Tax Consultant Malaysia: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Upah Konsultan Cukai

Apabila menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan, pastinya ada sesuatu tempoh yang memerlukan pengiraan cukai.

Kebiasaannya ia dilakukan oleh konsultan cukai atau tax consultant Malaysia. Mereka akan memberikan nasihat untuk menambahbaik pengurusan cukai perniagaan anda.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsultan cukai.

lhdn malaysia tax

Sebelum itu,

Untuk memahami Tahun Taksiran, ia dirujuk sebagai pendapatan yang dinilai berdasarkan tahun semasa.

Contohnya, Tahun Taksiran 2019 adalah berakhir pada 31 Disember 2019.

Jadi pendapatan yang dijana oleh individu bagi setiap syarikat, koperasi dan badan amanah akan ditaksir mengikut tahun kalendar.

Contoh:

Setiap pembayar cukai perlu melakukan pembayaran bagi setiap pendapatan termasuklah daripada perniagaan, pekerjaan, dividen, faedah, diskaun, sewa, royalti, premium, pencen, anuiti dan lain-lain.

Bacaan Lebih Lanjut: Panduan Lengkap Cukai Pendapatan

Siapa Itu Konsultan Cukai?

tax consultant malaysia

Konsultan cukai juga dikenali sebagai perunding dan penasihat cukai adalah mereka yang pakar dalam undang-undang, penguatkuasaan dan pematuhan percukaian.

Sama ada terhadap individu atau khidmat perniagaan, konsultan cukai perlu memastikan klien patuh terhadap pelaksanaan cukai semasa untuk jangka masa pendek dan panjang.

Mereka akan memastikan pulangan cukai terhadap klien selain bertindak memastikan liabiliti cukai klien di tahap minimum.

Konsultan cukai memberi khidmatnya melalui firma perakaunan awam, firma perundingan kewangan dan lain-lain termasuk independent consultation business.

Apa Yang Konsultan Cukai (Tax Consultant) Buat?

bayar tax cukai

Secara asasnya, tax consultant Malaysia berperanan dalam:

1. Menyusun strategi bagaimana meminimumkan liabiliti cukai klien.

2. Memberi penjelasan berkenaan isu-isu cukai terhadap klien.

3. Membuat penyelidikan tentang cukai dan undang-undang berkaitan.

4. Menyediakan pulangan cukai klien.

5. Perancangan hartanah.

6. Memastikan klien patuh kepada kewajiban membayar cukai.

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Upah Konsultan Cukai

konsultan cukai

Ada beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan khidmat konsultan cukai dalam urusan perniagaan anda.

Sama ada anda lantik sendiri atau menggunakan khidmat luar, konsultan cukai memainkan peranan besar seperti :

1. Panduan Skop Cukai dan Perbelanjaan

Membantu individu atau perniagaan keliru dengan potongan cukai, potongan khusus dan potongan berganda, termasuklah dalam kaedah mengisi borang-borang berkaitan.

2. Elak Penalti

Konsultan cukai akan membantu klien supaya sentiasa patuh dengan pelaksanaan cukai untuk mengurangkan risiko dikenakan penalti.

3. Membantu Pengiraan Rumit

Image result for stress computer"

Keadaan ini membantu klien yang menerima pendapatan yang tinggi, memiliki banyak aset bahkan yang mempunyai perniagaan atas talian.

Pengiraan sendiri mungkin melecehkan. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat percukaian daripada Tengku Azrul & Co.

4. Khidmat Yang Cekap

Bayangkan sekiranya pengiraan cukai masih dilakukan dengan kaedah manual. Pasti memeningkan kepala dan mengambil masa yang lama.

Teknologi hari ini dilengkapi dengan perisian pengiraan cukai yang mudah.

Ia boleh dilakukan dengan tepat dan menjimatkan masa.

5. Faedah Maksimum

Didapati menerusi elaun cukai dan insentif.

Ia juga membantu menjimatkan masa kerana konsultan cukai bertindak menilai cukai perkomputeran.

Mereka juga menyimpan rekod perakaunan dan membayar ansuran mengenai anggaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perlukan Bantuan Untuk Pengiraan Cukai?

Setiap pengiraan cukai mesti dilakukan mengikut Piawaian Perakaunan Malaysia, berdasarkan Seksyen 5 Akta Percukaian.

Ia menjelaskan skop pendapatan bercukai, tempoh, penentuan pendapatan kasar, pelarasan pendapatan, pendapatan berkanun, pendapatan agregat dan jumlah pendapatan minimum untuk dicukai.

Tengku Azrul & Co menawarkan khidmat pengiraan cukai untuk individu, syarikat, koperasi dan badan amanah.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Tengku Azrul & Co mempunyai lebih 8 tahun pengalaman mengendalikan bidang ini.

Anda juga boleh melihat perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini