Ini Dia Contoh Penyata Kewangan Yang Saya Cari

Sedang mencari contoh penyata kewangan? Berikut adalah beberapa penyata kewangan yang boleh ikuti.

Dengan adanya contoh penyata kewangan, ianya dapat membantu usahawan untuk merangka keadaan kewangan dalam jangka masa pendek atau panjang.

Setiap perniagaan dijalankan untuk meraih keuntungan.

Namun kebanyakan perniagaan gagal bertahan walaupun dalam tempoh sesingkat tiga tahun kerana lemah dalam menguruskan kewangan dan pengurusan akaun.

penyata kewangan

4 Jenis Penyata Kewangan

Secara asasnya terdapat empat penyata kewangan:

1. Kunci kira-kira

Turut dikenali sebagai penyatan kedudukan atau keadaan kewangan.

Laporan ini menyatakan berkenaan aset, ekuiti dan liabiliti pemilik syarikat dalam tempoh tertentu.

2. Penyata aliran tunai

Melaporkan aktiviti aliran tunai syarikat dalam operasi, pelaburan dan kewangan.

3. Penyata pendapatan

Juga dikenali sebagai penyata untung rugi, di mana ia menyatakan keseluruhan pendapatan, untung dan belanja dalam suatu jangka masa perakaunan.

Ia juga mengira jualan dan lain-lain belanja semasa pemprosesan.

4. Penyata untung tertahan

Menyatakan beberapa perubahan dalan untung tertahan syarikat dalam tempoh pelaporan.

Setiap penyata kewangan perlu mempunyai:

Penyata Kedudukan Kewangan

Penyata ini akan menerangkan sama ada sesuatu syarikat itu beroperasi dengan baik atau sebaliknya, atau, perniagaan itu memperolehi keuntungan atau kerugian.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah Net Profit, Gross Profit, Revenue dan Earning Per Share.

Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

Memberi maklumat berkaitan perubahan ekuiti dalam sesebuah syarikat, sama ada mereka ada membuat strategi untuk mengumpul tambahan modal supaya sesuatu projek baru dapat dilaksanakan.

Penyata Prestasi Kewangan

Memaklumkan segala aliran tunai syarikat, sama ada transaksi duit masuk atau keluar.

Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: aliran tunai daripada aktiviti operasi, aliran tunai daripada aktiviti pelaburan dan aliran tunai daripada aktiviti kewangan.

Kaedah perbandingan dengan tahun-tahun terdahulu dalam menilai prestasi kewangan, untuk melihat sama ada syarikat itu bertambah baik atau sebaliknya.

  • Penyata Aliran Tunai
  • Polisi Perakaunan
  • Nota Penjelasan

Di bawah merupakan beberapa perkara penting yang sering dilihat dan dititikberatkan di dalam setiap penyata kewangan:

Aset, Liabiliti, Ekuiti, Aliran Tunai dan Keuntungan dan Kerugian.

Penyata kewangan penting bagi menyediakan maklumat kewangan perniagaan yang berguna.

Ia menyatakan prestasi aliran tunai kepada pihak tertentu untuk membuat dan memutuskan keputusan ekonomi.

Serta tindakan yang berasaskan perundangan yang relevan dan berkaitan.

Selain menyediakan maklumat tentang kedudukan kewangan, setiap penyata kewangan bertujuan menunjukkan struktur kewangan dan hasil pengurusan perniagaan yang dijalankan.

Penyata kewangan sesebuah perniagaan menjadi rujukan dan kepentingan kepada sekurang-kurangnya tujuh pihak tertentu:

1.Pemilik – Pemodal – Pemegang Saham – Pelabur

Untuk mendapatkan prestasi dan pencapaian syarikat sama ada pelaburan boleh atau perlu atau tidak perlu dilakukan.

Selain itu, mengetahui jumlah pelaburan yang boleh dilakukan.

Ini dilakukan supaya sejumlah pelaburan yang dilakukan akan membuahkan keuntungan atau pulangan yang memuaskan.

2. Pembekal – Pemiutang

Untuk melihat sama ada bayaran bekalan atau bahan boleh dilakukan secara kredit atau ansuran dan tempoh yang dibenarkan.

3. Pihak Pengurusan – Juru Audit Dalaman – Ahli Lembaga Pengarah

Sebagai panduan dalam merancang sumber kewangan pada masa akan datang selain menilai prestasi syarikat dalam beberapa tempoh.

Sebagai asas daripada majikan dalam memberi bonus dan kenaikan gaji terhadap pekerjanya.

4. Bank – Pembiaya – Syarikat Kewangan

Supaya pihak-pihak ini dapat menentukan jumlah pembiayaan yang diberikan kepada entiti perniagaan.

5. Agensi Kerajaan – Lembaga Hasil Dalam Negeri

Untuk menentukan berapa jumlah cukai yang perlu syarikat bayar.

6. Kesatuan Pekerja

Untuk melihat kestabilan syarikat dalam tempoh yang panjang dan menjadi asas kepada permintaan kenaikan gaji atau pemberian bonus.

7. Pesaing

Dalam usaha memastikan usaha pemasaran berjalan lancar, contohnya dari segi promosi dan penurunan harga.

Contoh-Contoh Penyata

Di bawah merupakan aliran penyediaan penyata kewangan:

aliran penyata kewangan

Di bawah merupakan contoh penyata kewangan yang boleh anda rujuk:

format penyata kewangan

Sekiranya anda memerlukan bantuan pengiraan penyata kewangan, dapatkan khidmat Tengku Azrul & Co dengan klik di sini.

servis akauntan

Dengan pakej rendah antara RM600 hingga RM800 sebulan berbanding khidmat akauntan lain, TAZC boleh membantu mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran serta dapat mempertingkatkan pengurusan dan kawalan kewangan.

Servis daripada Tengku Azrul & Co disediakan mengikut polisi dan amalan perakaunan yang digunapakai di Malaysia, sekaligus dapat membantu pemilik syarikat merancang cukai di peringkat awal.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini