8 Cara Mudah Lulus Pinjaman Perniagaan Tahun 2020

Hari ini kita lihat ramai rakyat Malaysia menceburi bidang perniagaan, terutama anak-anak muda.

Ada yang berjaya bertahan lama sehingga upgrade dari berniaga dari rumah sehingga mempunyai kedai sendiri.

Ada juga yang tidak berjaya kekal lama, atas alasan kekurangan atau tiada modal.

Hendak berniaga pastinya memerlukan modal dan ramai memikirkan tentang permohonan pinjaman perniagaan.

Ada yang cuba membuat pinjaman dari bank namun ditolak. Jangan risau! Artikel ini berkongsi lapan cara mudah lulus pinjaman perniagaan yang terkini.

Ramai orang mengambil jalan singkat dengan membuat pinjaman daripada ah long atau ceti haram.

Sudahlah kadar bunga yang tinggi sehingga tak mampu nak dibayar, hidup pula dalam bahaya kerana asyik dikejar dan diugut.

Walaupun anda hanya berniaga nasi lemak ‘bawah payung’, berniaga baju secara online – kesemuanya perlu ada cara, kaedah dan perancangan yang tersusun.

Sebelum membuat permohonan pinjaman perniagaan, apa kata selesaikan dahulu lapan langkah utama ini.

1. Pastikan akaun perniagaan sistematik dan tersusun. Pastikan kaedah perakaunan syarikat tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas.

Ini juga untuk kebaikan dan kemajuan syarikat sendiri. Malah amat membantu jika diminta oleh pihak bank nanti.

2.Mungkin ramai di kalangan kita mendaftar syarikat atas nama ‘Enterprise’.

Jadi apabila anda rasa bisnes semakin berkembang, daftar sebagai Sdn Bhd kerana ada banyak kelebihannya.

3. Semak status SSM anda. Jika masih Enterprise, pastikan SSM diperbaharui.

Jika Sdn Bhd, anda follow up dengan setiausaha syarikat untuk dapatkan maklumat terbaru dan hal-hal berbangkit.

4. Perlu ingat pegawai bank hanya akan meluluskan pinjaman perniagaan yang masih aktif beroperasi. Jika anda ada kedai atau pejabat, pastikan perniagaan anda sentiasa berjalan.

5. Adakah perniagaan anda telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?

Jika belum, pastikan ia didaftarkan dengan segera atau hubungi pengamal cukai (tax consultant) untuk membantu anda dari segi pendaftaran dan maklumat lanjut tentang kelebihan percukaian.

Pihak bank hanya akan meluluskan pinjaman perniagaan sekiranya anda merupakan seorang pembayar cukai yang patuh dengan sekurang-kurangnya mempunyai borang cukai dalam tempoh dua tahun ke belakang.

Untuk pertanyaan, boleh terus Whatsapp Tengku Azrul & Co.

6.Tak ramai usahawan sedar akan manfaat mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Maka, usahakan untuk mencarum dan dapatkan maklumat lanjut di kaunter KWSP terdekat.

7. Pihak bank akan luluskan dengan mudah pinjaman perniagaan anda jika rekod CCRIS anda bersih.

Jadi dalam masa enam bulan ini, pastikan anda tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak dan memperolehi rating 0 dalam laporan CCRIS.

8. Nak mudah lagi, sebagai peniaga anda boleh wujudkan akaun fixed deposit dengan pihak bank.

Memanglah kadar interest tidak tinggi, tetapi kesannya anda akan dapat lihat apabila cuba memohon pinjaman perniagaan nanti.

Dah nampak apa perlu dimulakan dahulu sebelum memohon pinjaman?

Sempena tahun baru, tahun 2020 ini, apa kata kita mulakan dengan perkara yang betul dahulu supaya pengakhirannya menjadi baik.

Adalah penting untuk setiap perniagaan yang sedang berkembang untuk mempunyai konsultan cukai.

Mereka bertanggungjawab memastikan pulangan cukai terhadap klien dan memastikan liabiliti cukai klien di tahap minimum.

Sama ada lantik sendiri atau khidmat luar, antara skop konsultan cukai adalah memberi panduan skop cukai dan perbelanjaan, elak klien dikenakan penalti, membantu pengiraan rumit dan memberi faedah maksimum.

daftar syarikat

Dapatkan khidmat konsultan cukai yang terbaik daripada Tengku Azrul & Co, sebuah badan yang terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Tengku Azrul & Co mempunyai lebih 8 tahun pengalaman mengendalikan bidang ini.

Anda juga boleh melihat perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini