Phone: +603 – 4821 4961

Perlukah Bayar Cukai Perniagaan Untuk Bisnes Online?

Bagi bisnes online yang menjana pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan seperti paid review, sokongan jenama dan jualan produk, anda kini tertakluk kepada cukai pendapatan.

Bagi individu berikut, mereka perlu ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mendapatkan nasihat dan untuk mengetahui tentang pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cukai perniagaan untuk perniagaan online, anda boleh baca di sini.

cukai perniagaan

Tak ramai yang sedar bahawa mereka yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan atas talian (online) tidak terkecuali dari cukai ini.

Tak kiralah sama ada social media influencer yang membuat paid review, sokongan jenama mahu pun berniaga di media sosial, sekiranya anda memperolehi pendapat lebih dari RM5,000, anda perlu membayar cukai.

Walaupun ia kelihatan seperti satu kerja yang santai dan ada yang melakukannya suka-suka, tetapi ia sebenarnya dikategorikan sebagai profesion, perlu isytihar pendapatan dan boleh menuntut perbelanjaan perniagaan dan bayaran balik cukai.

cukai perniagaan

Akta Perniagaan 

Sebagaimana dinyatakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayaran bagi cukai ini (perniagaan online) sama sahaja seperti perniagaan offline atau konvensional.

Peruntukkan kedua-dua jenis perniagaan ini tertakluk kepada Seksyen 4, Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia merujuk kepada pendapatan bagi sesuatu perniagaan itu layan dikenakan cukai pendapatan selepas mengambilkira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh para peniaga tersebut.

Kadar Cukai Perniagaan Online Untuk Individu dan Syarikat

cukai perniagaan

Kadar cukai online bagi individu dan syarikat juga berbeza.

Bagi perniagaan online yang dijalankan oleh individu, kadar cukai pendapatan adalah di antara 0% sehingga 28% (mulai Tahun Taksiran 2016).

Bagi perniagaan online yang dijalankan oleh syarikat kadar cukai pendapatan adalah di antara 19% sehingga 24%.

Salah Faham Pemilik Perniagaan Online Tentang Cukai Perniagaan

Sama ada perniagaan itu untung atau rugi, anda wajib melaporkan pendapatan perniagaan kepada LHDN melalui Borang B.

Di sini kami kongsikan beberapa kesilapan peniaga online tentang kewajiban bayar cukai ini.

1. Bayar Zakat Tak Perlu Bayar Cukai

cukai perniagaan

Ini satu perkara yang sering diabaikan oleh golongan peniaga. Sila fahami bahawa bayaran zakat dan bayaran cukai adalah dua perkara yang berbeza.

Untuk umat Islam, zakat adalah wajib dibayar. Manakala bayaran cukai adalah wajib di sisi undang-undang untuk negara.

Kalau anda bayar zakat pun, anda masih perlu hantar borang taksiran.

Kalau anda tak hantar borang taksiran pula, anda bakal dikenakan tindakan undang-undang.

2. Perniagaan Yang Rugi Tak Perlu Hantar Borang Cukai

cukai perniagaan

Malangnya masih ada peniaga yang tak faham kononnya jika perniagaan mereka pada tahun tersebut mengalami kerugian, maka tak perlu bayar cukai pendapatan.

Sebenarnya lagi rugi kalau peniaga tak hantar Borang B sebab kerugian yang anda perolehi tahun ini boleh ditolak dengan untuk di tahun akan datang.

3. Perniagaan Online Tak Perlu Daftar SSM dan LHDN

Sama ada anda berniaga di Instagram dan hanya ‘berpejabat’ di rumah atau sewa premis berniaga, ia tetap sebuah perniagaan dan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan LHDN.

Panduan Lengkap Daftar Cukai

Sudah menjadi tanggungjawab untuk setiap peniaga di Malaysia membayar cukai supaya pembangunan negara dapat dikembalikan semula kepada rakyat.

Di bawah kami kongsikan panduan penting untuk mendaftar cukai ini.

  • Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan (rujuk Daftar Fail)
  • Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDN yang terdekat
  • Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian)
  • Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti penyata sewa dan penyata komisen 
  • Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu)
  • Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat
  • Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan 
  • Maklumat tambahan perkongsian 
    • Ahli Kongsi Utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan menyediakan CP30 untuk setiap ahli kongsi (rujuk Borang CP30)
    • CP30 menunjukkan agihan pendapatan (keuntungan/kerugian) kepada ahli-ahli kongsi
    • Setiap ahli kongsi perlu melaporkan penerimaan pendapatan daripada perkongsian di dalam Borang B masing-masing
    • Ahli Kongsi Utama juga bertanggungjawab maklumkan LHDNM secara bertulis sekiranya perkongsian tamat/ditukar kepada Milikan Tunggal/Syarikat Sendirian Berhad
  • Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara berasingan
  • Mengira sendiri cukai pendapatan 
  • Menyemak dan tandatangan Borang Nyata yang telah lengkap diisi
  • Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah ditetapkan
  • Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan tidak perlu dikemukakan
  • Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk potongan, pelepasan serta rebat selama 7 tahun 
  • Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank
  • Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500)  (Rujuk Skim Ansuran CP500)

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pada laman LHDN ini.

cukai perniagaan

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam pengiraan cukai individu dan perniagaan, anda boleh mendapatkan khidmat dari Tengku Azrul & Co.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

Bukan sahaja khidmat kira cukai, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *