Cara Daftar Sdn Bhd

Kini, Tuan Puan usahawan yang ingin memulakan perniagaan tidak perlu risau lagi tentang cara daftar Sdn Bhd tau! Hal ini kerana, kami di Tengku Azrul & Co akan membantu Tuan Puan dalam memberikan bimbingan secara menyeluruh.

Kami yakin, Tuan Puan pasti sudah tahu bahawa terdapat beberapa jenis syarikat seperti Sdn bhd, Enterprise dan beberapa lagi yang ada di Malaysia ini, betul?

Jadi, jom kita selami perbezaan syarikat Sdn Bhd dan Enterprise terlebih dahulu, sebelum kami kupaskan tentang cara daftar Sdn Bhd dengan lebih lanjut.

Berbeza Sangat Ke Jenis Syarikat Sdn Bhd & Enterprise?

Sebenarnya, terdapat banyak perbezaan ketara di antara Sdn Bhd dan Enterprise. Mari kita selidik satu persatu tentang perbezaannya.

SYARIKAT SDN BHDSYARIKAT ENTERPRISE
Digelar sebagai SYARIKAT.Digelar sebagai PERNIAGAAN dan ia ibarat ‘lesen perniagaan’ yang dikeluarkan oleh SSM.
ADA pemegang saham dan pengarah.TIADA pemegang saham atau pengarah.
Pemilik BOLEH MEMILIH untuk bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan syarikat ataupun tidak.Pemilik perlu bertanggungjawab SEPENUHNYA terhadap perniagaan.
Berkelebihan untuk memperoleh akses modal syarikat secara TIDAK TERHAD.Akses kepada modal syarikat adalah TERHAD.
Nama syarikat BOLEH DITUKAR.Pertukaran adalah TIDAK DIBENARKAN.
Cukai adalah terhadap syarikat sebanyak 19% – 24%.Cukai dikira melalui pendapatan individu sehingga 28%.
Jika bankrap, pemilik TIDAK AKAN TERJEJAS.Jika bankrap, harta pemilik boleh DITARIK oleh pihak bank.
Sebarang pengurusan akan DIBANTU oleh setiausaha syarikat (Company Secretary).Penglibatan setiausaha syarikat adalah ZERO dari awal pendaftaran!

“Kami minat untuk daftar Sdn Bhd, tapi bagaimana kami nak dapatkan khidmat setiausaha syarikat ni sebenarnya?”

– Soalan usahawan hebat

Tuan Puan tidak perlu risau tentang hal tersebut. Nak tahu kenapa? Jawapannya mudah sahaja…

Hal ini kerana, kami di Tengku Azrul & Co merupakan antara setiausaha syarikat yang boleh membantu Tuan Puan dalam hal-hal pendaftaran syarikat Sdn Bhd.

Tuan Puan berminat untuk kami bantu memahami selok belok cara daftar Sdn Bhd dengan baik? Mari teruskan bacaan sehingga ke penghujung.

Wow, ini Rupanya 6 Cara Daftar Sdn Bhd yang Perlu Para Usahawan Hebat Ketahui!

1. Lantik Setiausaha Syarikat (Company Secretary)

Cara Daftar Sdn Bhd

Tuan Puan terlebih dahulu perlu mencari dan melantik setiausaha syarikat yang berpengalaman dengan kerja-kerja tersebut.

Kalau nak lebih mudah, Tuan Puan boleh dapatkan sahaja khidmat Tengku Azrul & Co sebagai setiausaha syarikat. Kami merupakan setiausaha dan akauntan bertauliah daripada badan profesional.

2. Maklumat Berkaitan Syarikat

Kemudian, Tuan Puan perlu menyediakan maklumat berkaitan syarikat sebelum mendaftar sebagai Sdn Bhd. Antara maklumat yang diperlukan adalah:

  • Cadangan nama syarikat;
  • Sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti perniagaan yang dilakukan;
  • Butiran bank yang akan dibuka.

3. Dokumen Sokongan | Cara Daftar Sdn Bhd

Cara Daftar Sdn Bhd

Untuk cara daftar Sdn Bhd yang seterusnya ialah, Tuan Puan wajib menyediakan dokumen-dokumen sokongan berkenaan. Antaranya dokumen tersebut adalah:

  • Salinan kad pengenalan (IC) bakal pengarah;
  • Salinan kad pengenalan (IC) bakal pemegang saham;
  • Salinan passport dan visa bagi warga asing (jika berkenaan).

4. Membuat Temujanji Bersama Setiausaha Syarikat

Cara Daftar Sdn Bhd

Untuk memudahkan urusan pendaftaran syarikat, Tuan Puan boleh mengadakan temujanji bersama setiausaha syarikat terlebih dahulu. Hal ini kerana, setiausaha syarikat merupakan antara watak penting yang akan menjayakan pendaftaran syarikat Sdn Bhd Tuan Puan nanti ya!

5. Proses Penubuhan

Jangka masa atau tempoh penubuhan syarikat Sdn Bhd ini biasanya mengambil masa selama seminggu atau tujuh (7) hari bekerja. Jadi, setelah selesai daftar, usahawan akan menerima beberapa dokumen daripada pihak SSM.

Dokumen tersebut berada di dalam Akta Syarikat 2016, di bawah Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58.

6. Ayuh Mulakan Perniagaan!

Sebaik sahaja mendapat dokumen daripada SSM, Tuan Puan kini sudah boleh memulakan perniagaan secara sah. Dengan adanya pengesahan pendaftaran perniagaan ini, ia sudah pasti dapat membantu meraih kepercayaan para prospek dengan lebih baik. InshaAllah!

Bukan itu sahaja, dengan mendaftar juga, Tuan Puan boleh mengelakkan pelbagai risiko atau masalah ketika berniaga seperti denda sebanyak RM50,000 atau penjara selama dua (2) tahun.

Jom elakkan diri daripada menjadi seperti peribahasa “Sudah kalah, baru nak berkubu.” Kalau anda tak tahu maksudnya, pastikan anda Google jawapannya. Jangan kata kami tak ingatkan ya!

Apa Pula Syarat yang Perlu Usahawan Tahu Tentang Cara Daftar Sdn Bhd Ini?

Tuan Puan hanya memerlukan seorang nama sebagai pengarah syarikat, pemegang saham, nombor kad pengenalan Malaysia serta bayaran penubuhan syarikat sahaja. Mudah sahaja kan?

Jika Tuan Puan sudah cukup syarat-syarat tersebut, Tuan Puan sudah boleh usahakan proses daftar syarikat sebagai Sdn Bhd bersama kami di Tengku Azrul & Co tau!

Nak Tahu Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd Bersama Tengku Azrul & Co?

Untuk pengetahuan Tuan Puan, kami di Tengku Azrul & Co sentiasa bersedia untuk memberikan servis yang terbaik, berkaitan hal-hal khidmat pendaftaran syarikat Sdn Bhd.

Pencerahan lanjut tentang cara daftar Sdn Bhd ini boleh Tuan Puan dapatkan bersama kami di sini. Setiap pertanyaan Tuan Puan adalah berharga bagi kami.

Selain daripada khidmat pendaftaran syarikat, Tengku Azrul & Co juga turut menyediakan pelbagai servis perkhidmatan yang lain seperti:

  • Kiraan cukai jualan dan perkhidmatan (SST);
  • Kiraan cukai individu dan korporat;
  • Perkhidmatan perakaunan secara outsource;
  • Servis penubuhan syarikat Sdn Bhd dan banyak lagi.

Tuan Puan juga boleh layari website Tengku Azrul & Co untuk mengenali kami dengan lebih lanjut. Ayuh para usahawan, mari kita buat pilihan yang bijak hari ini!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini