Phone: +603 – 4821 4961

Langkah Demi Langkah Untuk Daftar Syarikat Sdn Bhd (Senang Buat)

Buntu bagaimana hendak daftar syarikat sdn bhd dengan mudah?

Jika anda sedang mencari langkah-langkah daftar syarikat sdn bhd untuk perniagaan, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca panduan ini sehingga tamat.

Apakah itu Syarikat Sendirian Berhad?

Sendirian Berhad merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah jenis Syarikat Berhad.

Ia dihadkan oleh saham dan ia tidak boleh dijual kepada orang awam.

Jenis syarikat ini perlu mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan ia bermatlamat memperolehi keuntungan.

Antara ciri-ciri lain:

  • Pemilik syarikat perlu lebih dari seorang atau sekurang-kurangnya dua orang.
  • Modal penubuhan syarikat daripada pemilik syarikat.
  • Mempunyai saham yang yang dipunyai oleh lebih daripada seorang individu, yang dikenali sebagai ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
  • Pemegang saham tidak boleh melebihi 50 orang.
  • Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih dari jumlah keseluruhan saham syarikat mempunyai hak mengawal pengurusan syarikat.
  • Saham syarikat tidak boleh dijual beli di Bursa Saham Kuala Lumpur.
  • Pengarah syarikat mempunyai liabiliti terhad.
  • Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai Akta Syarikat 2016).
  • Tidak wajib mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.
  • Pemilikan aset tidak dinamakan pada seseorang individu sahaja.
  • Hutang perlu dipertanggungjawab oleh syarikat.

Sebelum mendaftar, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah melantik setiausaha syarikat untuk membantu hal-hal berkaitan penubuhan syarikat.

Setiausaha syarikat berperanan sebagai individu yang menyelesaikan keperluan dokumen dengan memastikan pendaftaran dan keperluan syarikat mengikut undang-undang.

Setiausaha akan terus berkhidmat dengan syarikat selama ia wujud atau selagi tidak ditamatkan perkhidmatannya.

Bagaimana hendak menubuhkan syarikat sdn bhd?

Sediakan maklumat seperti berikut:

  • Beri tiga pilihan nama syarikat
  • Beri tiga cadangan aktiviti perniagaan syarikat
  • Cadangan akaun bank syarikat
  • Alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika alamat berbeza dengan kad pengenalan)
  • Alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika alamat berbeza dengan kad pengenalan)
  • Nama penandatangan buku cek syarikat
  • Syarat penandatangan buku cek syarikat

Anda juga perlu menyediakan dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan bakal pengarah dan bakal pemegang saham syarikat.

Setelah kesemua dokumen di atas lengkap, buat temujanji dengan setiausaha syarikat.

Proses penubuhan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengambil tempoh antara 5 hingga 10 hari.

Anda juga dikehendaki menandatangani dokumen sekurang-kurangnya dua kali sebelum sijil penubuhan syarikat sdn bhd diperolehi.

Gambar kredit dari sini.

Sijil penubuhan syarikat sdn bhd (Borang Seksyen 17) akan dikeluarkan SSM menandakan syarikat berjaya ditubuhkan.

Setiausaha syarikat akan memberikan Borang Seksyen 17 bersama Borang Seksyen 14, Notis Seksyen 15 dan Notis Seksyen 58 dan 236 (2) dan resolusi pembukaan akaun bank syarikat.

Setelah anda menerima dokumen lengkap seperti disebutkan di atas, perniagaan syarikat ini boleh dijalankan.

Masih buntu? Adakah anda memerlukan bantuan untuk mendaftarkan syarikat sdn bhd?

Dapatkan bantuan dan servis profesional melalui Tengku Azrul & Co.

daftar syarikat

Mereka terdiri dari kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesan dan perunding perniagaan yang terlatih khusus untuk menasihati dan membantu perniagaan di Malaysia.

Berpengalaman lebih lapan tahun dan bidang perniagaan, TAZC berjaya mengembangkan lebih 150 perniagaan yang pernah dibelenggu dengan masalah.

Pakej servis penubuhan syarikat sdn bhd yang ditawarkan TAZC adalah seperti berikut:

  • 3 Set Carian Nama Syarikat di SSM
  • Draft Dokumen Penubuhan
  • Resolusi Bank
  • 2 Set Pengesahan Dokumen Oleh Setiausaha Syarikat
  • 3 Set Dokumen Lengkap Syarikat
  • 1 Set Sijil Saham Syarikat
  • Sijil Penubuhan syarikat
  • Company Super Form (Section 14)
  • 3 Set Penyediaan & Penggunaan Surat CTC
  • 1 Set Buku Daftar, minit & sijil saham beserta kemaskini

Selain servis pendaftaran syarikat, TAZC turut menawarkan servis perakaunan, percukaian, penyediaan rancangan perniagaan, penyediaan kertas kerja untuk tujuan pembiayaan dan konsultasi perangkaan kewangan.

Klik sini untuk menghubungi kami.

Trackbacks/Pingbacks

  1. 9 Cara Memulakan Perniagaan (Walaupun Anda Masih Baru) - […] Read more […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *