Usahawan Terkejut Terjumpa Cara Buat Akaun Perniagaan Di Sini

Cara Rekod Akaun Perniagaan Kecil-kecilan: Langkah Mudah dan Praktikal

Bagi anda yang memulakan perniagaan dan tidak tahu cara buat akaun perniagaan, ini adalah artikel yang anda patut baca.

Teruskan membaca artikel ini untuk memahami lebih lanjut mengenai cara buat akaun perniagaan.

Kenapa Perlu Buat Akaun Perniagaan?

Nak buat bisnes memang senang. Tapi macam mana pula nak uruskan bisnes terutamanya kewangan?

Setiap perniagaan dianggap sebagai satu ibadah jika ia dilakukan dengan niat memperolehi rezeki yang halal.

Dengannya, dapatlah untuk menyara kehidupan, mengelakkan perbuatan suka meminta-minta dan menjauhkan kemiskinan.

Jika perniagaan itu membuahkan keuntungan, adalah digalakkan untuk sentiasa membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Setiap perniagaan berteraskan matlamat memperolehi keuntungan.

Tahukah anda, kebanyakkan orang yang memulakan perniagaan gagal bertahan dalam tempoh tiga tahun pertama kerana kelemahan pengurusan kewangan dan pengurusan akaun?

Setiap usahawan perlu mempunyai rekod yang baik bagi setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan syarikat.

Ia penting untuk memastikan sesebuah perniagaan itu memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian dalam satu tempoh tertentu.

Untuk mendapatkan laporan kewangan yang konsisten, setiap peniaga perlu mempunyai pengetahuan basic mengenai cara urus bisnes.

Ini termasuklah cara mengira akaun perniagaan atau syarikat.

Secara ringkasnya, pengurusan harian perniagaan direkodkan melalui proses seperti di bawah:

Apa yang Perlu Ada dalam Akaun Perniagaan?

Di sini kami akan terangkan bagaimana cara menguruskan perniagaan dengan betul.

1. Akaun Bank untuk Syarikat

Siapa kata business kecil-kecilan tak perlu ada akaun perniagaan?

Ramai yang tersilap memahami konteks ini. 

Tidak kira syarikat bersaiz sederhana dan besar, semuanya memerlukan pengiraan akaun bisnes.

Dengan membuka akaun perniagaan, tidak ada lagi masalah menggunakan duit syarikat untuk perbelanjaan lain.

2. Rekod Transaksi

Tahap perniagaan itu dikira sihat sekiranya peniaga merekodkan semua transaksi.

Penyata kewangan juga menjadi keperluan penting dalam urusan dokumentasi sekiranya memohon kemudahan kewangan dari bank.

3. Kos Belian

Ia merujuk kepada peruntukan yang digunakan untuk membeli barangan yang akan dijual.

Kesemuanya perlu direkod dengan jelas dan lengkap.

Perlu ada tarikh, kuantiti, jenis barangan, nama penjual dan harga.

Simpan resit kesemua transaksi berkenaan.

TENGKU AZRUL & CO

Kami Adalah Kumpulan Profesional Akauntan, Agen Cukai, Setiausaha Berlesen Dan Perunding Perniagaan

4. Kos Jualan

Anda perlu merekodkan transaksi jualan syarikat.

Ini termasuk resit pembayaran, tarikh, kuantiti, jenis barangan, nama penjual dan harga.

Jika anda menjalankan perniagaan online, pastikan pembayaran barangan atau servis dilakukan dengan online transfer ke dalam akaun bisnes.

5. Kos-kos Lain

Ini merujuk kepada kos pengangkutan, sewa pejabat, gaji pekerja dan bil elektrik serta air.

Gunakan cek untuk urusan pembayaran bil, pembekal dan gaji pekerja kerana transaksi ini boleh diperolehi semula jika kehilangan resit.

6. Ambilan dan Modal

Ia merujuk kepada pertukaran barangan jualan dengan akaun peribadi.

Ambilan bermaksud mengambil satu produk yang dijual atau wang daripada akaun perniagaan bagi kegunaan peribadi.

Modal pula menggunakan wang peribadi bagi urusniaga perniagaan. Kedua-dua transaksi ini perlu direkodkan.

6. Petty Cash

Wujud jika berlakunya pembayaran emergency seperti membayar kos baikpulih aircond dan sebagainya.

Namun, anda dinasihatkan untuk meminimumkan jumlah petty cash yang ada.

Ini untuk mengelakkan pengambilan wang yang banyak untuk kegunaan sendiri.

Cara Rekod Akaun Perniagaan Kecil-kecilan: Langkah Mudah dan Praktikal

Membuka perniagaan kecil-kecilan memerlukan persediaan yang rapi, termasuk menguruskan akaun perniagaan dengan betul.

Tanpa rekod yang sistematik, sukar untuk menilai keuntungan dan mengurus kewangan dengan berkesan.

Berikut adalah cara buat akaun perniagaan kecil kecilan yang boleh anda ikuti:

1. Membuka Akaun Bank Perniagaan

  • Pisahkan akaun peribadi dan akaun perniagaan untuk memudahkan pemantauan aliran tunai.
  • Gunakan akaun bank perniagaan untuk semua transaksi perniagaan.

2. Merekod Transaksi Jualan dan Pembelian

  • Simpan semua resit jualan dan pembelian.
  • Gunakan buku kira-kira atau perisian akaun untuk merekod semua transaksi.

3. Mengurus Kos Operasi

  • Rekod semua perbelanjaan seperti sewa, gaji, dan bil utiliti.
  • Pastikan semua kos dikategorikan dengan jelas.

4. Mengurus Ambilan dan Modal

  • Rekodkan setiap kali anda mengambil wang dari perniagaan untuk kegunaan peribadi.
  • Catatkan setiap suntikan modal baru ke dalam perniagaan.

5. Pengurusan Petty Cash

  • Sediakan rekod untuk semua perbelanjaan kecil.
  • Hadkan jumlah petty cash untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak terkawal.

Contoh Buku Kira-Kira Perniagaan Kecil-Kecilan: Menyediakan Rekod yang Jelas dan Tepat

Menggunakan contoh akaun perniagaan ringkas dapat membantu anda memahami cara mengurus rekod perniagaan dengan lebih baik.

Berikut adalah contoh bagaimana buku kira-kira boleh disusun:

  • Tarikh: Catat tarikh setiap transaksi.
  • Perincian: Nyatakan butiran setiap transaksi (contoh: Pembelian bahan mentah).
  • Debit: Catat jumlah wang yang keluar.
  • Kredit: Catat jumlah wang yang masuk.
  • Baki: Kira baki selepas setiap transaksi.
 

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat memastikan perniagaan kecil-kecilan anda berjalan dengan lancar dan kewangan diurus dengan baik.

Contoh Akaun Perniagaan Ringkas

1. Tunggal (Sole Proprietor) - Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira

Berikut adalah contoh akaun perniagaan ringkas untuk membantu anda memahami bagaimana laporan kewangan disediakan bagi perniagaan jenis pemilikan tunggal dan syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd).

Muat turun contoh-contoh ini merangkumi penyata untung rugi dan kunci kira-kira.

Contoh Akaun Perniagaan Ringkas enterprise profit & loss
Contoh Akaun Perniagaan Ringkas Enterprise profit & loss
BALANCE SHEET - COMPANY ENTERPRISE
Contoh Akaun Perniagaan Ringkas Enterprise balance sheet

2. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) - Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira

Untuk syarikat sendirian berhad, penyata kewangan ini akan lebih terperinci. Penyata untung rugi akan menunjukkan pendapatan, kos barang dijual, perbelanjaan operasi, dan keuntungan bersih.

Kunci kira-kira akan merangkumi aset tetap, liabiliti semasa dan jangka panjang, serta ekuiti pemegang saham.

Muat turun contoh-contoh ini merangkumi penyata untung rugi dan kunci kira-kira.

PROFIT & LOSS - COMPANY SDN BHD
Contoh Akaun Perniagaan Ringkas Sdn Bhd Profit & Loss
Contoh Akaun Perniagaan Ringkas Sdn Bhd Balance Sheet
TRIAL BALANCE - COMPANY SDN BHD
Contoh Akaun Perniagaan Ringkas Sdn Bhd Trial Balance

Apa Kepentingan Akaun Perniagaan?

1. Elak Curi Duit Syarikat

Duit perniagaan ini seharusnya digunakan dalam tujuan pusingan modal, pembayaran kos dan pelaburan.

Jangan membiasakan diri menggunakan duit syarikat untuk urusan peribadi.

2. Pengurusan Sistematik

Dengan adanya sistem perakaunan yang betul, ia akan memudahkan urusan.

Peniaga juga digalakkan melantik akauntan bertauliah untuk menguruskan akaun syarikat, selain bertindak sebagai konsultan anda.

3. Tidak Lost Track

Apabila kesemua transaksi direkodkan, ia membantu peniaga merangka ‘sales target’ untuk tempoh tertentu.

4. Kelangsungan Perniagaan dan Syarikat

Hal-hal berkaitan kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan dan untung-rugi syarikat perlu diketahui.

Begitu juga dengan beberapa perkara lain termasuk pembayaran cukai.

Sekarang anda sudah faham kepentingan akaun syarikat dan bagaimana untuk menguruskannya, bukan?

servis kira akaun perniagaan

Sekiranya anda masih memerlukan bantuan dalam urusan akaun perniagaan, kami boleh membantu.

Dapatkan servis profesional melalui Tengku Azrul & Co.

Mereka terdiri dari kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan yang terlatih khusus untuk menasihati dan membantu perniagaan di Malaysia.

Servis Kira Akaun Perniagaan

Mereka mempunyai pengalaman lebih daripada lapan tahun untuk mengembangkan lebih 150 perniagaan yang pernah dibelenggu dengan masalah kewangan dan cukai.

Konsultasi perangkaan kewangan yang ditawarkan di Tengku Azrul & Co memberikan bimbingan dalam setiap proses perangkaan kewangan yang komprehensif.

Tengku Azrul & Co turut menawarkan servis lain seperti perakaunan secara outsource, Kiraan Cukai SST, Individu dan KorporatKonsultasi Perangkaan Kewangan, Penubuhan Syarikat Sdn Bhd, Penyediaan Rancangan Perniagaan dan Penyediaan Kertas Kerja untuk Pembiayaan. Whatsapp kami sekarang.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini