Phone: +603-4821-4961

Bagaimana Urus Kewangan Syarikat Dengan Bijak

Sebelum anda memulakan perniagaan anda, sudah pasti anda tahu betapa pentingnya menguruskan kewangan dengan betul. Lebih-lebih lagi jika anda ingin membuka perniagaan atau perniagaan anda sendiri.

Artikel ini akan mengulas dengan lebih lanjut bagaimana urus kewangan syarikat dengan bijak.

Teruskan membaca.

Mengapa Anda Perlu Uruskan Kewangan Perniagaan Syarikat Anda?

Urus Kewangan Syarikat

Memudahkan Kerja Aliran Kewangan Syarikat

Aliran kewangan haruslah dilihat jelas supaya anda mengetahui jumlah sebenar wang yang keluar dan jumlah yang masuk.

Jumlah yang masuk haruslah lebih daripada yang keluar dan bila ada penyata yang jelas tentang kewangan syarikat anda, pasti anda boleh melakukan sebarang pembaikan dalam perniagaan ada jika perlu.

Malah, dari aliran kewangan anda, anda boleh mengetahui jumlah pusingan atau pulangan modal perniagaan.

Meningkatkan Keuntungan Perniagaan

Seperti yang dikatakan apabila ada data yang jelas, lebih mudah anda untuk mengatur strategi yang sebenar untuk perniagaan anda.

Adakah anda perlu tingkatkan pengeluaran atau kos pemprosesan?

Semuanya boleh dilihat dan dijawab melalui data yang kemas.

Cara Untuk Menyediakan Data

Urus Kewangan Syarikat

Data kewangan anda haruslah tepat supaya anda mengetahui duit masuk dan duit yang keluar.

Terdapat dua perkara penting untuk menyediakan data:

Perkara pertama adalah DUIT MASUK.

  • Ini merupakan data tentang sumber duit yang masuk ke dalam perniagaan anda
  • Selalunya sumber duit yang masuk dalam perniagaan adalah hasil jualan perniagaan.

Perkara kedua adalah DUIT KELUAR

  • Duit keluar merupakan data tentang di mana dan ke mana sahaja anda belanjakan duit yang telah masuk ke dalam syarikat.
  • Duit keluar selalunya adalah wang daripada syarikat yang anda belanjakan untuk membayar kos perniagaan seperti sewa, bil, bahan mentah, gaji dan sebagainya.

 

Untuk menjadikan data anda lebih lengkap, data hasil jualan dan data kos jualan anda haruslah dimasukkan sekali.

Jadi,  anda perlu mengetahui dua jenis transaksi biasa di dalam perniagaan.

 

Urus Kewangan Syarikat

Dua Jenis Transaksi Dalam Perniagaan

Tunai – Jualan atau pembelian yang berlaku secara tunai samada atau cek atau duit

Hutang – Jualan atau belian yang berlaku secara kredit (hutang)

 

Urus Kewangan Syarikat

 

Jadi dengan dua jenis transaksi ini, anda boleh pecahkan data kepada 4 proses:

  1. Jualan secara tunai
  2. Jualan secara hutang
  3. Belian secara tunai
  4. Belian secara hutang

Untuk mengelakkan anda menjadi keliru dalam menyediakan buku kewangan anda, anda perlu ada 4 buah buku kira-kira untuk mencatat semua 4 proses di atas. Ini ada cara urus kewangan syarikat jika anda berhutang.

Tujuan transaksi ini diasingkan adalah untuk:

  1. Mengetahui Siapakah Yang Berhutang

Apabila mempunyai rekod yang kemas siapakah yang berhutang dengan syarikat anda, lebih mudah untuk menuntut hutang anda sehinggalah mereka membayar jumlah yang dipinjam sehingga cukup.

Ataupun, jika ada di antara penghutang degil untuk membayar hutang anda boleh mula menyenarai hitamkan nama-nama mereka.

Malah, dengan rekod yang kemas dan lengkap anda juga boleh mengenakan tindakan undang-undang kepada penghutang ini.

 

Urus Kewangan Syarikat
  1. Mengetahui Dengan SIapakah Anda Berhutang

Kadangkala pemilik hutang terpaksa berhutang untuk mendapatkan bahan mentah dalam jumlah yang banyak atau pukal. Jadi pemilik akan berhutang dahulu.

Ataupun pembekal anda adalah orang yang sama dan anda dikira sebagai pelanggan tetap mereka. Jadi berkemungkinan anda akan diberikan kemudahan kredit. Walaupun anda diberikan kemudahan ini, anda masih perlu pantau nama-nama pembekal ini.

Jangan anda pula yang disenarai hitam.

Dengan adanya buku-buku hutang diatas, anda akan dapat menyemak status hutang setiap minggu. Pantauan hutang ini perlu dilakukan secara rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Jika anda tidak mempunyai masa atau pekerjaan ini sedikit sukar, anda boleh mengupah akauntan atau lantik sahaja pekerja anda untuk lakukan pengiraan.

Selain buku-buku di atas anda juga perlu sediakan buku khas untuk cek. Ini penting untuk anda ketahui cek itu ‘lepas’ atau ‘ditendang’.

Buku ini perlulah dicatat untuk memantau keadaan wang di dalam bank.

 

Urus Kewangan Syarikat

Andaikan sahaja jika anda memberikan cek kepada pembekal dan pembekal tersebut menunaikan cek tersebut, penyata akaun bank anda akan menunjukkan anda masih mempunyai wang tersebut – hal ini akan menyebabkan anda fikir duit anda masih ada di dalam bank.

Bagaimana kalau anda terbelanja jumlah yang terlalu banyak dan apabila pembekal menunaikan cek tersebut, cek tersebut ditendang?

Jadi ini caranya untuk mengelakkan perkara tak terduga daripada berlaku.

  1. Tuliskan Duit Keluar Setiap Kali Cek Ditulis Dan Diserahkan

Biarkan sahaja jika pembekal atau orang yang mendapatkan cek itu tunaikan cek cepat atau lambat. Jumlah yang anda dah tulis di atas cek tersebut, anggap sahaja sudah diberikan.

 

  1. Ambil Tempoh Tulisan Wang Yang Telah Masuk Melalui Cek

 

Ini untuk mengelakkan anda pula menerima cek tendang dan membelanjakan duit yang anda tidak ada. Tuliskan wang yang sudah masuk ke dalam akaun anda apabila jelas sudah duit tersebut ada – iaitu ianya masuk atau anda tunaikan ke dalam akaun bank.

Bila anda sudah mempunyai rekod kewangan masuk dan keluar yang lengkap seperti ini barulah anda dapat urus kewangan syarikat dengan lebih kemas.

Setiap catitan yang anda buat adalah bukti yang paling kukuh sekiranya apa-apa berlaku kepada wang syarikat anda.

Urus Kewangan Syarikat

Kesimpulan

Jangan culas dan cuai dalam urusan kewangan syarikat.

Tidak kiralah anda majikan ataupun akauntan syarikat, anda perlu mengambil berat kewangan yang masuk dan keluar supaya anda boleh ‘meramal’ apa yang akan terjadi kepada perniagaan anda.

Jika anda mahukan khidmat akauntan untuk menguruskan wang syarikat anda dengan baik, Tengku Azrul & Co menyediakan khidmat seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

 

 

 

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *