1) Hire.
Jika syarikat berkembang pesat dan transaksi memerlukan pemantauan setiap hari maka sebaiknya bukalah jawatan kosong. Semua urusan berkaitan kewangan pasti terjaga tambah pulak dapat staff yang dah ada pengalaman sangat-sangatlah beruntung. Apa salahnya kalo perlu bayar sedikit untuk dapat penjagaan kewangan yang terurus (gaji normal RM2300-RM3000). Bila kita buka rezeki kat orang insyallah berganda lagi dapat.
2) Outsource
Kalau transaksi syarikat tidak memerlukan pemantauan setiap hari sebaiknya gunakan langkah ini. Dalam keadaan ekonomi sekarang rata-rata usahawan dah mula ambil langkah outsource. Sebab lebih jimat dan jelas individu/syarikat yang menawarkan servis ini sudah terlatih dan punya pasukan yang hebat. Kebiasaannya syarikat yang ambil servis ini adalah start-up company dan medium size.
Caj rendah kualiti tinggi, mengapa bayar lebih