4 Kelebihan Bayar Cukai Yang Ramai Tak Tahu

Kewajiban untuk bayar cukai adalah salah satu tanggungjawab rakyat Malaysia.

Namun ada juga yang merungut tentang kewajiban ini.

Ada yang beranggapan tujuan bayar cukai adalah membebankan, merasa hasil potongan cukai menyusahkan.

Tanggapan sedemikian tidak benar. Di sini kami kongsikan kelebihan bayar cukai yang ramai tidak tahu.

Hasil carian imej untuk pekerja di syarikat

Tahukah anda, sebenarnya hampir 70% pendapatan negara disumbangkan daripada hasil pembayaran cukai daripada individu yang layak membayar cukai.

Hasil bayar cukai yang ditunaikan oleh anda bukan masuk dalam poket kerajaan. Ini yang ramai silap faham.

Sebaliknya ia digunakan untuk tujuan keselamatan negara dan pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti hospital, sekolah, jalan raya, kemudahan awam dan sebagainya.

Walaupun rekod pekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dianggarkan lebih dari 12 juta orang, hanya 6.9 juta fail didapati aktif.

Dan dari jumlah itu, dianggarkan hampir 3 juta sahaja pekerja di Malaysia yang perlu membayar cukai pendapatan.

Kenapa Perlu Bayar Cukai?

Perlu ingat, tak semua individu yang bekerja perlu membayar cukai.

Hasil carian imej untuk borang ea

Mulai tahun 2015, LHDN mewajibkan setiap individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Malah mana-mana pekerja yang layan dikenakan potongan PCB juga dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dilakukan.

Sekiranya anda layak bayar cukai, maka anda perlu memohon pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan di cawangan LHDN berhampiran.

Senarai dokumen yang diperlukan :

1. Satu salinan Borang Penyara Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terbaru

2. Satu salinan kad pengenalan / kad pengenalan polis / kad pengenalan tentera / passport antarabangsa

3. Satu salinan sijil kahwin (jika ada).

Permohonan juga boleh dilakukan menerusi atas talian di e-Daftar di laman web LHDN.

Sebagai individu yang bertanggungjawab, maka anda perlulah membayar cukai.

Kami kongsikan beberapa kelebihan sebagai pembayar cukai.

1. Gambaran Baik Terhadap Pihak Bank

C:\Users\User\Desktop\pinjaman lulus.jpg

Ada sesetengah orang memilih declare sebahagian perkara sahaja sebagai cara mengurangkan bayaran cukai.

Ada pihak bank yang meminta bukti pernah hantar borang bayar cukai taksiran sebagai dokumen sokongan permohonan jika anda ingin membeli rumah atau kereta.

Malah, jika anda merupakan seorang peniaga yang bijak, anda akan bayar cukai dengan jumlah yang sepatutnya kerana ini akan membuka peluang cerah untuk pembiayaan institusi perbankan.

2. Cukai Import Untuk Galakkan Barangan Tempatan

Hasil carian imej untuk barangan tempatan

Apabila barangan import dikenakan cukai, maka keuntungan akan diperolehi ke atas pedagang tempatan, sekaligus akan menggalakan orang ramai memilih barang tempatan yang murah.

Sistem ini digunapakai di banyak negara dalam usaha menjaga kepentingan rakyat tempatan.

3. Untuk Tujuan Kebaikan

Sebagai contoh, pengecualian cukai untuk membeli buku sebagai menggalakkan orang ramai mengamalkan tabiat membaca di kalangan masyarakat.

Maka dengan sistem cukai sedia ada diperkenalkan kerajaan, tabiat dan amalan yang baik dapat dipupuk.

4.Cukai Untuk Perkara Memudaratkan / Tidak Berfaedah

C:\Users\User\Desktop\perokok.jpg

Ada sesetengah barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai yang tinggi, misalnya rokok dan alkohol.

Apabila cukai tinggi dikenalkan, maka ini merupakan satu cara untuk menyedarkan perokok dan berhenti dari tabiat itu.

Sebagai contoh, apabila perokok jatuh sakit kerana amalan tidak sihat itu, mereka akan mendapatkan khidmat kesihatan di hospital awam secara percuma.

Bermakna hasil kutipan cukai perkara yang disebutkan di atas akan digunakan untuk aktiviti pemulihan dan kempen untuk mempromosikan gaya hidup sihat.

5. Nikmat Keselesaan

Hasil carian imej untuk rawatan di hospital kerajaan

Bayaran cukai yang dikutip oleh kerajaan akan dikembalikan kepada dua tanggungjawab utama kerajaan iaitu pendidikan dan kesihatan.

Dalam sudut kesihatan, perkhidmatan perubatan di Malaysia pada hari ini semakin baik berbanding beberapa negara lain.

Sebagai contoh, ini merupakan bayaran untuk hospital kerajaan di Malaysia.

a. Kos Pembedahan : RM50 – RM200

b. Kos Wad Kelas 3 : RM3/sehari (4 kali makan)

c. Daftar Masuk Wad : RM1

Malah, jika anda mempunyai surat jaminan (GL) atau merupakan kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan, segala pembayaran di atas adalah percuma.

Hasil carian imej untuk lhdn

Demikian antara beberapa kelebihan jika anda bayar cukai pendapatan.

Menjadi tanggungjawab kita untuk membayar cukai pendapatan setiap tahun dalam usaha membantu negara dan mereka yang kurang mampu.

Anda buntu bagaimana mengira cukai pendapatan?

Dapatkan bantuan profesional daripada Tengku Azrul & Co.

C:\Users\User\Desktop\tazc.jpg

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

Bukan sahaja khidmat kira cukai, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini