Phone: +603 – 4821 4961

Senarai Lengkap Pinjaman Untuk Memulakan Perniagaan 2020

Anda usahawan yang baru berniaga dan memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan?

Tidak tahu tempat yang sepatutnya untuk memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan?

Di sini kami kongsikan beberapa senarai lengkap program dan tempat yang menawarkan pinjaman untuk bisnes.

pinjaman untuk memulakan perniagaan

Hari ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Sama ada perniagaan kecil atau besar, perniagaan dalam talian kini semakin mendapat sambutan kerana sifatnya yang mudah, pantas dan menjimatkan.

Dalam apa jua keadaan pun, setiap perniagaan memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, atau lebih dikenali sebagai modal.

Biasanya modal digunakan untuk memulakan operasi perniagaan seperti set up tempat dan membeli barangan atau stok.

pinjaman perniagaan

Adakalanya, proses mengumpul modal ini tidak begitu mudah dan mengambil masa yang lama sehingga membantutkan niat seseorang untuk berniaga.

Tahukah anda, kerajaan amat prihatin dengan golongan peniaga dengan menubuhkan beberapa agensi berkaitan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.

Mereka inilah yang bertindak memberi pembiayaan dan sokongan kepada pemohon yang layak.

Paling penting, dapatkan bantuan daripada agensi yang bertauliah dan diluluskan, bukannya dengan meminjam duit dari ah long atau ceti haram hanya kerana mahu mendapat wang segera.

Perlukan bantuan pinjaman untuk memulakan perniagaan?Mari lihat senarai agensi-agensi ini.

9 Saluran Pinjaman Untuk Memulakan Perniagaan

1.Prosper PUNB

prosper pinjaman untuk memulakan perniagaan

Sebuah produk pembiayaan berasaskan syariah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang menawarkan pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran semula selama tujuh tahun.

Agensi ini juga turut menyediakan program latihan keusahawanan dan pembangunan korporat untuk membantu golongan peniaga.

2.TEKUN

tekun pinjaman memulakan perniagaan

Merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ia menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada golongan Bumiputera sama ada yang baru mula berniaga dan mahu memajukan lagi perniagaan mereka.

Jumlah pinjaman bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh lima hingga 10 tahun.

Antara skim yang ditawarkan adalah:

a.Skim Pembiayaan TEKUN Nasional

b.Skim Pembiayaan Teman TEKUN

c.Skim Pembiayaan Program TemanNita

d.Ar-Rahnu TEKUN

3.MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan beberapa skim mengikut kesesuaian perniagaan dengan jumlah pembiayaan sehingga RM5 juta.

a.Skim Jaminan Usahawan MARA

b.Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress

c.Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU

d.Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA-EXIM

4.Amanah Ikhtiar

Terdapat tujuh skim pinjaman yang ditawarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan had sehingga RM20,000.

Setiap ahli yang layak menyertai AIM perlu menubuhkan kumpulan sehingga lima orang yang sejantina, tiada tali persaudaraan rapat, saling percaya dan bertanggungjawab.

5.Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)

Bantuan ini bertujuan membantu peniaga individu atau syarikat untuk memfrancaiskan produk dan jenama mereka ke pasaran tempatan atau luar negara.

6.SUPERB

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM500,000 bagi menyokong idea perniagaan yang kreatif dan inovatif.

7.TERAJU

Pinjaman perniagaan ini merupakan hasil kerjasama antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan oleh SME Bank, RHB Islamic, Maybank Islamic dan MIDF.

Bagaimanapun ia hanya terbuka kepada syarikat yang disenarai dalam program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

8.Skim Pembiayaan Mikro-I Musk

Bantuan pembiayaan ini khas buat peniaga kecil dan penjaja yang mahu menaiktaraf perniagaan mereka.

9.Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan

Bantuan kepada golongan pelajar yang berminat untuk berniaga.

Ia terbuka kepada pelajar di institut pengajian tinggi awam atau swasta bersesuaian dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mereka juga menikmati pengecualian sebarang bayaran.

Demikian beberapa agensi pembiayaan perniagaan yang boleh anda mohon bantuan sama ada untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

Apabila perniagaan semakin maju maka anda sebagai peniaga perlu ada inisiatif untuk menaik taraf syarikat, atau mendaftar sebagai Sendirian Berhad.

Hal ini penting supaya perniagaan anda dilihat mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Masih ragu-ragu untuk mendaftar syarikat?

daftar syarikat

Dapatkan bantuan daripada Tengku Azrul & Co – sebuah agensi yang terdiri daripada pakar dan profesional bidang perniagaan, akauntan, agen cukai dan perunding perniagaan.

Khidmat mereka amat diyakini ramai dengan pengalaman lebih dari sembilan tahun.

Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

2 Comments

  1. azrul imran

    Salam, nama saya Azrul. Saya perlukan modal untuk memulakan perniagaan. Nak tanya, ada ke cara-cara untuk saya mendapat pinjaman ? Terima kasih

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *