Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rancangan Perniagaan

Setiap perkara perlu ada perancangan yang rapi. Sama juga di dalam bisnes, anda memerlukan rancangan perniagaan.

Rancangan perniagaan menjadi kemestian bagi seseorang yang mahu memulakan perniagaan agar tidak tersasar dari objektif, pelan, tindakan dan tempoh masa yang ditetapkan.

Rancangan Perniagaan (RP) merujuk kepada dokumen bertulis yang menerangkan secara penuh berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

Ia turut dikenali sebagai pelan perniagaan, kertas kerja dan kertas projek.

Turut dikenali sebagai kerja kerja perniagaan beserta dokumen lengkap yang membentangkan maklumat yang hendak dijayakan dalam tempoh tertentu.

merancang perniagaan

Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan amat penting untuk usahawan itu sendiri melihat sama ada perniagaan atau projek yang dirancang itu mampu membangun, berdaya maju dan bersaing dengan perniagaan yang mempunyai konsep yang sama.

Ia juga membantu usahawan itu melihat dengan sebaiknya idea dan rancangan perniagaan itu dengan teliti dan kritikal, selain sebagai garis panduan untuk mencapai apa yang dirancang.

RP merupakan dokumen sokongan kepada pihak luar seperti bakal pelabur (contohnya untuk urusan rakan kongsi) dan pihak bank (untuk mendapatkan pinjaman institusi kewangan).

Perkara Yang Perlu Ada Di Dalam Proposal Perancangan Perniagaan

Sebelum menyediakan RP, seseorang usahawan perlu realistik dengan menyediakan rancangan kewangan tanpa membuat andaian tertentu.

Dia juga tidak boleh mengabaikan pesaing dan mengelakkan kesalahan-kesalahan remeh seperti kesilapan ejaan dan ayat serta dokumenkan RP secara bertaip.

Dalam menyediakan perancangan perniagaan yang lengkap, ia perlu mengandungi:

Pengenalan:

1. Jenis Perniagaan Penting untuk usahawan menyatakan jenisperniagaannya secara lengkap supaya pelanggan atau pihak luar seperti pelabur atau rakan kongsi mengetahui jenis prospek perniagaan.
2. Nama Perniagaan Dengan menyediakan nama dan lokasi perniagaan, ia akan memudahkan pelanggan dan pihak luar untuk berurusan.
3. Tarikh Perniagaan Memudahkan pelanggan dan pihak luar melihat dan menilai prestasi perniagaan.
4. Visi, Misi dan Objektif Tiga perkara ini merupakan asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan dan pelengkap kepada perancangan dan hala tujunya untuk masa akan datang.
5. Carta Organisasi Untuk menunjukkan struktur, fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah perniagaan.
Memudahkan pihak luar seperti pelangga dan bakal pelabur mengetahui dan memahami susunan kakitangan dalam pengurusan perniagaan tersebut.
6. Tujuan Membantu usahawan melihat, menilai dan mencapai apa yang dirancang di dalam Rancangan Perniagaan tersebut.
Memberi gambaran perniagaan tersebut membangun atau tidak.
Membantu usahawan mengaggar sumber-sumber perniagaan supaya agihannya dapat dilakukan dengan baik, sekaligus mengoptimumkan hasil yang diperolehi kelak.
Sumber-sumber perniagaan termasuklah tenaga pekerja, kewangan, peralatan dan bahan serta masa.
Berperanan sebagai garis panduan dalam merancang dan membawa sesebuah perniagaan itu ke hala tuju yang disasarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
7. Latar Belakang Perniagaan/Koperasi Bahagian untuk menerangkan sejarah ringkas perniagaan, seperti bila dan mengapa ia ditubuhkan dan bagaimana ia berkembang serta apakah perancangan perniagaan itu untuk masa akan datang.

 

Antara maklumat yang perlu diterangkan:

– Nama Perniagaan

– Alamat Perniagaan, Nombor Telefon, Nombor Faks dan Email

– Taraf dan Jenis Pendaftaran

– Modal Permulaan

– Tarikh Mula Perniagaan

– Lesen

– Nama dan Nombor Akaun Bank

profil bisnes

1. Latar Belakang Pemilik/Pengurus Koperasi

Bahagian ini untuk menceritakan tulang belakang sesebuah perniagaan itu khususnya Pengurus.

  • Terangkan kepakaran, kebolehan, pengalaman dan penglibatan di dalam bidang perniagaan dan apa yang akan dilakukannya untuk membantu perniagaan dan manfaatnya kepada masyarakat.

2. Latar Belakang Projek

  • Di dalam RP tersebut, terangkan secara jelas berkaitan perniagaan dan projek yang dijalankan.
Kelulusan
  • Lesen dan kebenaran perniagaan daripada pihak berkuasa.
Lokasi Projek
  • Sertakan pelan lokasi dengan maklumat keluasan tapak perniagaan, serta tunjuk arah tapak projek untuk lebih mudah difahami.
Kedudukan Fizikal Perniagaan
  • Nyatakan lokasi pejabat perniagaan itu beroperasi.
Bangunan dan Kemudahan Asas
  • Pelan bangunan disediakan dengan menyatakan jenis, struktur, keadaan, bentuk, ukuran dan nilai bangunan.
  • Jika tapak perniagaan ini beroperasi atas tapak sewa, perlu nyatakan kadar dan syarat sewaan.
  • Menerangkan semua kemudahan asas yang ada seperti bekalan air dan elektrik, telefon dan jalan raya.

strategi pemasaran

Rancangan Pemasaran

Antara bahagian perniagaan yang perlu diberi perhatian yang lebih kerana ia saling berkaitan dengan strategi, impak dan perancangan perniagaan dalam jangka masa pendek dan panjang.

1. Analisis Pemasaran

Meliputi trend semasa, sasaran pasaran, saiz pasaran dan syer pasaran.

2. Ramalan Jualan

Menyediakan unjuran jualan bagi tempoh tiga bulan bagi melihat kesedaran pelanggan terhadap jualan perniagaan tersebut dan beberapa faktor lain.

3. Strategi Pemasaran

Menggabungkan produk, harga dan promosi perniagaan itu untuk menyusun strategi pemasaran mengikut konsep AIDA (Attention, Interest, Desire and Action).

4. Strategi Pemasaran

Menggabungkan produk, harga dan promosi perniagaan itu untuk menyusun strategi pemasaran mengikut konsep AIDA (Attention, Interest, Desire and Action).

Rancangan Operasi
1. Huraian produk

Sekiranya perniagaan memiliki lebih dari satu produk, Rancangan Perniagaan tersebut perlu menerangkan dengan lengkap setiap jenis produk yang dikeluarkan.

2. Kapasiti Pengeluaran

Menerangkan kadar maksimum output untuk sesuatu pengeluaran pada tempoh masa tertentu.

Menjadi ukuran kecekapan pengeluar dalam usaha memenuhi permintaan pelanggan.

Kadar pengeluaran akan berkurangan sekiranya permintaan pelanggan tidak tinggi, begitu juga sebaliknya.

3. Proses Pengeluaran
  • Proses Operasi
  • Carta Alir Proses
  • Sumber Mentah
  • Sumber Manusia
  • Peralatan dan Bahan
  • Perjalanan Pengeluaran
  • Tempat
  • Bajet Pengeluaran

pengiraan bajet

Kewangan
  1. Bahagian ini memperincikan bagaimana perniagaan itu memperolehi sumber kewangan, aset dan kos untuk mengendalikannya.
  2. Penyata kewangan bagi tahun-tahun sebelumnya diperlukan bagi perniagaan yang telah lama beroperasi.
  3. Sekiranya perniagaan itu mahu memohon bantuan kewangan dari instusi kewangan tertentu, usahawan perlu melengkapkan Rancangan Perniagaannya dengan unjuran penyata pendapatan dan aliran tunai.
  4. Perlu ingat! Hampir 50% perniagaan di Malaysia gagal bertahan lama kerana berdepan dengan masalah kewangan syarikat antaranya kecairan aliran tunai dan kegagalan menyedia, menyemak dan mematuhi rancangan kewangan perniagaan yang ditetapkan.
Kaedah penilaian projek
  1. Antara beberapa teknik yang digunakan untuk menilai sesuatu kejayaan perniagaan atau projek termasuklah:

    1. Tempoh Bayaran Balik
      • Bagi mendapatkan semula pelaburan yang digunakan semasa di awal perniagaan.
      • Biasanya digunakan oleh kebanyakkan perniagaan bersaiz kecil, mengambil kira jangka masa aliran tunai dan faktor masa secara tak langsung.
      • Teknik ini juga boleh digunakan untuk menilai risiko.

    1. Indeks Keberuntungan
      • Hasilnya diperolehi dengan membahagikan nilai kini aliran tunai dan nilai pelaburan awal semasa perniagaan.

    1. Nilai Kini Bersih
      • Hasilnya diperolehi dengan menolak Aliran Tunai Bersih Berdiskaun dengan Pelaburan Awal.

servis rancangan perniagaan

SECARA asasnya, Rancangan Perniagaan adalah asas kepada sesebuah perniagaan sebelum sejumlah wang dilaburkan.

Jika gagal merancang, seseorang usahawan itu perlu bersiap sedia dengan kerugian di atas wang yang telah dilaburkan.

Kepentingan Menyediakan Rancangan Perniagaan

Tengku Azrul & Co boleh membantu anda menyediakan Rancangan Perniagaan, Kertas Kerja untuk Tujuan Pembiayaan, Konsultasi Perangkaan Kewangan dan sebagainya dengan lengkap.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan yang terlatih, TAZC yang mempunyai lapan tahun pengalaman, berperanan dalam menasihati dan membantu perniagaan di Malaysia untuk berkembang pesat.

Sekiranya anda memerlukan servis penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap, hubungi mereka hari ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini