10 Jenis Accounting Services Yang Anda Perlu Tahu Bezakan

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang Accounting Services.

Sekiranya anda sedang mencari servis perakaunan atau accounting services, ini merupakan artikel yang anda patut baca sampai habis.

Teruskan membaca.

Apa Itu Accounting Services?

Dalam menguruskan akaun dan transaksi aliran tunai keluar dan masuk, pasti peniaga akan kerut dahi.

Rata-rata kesilapan yang sering timbul dalam menguruskan akaun adalah disebabkan tiada kaedah yang tersusun dan pihak yang mengendalikannya tidak cekap.

Ini ditambah lagi dengan kos penyediaan yang tinggi, tidak mendapat maklumat untuk penyata kewangan yang lengkap, pengauditan, urusan SSM, cukai dan sebagainya.

Secara asasnya, perakaunan adalah kaedah menyampaikan maklumat kewangan sebuah perniagaan kepada pengguna yang mempunyai kepentingan (seperti pemegang saham dan lembaga pengarah).

Accounting services di Malaysia diwujudkan oleh pihak-pihak profesional dan bertauliah bagi membantu perniagaan memperolehi penyata kewangan tahunan mereka sebelum proses audit dijalankan.

Jenis Servis Perakaunan

Kebiasaannya setiap akauntan yang dilantik akan melakukan kerja-kerja seperti:

merekod dan menganalisa transaksi perniagaan,

bookkeeping

mengenalpasti potensi kewangan terhadap perniagaan dan syarikat itu sendiri.

Namun setiap aktiviti perakaunan adalah berbeza dengan jenis perniagaan dan pengurusan syarikat.

Kenalpasti terlebih dahulu perbezaan setiap jenis perakaunan kewangan sebelum mendapatkan khidmat accounting services.

Di bawah merupakan perbezaan setiap accounting services:

1. Perakaunan Awam

Juga dipanggil perkhidmatan jaminan dan digunakan secara meluas selain mempunyai pelbagai cabang.

Akauntannya berpengalaman dalam bookkeeping, analisis kewangan dan khidmat pengurusan akaun.

Mereka juga berperanan dalam penyediaan dan nasihat tentang percukaian, merekabentuk sistem perakaunan dan melihat sejarah kewangan syarikat untuk mencari kesilapan.

2. Perakaunan Pengurusan

Merekod dan menganalisis maklumat kewangan syarikat untuk pengurusan aset, pengurusan kos, penilaian prestasi dan aktiviti urus niaga.

Akauntan pengurusan terlibat dalam belanjawan mengeluarkan produk terbaru syarikat, menyediakan maklumat kewangan untuk pelabur dan pihak menguruskan cukai.

Mereka juga melihat maklumat kewangan terdahulu dan terkini dalam merancang masa depan sesebuah perniagaan.

3. Perakaunan Kerajaan

Melibatkan tugas perakaunan awam bagi agensi-agensi kerajaan, di mana servis perakaunan ini akan memastikan setiap pendapatan dan perbelanjaan dilakukan mengikut undang-undang ditetapkan.

Turut terlibat dalam belanjawan dan pengurusan aset kerajaan.

4. Pengauditan Dalaman

Ia adalah servis mengkaji amalan pengurusan kewangan syarikat, menyemak salah urus perniagaan, penipuan dan pembaziran.

Mereka juga akan menilai belanjawan, sistem pengurusan dan kecekapan dalam operasi yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan.

Mereka juga mengkhususkan diri dalam bidang seperti teknologi maklumat dan pengauditan pematuhan untuk memberi gambaran meluas tentang sesuatu perniagaan.

Begitu juga terdapat pelbagai perkhidmatan yang disertakan dengan accounting services. Antara yang biasa dilakukan adalah:

5. Bookkeeping

Melibatkan tugas-tugas asas yang perlu dicapai perniagaan bersaiz kecil dan sederhana di samping bekerja rapat dengan akauntan untuk memastikan ketepatan akaun.

Pemegang buku berperanan mengemaskini sistem kewangan syarikat dan memantau akaun hutang dan boleh terima (payable and receivable).

6. Perakaunan Bertauliah

Akauntan bertauliah merupakan ahli badan perakaunan profesional dan perlu mahir dalam aspek pengurusan dan pengauditan, selain fokus kepada pengkhususan tertentu.

outsourced accounting services malaysia

7. Perakaunan Cukai

Khusus terhadap bidang percukaian individu dan pelbagai keperluan percukaian terhadap perniagaan.

Akauntan percukaian merupakan pakar dalam aspek tuntutan cukai yang perlu dan bagaimana mengelakkan anda untuk tidak membayar cukai yang tidak perlu.

8. Khidmat Pengawalan Kewangan

Terlibat dalam pelbagai fungsi perniagaan seperti penyerahan kerja, berurusan dengan pelanggan baru dan mengawasi kakitangan.

Mereka juga dikenali sebagai ketua jabatan perakaunan yang turut melakukan audit dalaman dan luaran untuk meningkat kualiti dan kecekapan tugas-tugas perakaunan.

9. Perakaunan Forensik

Bertindak dalam mengesan kehilangan dana dan kemusykilan yang timbul daripada laporan kewangan.

Pengendali accounting services ini mempunyai pengetahuan undang-undang yang tinggi dan berperanan dalam mencari kepastian dalam tuduhan penipuan atau pengelakan cukai dan lain-lain.

10. Perakaunan Audit

Terlibat dalam memeriksa laporan dan penyata kewangan syarikat untuk memastikan ketepatan dan kesahihannya.

Mereka juga bertindak mengenalpasti sejarah dan rekod penerimaan yang terdahulu dalam perniagaan dan membenarkan maklumat kewangan mendalam tentang keadaan syarikat.

Caj Perkhidmatan Accounting Services

Setiap caj yang dikenakan terhadap accounting services di Malaysia adalah berbeza mengikut bilangan dokumen dan jenis perniagaan.

Ia dibahagikan kepada perniagaan baru, perniagaan kecil dan sederhana.

Antara dokumen diperlukan untuk diakses akauntan melibatkan invois perniagaan, bil pembelian, nota debit dan kredit serta voucher pembayaran (tunai dan cek).

Accounting Services – Perlu Outsource atau Buat Sendiri?

Adalah penting untuk pengarah syarikat mengetahui tentang potensi pengurusan dan perniagaannya dalam kerja-kerja perakaunan.

Ini merupakan persoalan yang sering ditanya, dan kedua-duanya dibolehkan.

Jika keadaan syarikat sedang berkembang dan memerlukan pemantauan dalam urus niaga setiap hari, maka adalah sebaiknya anda melantik seorang akauntan syarikat.

Ini akan membolehkan sebarang aktiviti berkaitan kewangan akan terjaga sebaiknya.

Sesebuah perniagaan akan menggunakan khidmat outsource, iaitu accounting services dari pihak profesional dan bertauliah sekiranya transaksi kewangan tidak memerlukan pemantauan setiap hari.

Khidmat outsource dipercayai lebih jimat dan mereka yang menawarkan servis ini pula mempunyai pasukan yang hebat dan terlatih.

accounting services malaysia

Accounting Services Malaysia

Terdapat banyak accounting services yang ditawarkan di Malaysia dengan pelbagai khidmat dan kepakaran.

Tengku Azrul & Co merupakan sebuah badan profesional menawarkan khidmat penyediaan dan penyelesaian terhadap laporan kewangan perniagaan.

Accounting firm ini terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan dengan lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang ini.

Tengku Azrul & Co telah memberi khidmat terhadap hampir 150 perniagaan yang pernah berdepan dengan masalah kewangan dan cukai melalui tujuh jenis perkhidmatan utama.

Tengku Azrul & Co menawarkan accounting services seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini