pejabat,
  • hotel,
  • stesen minyak,
  • kedai,
  • pusat rekreasi.

Mengapa Perlu Bayar Cukai Taksiran?

Tujuan pembayaran cukai taksiran terhadap individu yang memegang harta berkadar adalah:

– Peruntukan kos pengurusan perkhidmatan, operasi dan pembangunan yang dijalankan oleh Majlis untuk memberi keselesaan dan kemudahan di kawasan pentadbirannya – seperti kerja-kerja pemotongan rumput, lampu jalan dan kemudahan awam.

– Berperanan dalam kerja-kerja perancangan, pentadbiran, penyelenggaraan dan pembangunan.

– Menjadi badan penggerak untuk melakukan perubahan dan pembangunan dari sudut sosio-ekonomi di kawasan tempatan menerusi kecekapan perkhidmatan.

Bagaimana Pembayaran Cukai Taksiran?

Menerusi Nilai Tahunan iaitu Anggaran Kasar Sewa Tahunan yang diperolehi dari setahun daripada pegangan berkenaan (jika disewakan), dengan tuan tanah memperuntukkan perbelanjaan untuk insuran, penyelenggaraan, pembaikan dan segala kadar dan cukai awam.

Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 Bulan = Nilai Tahunan

Untuk pengetahuan, Nilai Tahunan ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta oleh setiap Majlis.

Jumlah peratusan pula ditentukan oleh kerajaan negeri.

Nilai Tahunan x Kadar % = Cukai Taksiran

Sebagai contoh:

Nilai Tahunan = RM5,000

Kadar % = 8.3 %

Cukai Taksiran = RM415 setahun ATAU RM207.50 untuk setiap 6 bulan.

Cukai Taksiran perlu dibayar dua (2) kali setahun, iaitu pada:

1/2 tahun pertama bermula 1 Januari DAN

1/2 tahun kedua mulai 1 Julai

Anda juga boleh menjelaskan cukai taksiran bagi tempoh setahun penuh.

Pembayaran boleh dilakukan sama ada di kaunter dan kiosk di setiap Majlis atau di pejabat pos.

bayar cukai taksiran

Pembayaran cukai taksiran secara online juga boleh dilakukan. Contoh seperti di bawah :

Login ke www.maybank2u.com.my

Pergi ke Bahagian Payments

Pilih Make a One-Off Payments dan kategori Assesment.

Cari nama Majlis atau Dewan

Isi nombor akaun Cukai Taksiran dan Jumlah Taksiran

Mohon nombor TAC dan masukkan nombor yang diperolehi.

Klik Confirm dan pembayaran anda berjaya.

Jika anda tidak pasti bagaimana pengiraan cukai, kami boleh membantu anda.

Anda boleh mendapatkan khidmat Tengku Azrul & Co, yang merupakan kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan yang terlatih dan berpengalaman.

Apakah Nilai Tahunan Cukai Taksiran Boleh Berubah?

Ya, Nilai Tahunan boleh berubah mengikut ketetapan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dengan mengambil kira:

1. Sesuatu bangunan baru didirikan

2. Sesuatu bangunan diruntukan keseluruhan atau separuh bahagian, atau ada kerja-kerja lain dijalankan – dimana nilai tahunan berkurangan

3. Sesuatu bangunan diubah/diruntuh/dibina semula, atau apa-apa kemajuan dijalankan – nilai tahunan ditambah

4. Sesuatu pegangan hartanah tertinggal dari Senarai Nilaian

5. Dikeluarkan dari apa-apa hak milik baru

Sesuatu perubahan pada pegangan berkadar berdasarkan undang-undang perancangan yang menyebabkan nilai tahunan boleh bertambah atau berkurang.

Nilai Tahunan yang baru akan dinyatakan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta menerusi satu notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian di bawah Seksyen 144, Akta 171 kepada pemilik hartanah.

Apa Akan Jadi Jika Gagal Jelaskan Cukai Taksiran Dalam Tempoh Ditetapkan?

Bayaran cukai taksiran perlu dilakukan sebelum 28 Februari atau 31 Ogos pada setiap tahun.

Sekiranya anda gagal berbuat demikian, Notis (Borang E) akan dikeluarkan dimana pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

Denda dengan kadar 1% akan dikenakan dari baki tunggakan selaras dengan Seksyen 147(1) Akta 171.

Waran tahanan akan dikeluarkan sekiranya anda masih gagal menjelaskan cukai tunggakan dalam tempoh berkenaan.

Waran ini membolehkan Majlis atau Dewan menyita kesemua barangan yang ada di dalam bangunan atau menutup operasinya atau melelong bangunan berkenaan.

Jadilah pembayar cukai yang bertanggungjawab.

Sekiranya anda memerlukan bantuan pengiraan cukai, dapatkan khidmat Tengku Azrul & Co.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini