Cara Daftar Perniagaan Dengan SSM EZBiz

[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”4.0.11″][et_pb_row _builder_version=”4.0.11″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”4.0.11″][et_pb_text _builder_version=”4.0.11″ text_text_color=”#000000″ text_font_size=”20px”]

Untuk makluman semua, SSM EZBiz merupakan satu cara mudah untuk mendaftarkan perniagaan secara online. 

 

Kini peniaga baru ataupun yang lama yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka tak perlu lagi ke kaunter SSM semata-mata untuk tujuan ini.

 

Artikel ini ada menerangkan cara-cara daftar perniagaan dengan SSM EZBiz.

 

Pendaftaran Baru SSM EZBiz

ssm ezbiz

Hari ini ramai mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan, sama ada secara kecil-kecilan di rumah atau secara dalam talian, malah ada juga yang menyewa premis.

 

Apa sahaja jenis perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan, anda perlu mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Mungkin ramai peniaga di luar sana yang sudah tahu manfaat di sebalik mendaftarkan perniagaan anda dengan SSM.

 

SSM merupakan sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan. 

ssm ezbiz

Ia juga menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan, selain turut mengawalselia pematuhan pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat supaya sektor korporat dan perniagaan berkembang dengan positif.

 

Apabila anda mendaftar perniagaan dengan SSM, anda akan :

 

  1. Meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pembeli dengan status perniagaan anda.
  2. Meningkatkan kredibiliti syarikat untuk tempoh masa yang panjang.
  3. Jika perniagaan atau syarikat anda berdepan dengan masalah, ia dapat diselesaikan dengan mudah kerana berdaftar secara sah.
  4. Berpeluang memperolehi geran dan bantuan dari kerajaan untuk membangunkan perniagaan.

 

Syarat Pendaftaran Perniagaan

 

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan dan mahu mendaftarkan syarikat, kami kongsikan beberapa syarat yang perlu anda ikuti.

 

  1. Pemilik perniagaan atau syarikat hendaklah mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau berstatus penduduk tetap.
  2. Pemilik perniagaan atau syarikat perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  3. Hanya pemilik atau rakan kongsi yang dibenarkan memohon pendaftaran perniagaan atau syarikat.

 

Jenis Perniagaan

 ssm ezbiz

Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh didaftarkan dengan SSM.

 

  • Perniagaan Milik Tunggal

    Merujuk kepada perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

 

  • Perniagaan Perkongsian

    Merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh dua hingga 20 orang rakan kongsi.

 

Cara Daftar Perniagaan Dengan SSM EZBiz

 ssm ezbiz

Di bawah kami kongsikan cara pendaftaran perniagaan SSM dengan menggunakan EzBiz Online.

 

Jika anda hendak membuat pendaftaran baru, anda perlu klik butang ‘Sign Up’.

 

Kemudian masukkan butiran peribadi iaitu nama penuh dan nombor kad pengenalan.

 

Selepas membuat pengesahan pendaftaran, pemohon perlu membawa kad pengenalan dan Notis Pemberitahuan yang diterima daripada email yang didaftarkan pemohon ke kaunter SSM yang berdekatan untuk urusan seterusnya.

 

Pengaktifan ID dengan pengesahan cap jari perlu dilakukan pemohon bagi tujuan keselamatan maklumat peribadi dan mengelakkan penipuan.

 

Selepas kesemua langkah di atas dilakukan, pemohon boleh menggunakan EzBiz Online untuk melakukan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara dalam talian.

 

Kami berharap perkongsian prosedur mendaftar SSM secara online ini dapat membantu memudahkan lagi urusan pendaftaran syarikat dan perniagaan anda.

 

Jika anda memerlukan bantuan profesional, dapatkan perkhidmatan yang betul daripada Tengku Azrul & Co.

 

Berpengalaman lebih dari 8 tahun, firma perakaunan ini terdiri dari kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

 

Tengku Azrul & Co dikenali sebagai firma perakaunan yang terbaik dan diyakini,

 

Selain khidmat mendaftar perniagaan, mereka turut menawarkan perkhidmatan lain seperti :

 

 

 

[/et_pb_text][et_pb_button button_url=”https://www.wasap.my/60183845149″ url_new_window=”on” button_text=” Klik Sini Untuk Menghubungi TAZC Sekarang” button_alignment=”center” _builder_version=”4.0.11″ hover_enabled=”0″][/et_pb_button][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini