9 Cara Memulakan Perniagaan (Walaupun Anda Masih Baru)

“Saya ingat nak mula buat bisnes. Apakah cara memulakan perniagaan yang bagus pada masa sekarang ni ya?”

Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru nak buat bisnes. Ya lah, dah tengok kawan-kawan buat bisnes, kita pun nak cuba samalah.

Terdapat beberapa petua dan cara untuk memulakan perniagaan sendiri.

Berikut adalah 9 cara memulakan perniagaan walaupun anda masih baru.

Tapi sebelum itu…

bagaimana memulakan perniagaan

Perlukah Buat Bisnes Tanpa Modal?

Tidak dinafikan, bergantung dengan satu pekerjaan dan pendapatan pada hari ini tidak lagi menjanjikan keselesaan dalam kehidupan.

Apatah lagi yang mempunyai tanggungan keluarga dan komitmen bulanan yang besar.

Maka ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tapi bagaimana cara hendak memulakan perniagaan?

Itulah soalan yang sering berlegar di fikiran mereka yang ‘kosong’ tentang bisnes.

Pernah tak ternampak iklan sama ada di surat khabar, kaca televisyen mahu pun menerusi flyers yang mengatakan anda boleh mulakan bisnes tanpa modal?

cara memulakan bisnes

Rata-rata orang percaya cara memulakan perniagaan pasti memerlukan duit, iaitu modal.

Atas ‘kepercayaan’ itu, ramai yang menangguhkan niat memulakan perniagaan dengan alasan tiada modal untuk bermula.

Sebenarnya, anda masih boleh memulakan perniagaan anda walaupun tanpa modal.

9 Cara Memulakan Perniagaan

cara memulakan perniagaan sendiri

1. Buat bisnes secara part-time, teruskan kerja makan gaji seperti biasa

Anda tak perlu buat keputusan tergesa-gesa dengan berhenti kerja hanya kerana hendak berniaga.

Gaji daripada pekerjaan yang anda lakukan sekarang boleh digunakan untuk melunaskan komitmen setiap bulan di samping digunakan sedikit untuk menjayakan perniagaan.

Kaedah ini juga dapat mengelakkan anda untuk membuat pinjaman institusi kewangan.

Untuk mereka yang memilih kaedah ini, pastikan anda pandai membahagikan masa di antara kerja hakiki dan bisnes part-time ini.

2. Rumah Sebagai Operasi Perniagaan

cara memulakan bisnes dari rumah tanpa modal

Memandangkan anda masih baru dalam berbisnes, apatah lagi mungkin kekurangan modal awal, maka mulakan operasi anda dari rumah.

Apabila bisnes mula berkembang, barulah anda cari lot kedai atau sewa pejabat bangunan untuk meneruskan operasi.

Malah ramai usahawan hari ini menjadikan kedai kopi seperti Starbucks sebagai pejabat atau ‘coworking space’ kerana lebih jimat dan mudah.

Ia memudahkan operasi serta menjimatkan ruang untuk aktiviti bisnes anda seperti berjumpa klien dan menyiapkan tugasan.

3. Perniagaan berasaskan kemahiran anda

‘Love what you do’ atau ‘do what you love’ – Pernah dengar tak pepatah sebegini?

Dalam hidup kita pasti mempunyai sesuatu perkara yang paling kita suka lakukannya.

Anda perlu kenalpasti apakah kemahiran dan kegemaran yang anda manfaatkan sebagai perniagaan untuk membantu orang lain yang memerlukannya.

Contohnya, anda pandai berbahasa Mandarin dan sering memuatnaik video berkaitan perbualan seharian di laman Youtube.

Apa kata gunakan kemahiran itu untuk tujuan mendidik anak-anak kecil pula?

Apatah lagi hari ini ramai ibu bapa mementingkan penguasaan bahasa ketiga selepas Bahasa Inggeris.

Anda boleh menggunakan saluran Youtube untuk memuatnaik video ringkas dengan penggunaan effect yang boleh menarik minat kanak-kanak.

Daripada situ, anda boleh buka kelas mengajar Bahasa Mandarin secara online atau offline.

Pendek kata, sekiranya anda ada skill yang diperlukan oleh orang, jadikannya sebagai perniagaan anda.

>> Nak tahu cara daftar Sdn. Bhd.? Klik Sini Untuk Baca Artikelnya

4. Jual barangan terpakai

Contohnya, anda mungkin gemar membeli-belah pakaian atau koleksi buku yang tidak digunakan lagi.

Hari ini terdapat pelbagai aplikasi online seperti Mudah.com, Carousell dan Shopee untuk menjual semula barangan terpakai.

Ini merupakan cara memulakan perniagaan paling mudah untuk anda yang baru hendak menjinakkan diri untuk berniaga.

5. Buat Sistem Barter

Jika anda mahu berniaga berasaskan makanan, anda masih boleh menggunakan kelengkapan sedia ada di rumah. 

Jika perniagaan semakin berkembang, barulah anda boleh membeli kuali, periuk atau sebagainya dengan saiz lebih besar.

Atau boleh buat sistem pertukaran barang di mana anda tawarkan servis yang pemiliknya perlukan.

Sebagai contoh, anda hendak tawarkan khidmat potong rumput, dan ada jiran anda yang sudah berusia mempunyai mesin pemotong rumput yang tidak lagi digunakan.

Apa kata anda tawarkan khidmat secara percuma kepada pemiliknya dan sebagai pertukaran anda simpan dan gunakan mesin potong rumput miliknya.

6. Jadi Ejen Dropship Atau Produk

Kaedah ini juga menjadi pilihan ramai orang yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu simpan stok dan tak perlu lakukan penghantaran produk kerana ia dilakukan oleh vendor.

Menariknya anda akan perolehi keuntungan hingga 40% untuk setiap produk.

7. Berjimat!

Kan baru mula berniaga, maka elakkan menunjuk-nunjuk dan berlagak seolah anda sudah raih untung berjuta-juta ringgit.

Untuk permulaan, ikat perut di awal memulakan perniagaan.

8. Mula Berniaga di Bazar Ramadhan

Ada juga yang menggunakan kesempatan berniaga di bulan Ramadhan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.

Tak kisahlah makanan, baju atau persiapan raya, boleh dikatakan semuanya laku pada musim ini.

Keuntungan yang anda perolehi sepanjang berniaga pada bulan ini boleh dijadikan modal untuk berniaga selepas bulan puasa dan raya.

9. Daftar Perniagaan Dengan SSM

Bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan, syarat mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pastinya menjadi kewajipan.

Ada orang bersemangat apabila mendaftar perniagaan mereka dan mahu berniaga dengan lebih baik untuk menambah pendapatan.

pengiraan akaun untuk yang baru memulakan perniagaan

Tahukah anda?

Setiap perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar perlu mempunyai pengiraan akaun yang betul.

Antara kelebihan pengiraan akaun yang betul:

– dapat mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat

– mengelakkan penyelewengan,

– merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa dan

– merancang strategi pengurusan risiko.


Khidmat Perakaunan Tengku Azrul & Co

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam pengiraan akaun perniagaan dan masih ragu-ragu dalam hal berkaitan pembayaran cukai, anda boleh mendapatkan khidmat dari Tengku Azrul & Co.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

Bukan sahaja khidmat kira cukai, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini