Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd

Jika tuan puan berminat untuk mengetahui cara daftar syarikat jenis SDN BHD, firma kami boleh membantu tuan puan dalam setiap langkah. Proses pendaftaran syarikat ini mungkin tampak rumit, tetapi dengan bantuan profesional, tuan puan boleh menyelesaikan keseluruhan proses dengan mudah.

Kami di Tengku Azrul & Co akan memastikan bahawa tuan puan memahami setiap langkah dan keperluan untuk cara-cara daftar syarikat SDN BHD ini. Kami akan memandu tuan puan melalui proses pendaftaran nama syarikat dan juga proses permohonan SSM.

Selain itu, kami juga bakal membantu tuan puan dalam penyediaan dokumen-dokumen penting seperti memorandum dan artikel syarikat. Setelah syarikat tuan puan didaftarkan, kami juga boleh membantu tuan puan dalam memahami tanggungjawab dan keperluan yang terlibat melalui jenis syarikat SDN BHD ini.

Tips Memahami Keperluan Syarikat Jenis SDN BHD

SDN BHD ini bermaksud Sendirian Berhad. Tuan Puan pasti pernah terlihat atau terdengar tentang jenis perniagaan seperti ini kan? Sebenarnya, ramai yang berhasrat untuk menaik taraf daripada ‘Enterprise’ ke ‘SDN BHD’ ini tetapi tidak pasti tentang bagaimana ia boleh memainkan peranan terhadap perniagaan.

Walau bagaimanapun tuan puan tidak perlu risau, kerana kami juga akan memberikan beberapa tips untuk memahami cara daftar syarikat SDN BHD dengan lebih baik, sebelum tuan puan membuat keputusan untuk mendaftar. Semoga membantu!

1. Penubuhan & Pemilikan Syarikat

Cara Daftar Syarikat SDN BHD

Syarikat Sendirian Berhad (SDN BHD) ditubuhkan dengan saham yang terhad dan tidak boleh dijual kepada orang awam. Matlamat syarikat SDN BHD adalah untuk memperoleh keuntungan dan kini, pemilik syarikat juga boleh dimiliki oleh hanya seorang individu menurut Akta terbaharu.

Seperti biasa, semua syarikat yang ditubuhkan pula perlulah mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan pendaftaran penubuhan syarikat secara sah.

2. Pengurusan Syarikat | Cara Daftar Syarikat SDN BHD

Cara Daftar Syarikat SDN BHD

Pemegang saham syarikat mempunyai pilihan untuk terlibat atau tidak dalam urusan syarikat. Semua keputusan yang berkaitan dengan syarikat perlu mendapat sokongan dan persetujuan daripada setiap anggota Lembaga Pengarah Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hendaklah dilantik untuk menguruskan syarikat dan ia boleh diberikan kepada pemegang saham atau individu yang bukan pemegang saham.

Perkhidmatan Setiausaha Syarikat (Company Secretary) juga adalah penting dalam pengurusan Syarikat SDN BHD, kerana ia membantu dalam menjalankan operasi syarikat dengan lebih lancar. Setiausaha syarikat inilah yang akan bertindak sebagai pegawai syarikat dalam memberikan nasihat kepada para Lembaga Pengarah Syarikat.

3. Risiko & Keuntungan Syarikat

Info tambahan, syarikat SDN BHD dan pemilik syarikat adalah dua entiti yang berbeza ya! Untuk pengetahuan tuan puan, keuntungan dan kerugian syarikat tidak akan memberi kesan sama sekali terhadap pemilik syarikat secara peribadi.

Risiko yang dihadapi oleh syarikat tidak akan menjejaskan hak peribadi pemilik syarikat tersebut. Namun begitu, perlu diketahui juga bahawa setiap keuntungan yang diperoleh syarikat tidak akan sepenuhnya menjadi hak si pemilik.

4. Cukai

Cara Daftar Syarikat SDN BHD

Cukai akan tetap dikenakan bagi syarikat SDN BHD, sama seperti perniagaan dan jenis syarikat yang lain. Namun, setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan syarikat SDN BHD tuan puan tetap boleh dikurangkan untuk tujuan cukai pendapatan.

Pelepasan cukai ini termasuklah faedah ke atas pinjaman untuk modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kenderaan, yuran audit dan banyak lagi. Info tentang pelepasan cukai ini boleh didapatkan secara lanjut di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

10 Proses Cara Daftar Syarikat SDN BHD yang Disertakan Dalam Servis Pakej Tengku Azrul & Co

Usai mengetahui keperluan jenis syarikat SDN BHD, maka kita teruskan pula dengan beberapa proses cara daftar syarikat tuan puan bersama kami.

  1. Tuan Puan perlu mempunyai tiga (3) Set Carian Nama Syarikat di SSM untuk memastikan nama syarikat tidak bertindih dengan syarikat lain.
  2. Penyediaan Draf Dokumen Penubuhan yang lengkap dan mengikut standard kerajaan.
  3. Resolusi Bank diperlukan untuk membuka akaun syarikat.
  4. Dua (2) Set Pengesahan Dokumen oleh Setiausaha Syarikat bagi memastikan dokumen sudah diisi dengan betul sebelum disahkan.
  5. Tiga (3) Set Dokumen Lengkap Syarikat termasuk dokumen-dokumen yang diperlukan seperti Borang 9, Borang 24 dan Borang 49.
  6. Satu (1) Set Sijil Saham Syarikat bagi membolehkan tuan puan memiliki syer dalam syarikat.
  7. Sijil Penubuhan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  8. Company Super Form (Section 14) diperlukan untuk syarikat yang ingin melibatkan kontraktor di dalam perniagaan.
  9. Tiga (3) Set Penyediaan & Penggunaan Surat CTC bagi memastikan dokumen-dokumen syarikat tuan puan sentiasa tersedia dan mudah diakses.
  10. Satu (1) Set Buku Daftar, Minit & Sijil Saham beserta kemaskini yang diperlukan untuk mencatat semua aktiviti syarikat.

Di dalam pakej ini, kami akan memastikan seluruh proses dan cara daftar syarikat SDN BHD tuan puan dilakukan secara teliti dan mengikut standard kerajaan, agar syarikat tersebut mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Kami juga akan memberikan perkhidmatan nasihat dan sokongan yang diperlukan untuk membantu tuan puan memahami proses pendaftaran syarikat dan memenuhi keperluan perniagaan.

Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Servis Kami?

Berminat untuk mengetahui tentang cara daftar syarikat SDN BHD dengan lebih lanjut? Tuan Puan boleh hubungi kami di sini.

Sekiranya tuan puan ingin mengetahui perkhidmatan lain yang turut kami tawarkan, tuan puan boleh terus layari laman web Tengku Azrul & Co dan klik pada kategori ‘Perkhidmatan’.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini