Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd Yang Anda Boleh Buat Sendiri

“Bisnes online saya dah majulah. Macam mana saya nak daftar syarikat sdn bhd pula?”

Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang sedang buat bisnes. Ya lah, bisnes dah semakin berkembang ni, jadi kenalah daftar syarikat.

Berikut adalah cara untuk anda membuat pendaftaran syarikat sdn bhd.

Tapi sebelum itu…

Kenapa Perlu Daftar Sendirian Berhad?

daftar sdn bhd

Tak kiralah sama ada memberi khidmat dobi atau menjual aksesori telefon bimbit, rata-rata pemilik perniagaan di Malaysia mendaftarkan perniagaan mereka sebagai perkongsian atau milikan tunggal.

Namun selepas beberapa tahun, perniagaan itu yang sedang berkembang perlu upgrade kepada Sendirian Berhad.

Berbanding perkongsian atau milikan tunggal, syarikat Sdn Bhd mempunyai entiti undang-undangnya sendiri.

Antara manfaat mendaftar sebagai sdn bhd:

1. Pengurusan Sistematik

setiausaha syarikat sdn bhd

Syarat wajib syarikat sdn bhd adalah melantik seorang setiausaha syarikat yang bertauliah.

Tugasnya adalah untuk menguruskan dokumentasi, hal pengurusan dan perundangan antara syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat sdn bhd juga wajib melantik paling tidak seorang juruaudit bertauliah untuk menyedia dan membentang laporan audit tahunan syarikat.

Ini menjadikan pengurusan sesuatu bisnes itu lebih teratur dan dipercayai.

2. Elak Risiko Bankrap

tutup syarikat

Syarikat sdn bhd mempunyai liabiliti yang berasingan dari pemilik, malah liabilitinya juga terhad terhadap modal yang dikeluarkan.

Jika syarikat didapati gagal membayar hutang, pemiutang boleh menuntut hutang syarikat daripada pemilik berdasarkan jumlah modal yang dikeluarkan sahaja.

3. Menjadi Aset

Apabila perniagaan memperolehi keuntungan, nilainya tinggi di pasaran. Ia berkaitan dengan faktor pindah milik aset.

Sebagai contoh hartanah berstatus Bumiputera pasti meningkatkan nilai pasaran walaupun bertukar milik kepada pembeli berstatus Bumiputera.

4. Penjimatan Cukai

Cukai bagi syarikat berdaftar sebagai perkongsian atau milikan tunggal termasuk dalam cukai pendapatan.

Sebaliknya cukai syarikat sdn bhd dikenali sebagai cukai korporat.

Ia dikenakan keatas keuntungan syarikat dan boleh menikmati insentif penjimatan cukai oleh kerajaan.

Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sdn Bhd?

Anda dalam perancangan menubuhkan syarikat sdn bhd tetapi tak tahu apakah yang perlu dilakukan?

Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Lantik Setiausaha Syarikat

Cari seseorang yang tahu tugas berkaitan kesetiausahaan, sama ada daripada badan-badan profesional seperti Bar Council atau Licensed Secretary.

2. Maklumat Berkaitan Syarikat

Dengan menyediakan cadangan nama syarikat, aktiviti perniagaan yang dilakukan (maksimum 3 aktiviti) dan butiran akaun bank yang akan dibuka.

3. Dokumen Sokongan

Sediakan salinan kad pengenalan bakal pengarah, pemegang saham dan salinan passport dan visa bagi warga asing jika berkaitan.

4. Buat Appointment Dengan Bakal Setiausaha Syarikat

Memandangkan setiausaha syarikat adalah orang penting kepada perniagaan anda, maka seelok-eloknya berjumpalah untuk memudahkan urusan.

5. Proses Penubuhan

Tempoh yang diambil biasanya antara seminggu.

Selepas selesai, anda akan memperolehi beberapa dokumen daripada SSM mengikut Akta Syarikat 2016 antaranya Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58.

6. Mulakan Perniagaan

Sebaik sahaja anda telah menerima dokumen yang dikeluarkan SSM, ini bermakna perjalanan perniagaan anda telah bermula.

Apabila perniagaan sudah semakin maju dan berkembang, maka anda perlu menaik taraf syarikat anda.

Ini penting supaya orang lain, terutama prospek perniagaan melihat anda sebagai pihak yang ada kredibiliti dan boleh dipercayai.

Hari ini ramai pelanggan mahu melihat nombor pendaftaran perniagaan sebagai bukti dan boleh membeli tanpa was-was.

Bukan itu sahaja, mendaftar syarikat sdn bhd ini juga dapat mengelak risiko anda dikenakan denda RM50,000 atau penjara dua tahun.

Sedangkan daftar syarikat cuma RM60 sahaja.

Tengku Azrul & Co – Khidmat Daftar Syarikat Terbaik dan Diyakini

cara daftar syarikat sdn bhd

Sekiranya anda memerlukan bantuan tentang cara daftar syarikat sdn bhd, anda boleh mendapatkan khidmat tersebut dari Tengku Azrul & Co.

Tengku Azrul & Co turut terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai dan perunding perniagaan.

Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Perlukan Bantuan Untuk Mendaftar Syarikat SDN BHD ?
Whatsapp saya untuk Konsultasi PERCUMA
Tengku Azrul, TAZC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini