Phone: +603 – 4821 4961

COVID-19: Kelebihan Bayar Cukai Sebelum Bencana Melanda

COVID-19 membawa satu ujian yang besar kepada semua orang, lebih-lebih lagi kepada perniagaan dan keusahawanan.

Banyak premis perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan sementara sementara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Bagi golongan pekerja, mereka dikehendaki melaksanakan tugas seperti biasa dengan bekerja dari rumah.

Namun tempias COVID-19 ini lebih terkesan kepada peniaga yang mendaftarkan perniagaan mereka. 

Untuk peniaga yang berdaftar pula, sedikit sebanyak mereka mendapat bantuan untuk memulihkan perniagaan selepas PKP.

Tidak kira besar atau kecil mana perniagaan anda, adalah penting untuk anda mendaftar perniagaan dan membayar cukai kerana ada keuntungannya yang anda tidak nampak.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Meskipun Malaysia kini memasuki fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, pelbagai bentuk bantuan disalurkan untuk membantu rakyat.

C:\Users\User\Desktop\pm muhyiddin.jpg

Apatah lagi kedai-kedai perkhidmatan bukan asas terpaksa ditutup, menyebabkan ada peniaga terpaksa menghentikan seketika perkhidmatan mereka.

Lebih teruk ada yang terpaksa memberhentikan pekerja mereka.

Kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) memperuntukkan dana tambahan sehingga RM4.5 bilion untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana termasuk usahawan mikro.

Ia terbahagi kepada lima insentif:

1.Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas untuk PKS sebanyak RM3 bilion, selain mengurangkan kadar faedah kepada 3.5 bilion.

2.Meningkatkan dana dari RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.

3.Dana tambahan sebanyak RM500 juta melalui Skim Kredit Mikro, dengan kelonggaran syarat pinjaman dan penambahan jumlah pembiayaan.

4.PKS yang beroperasi kurang dari 4 tahun boleh memanfaatkan skim BizMula-I dan BizWanita-I Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.

5.Kemudahan jaminan hingga RM5 bilion oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan untuk meningkatkan jaminan kepada 80% kepada syarikat PKS yang sukar mendapat pinjaman.

Daftar Semasa PKP

Untuk anda yang mempunyai apa jua bidang dan perkhidmatan perniagaan, anda masih boleh mendaftar cukai perniagaan walaupun dalam tempoh PKP.

bayar cukai online

Anda boleh melayari laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi capaian ini bagi urusan pendaftaran perniagaan baru, pembaharuan pendaftaran serta penamatan dan perubahan maklumat perniagaan.

Selain capaian di atas, para peniaga juga boleh melakukan transaksi berkaitan entiti syarikat melalui portal MyCoID dengan klik di sini.

Mengapa Perlu Mendaftar Walaupun Perniagaan Kecil?

Hari ini ramai mula berniaga kecil-kecilan seperti menjual kek, tudung, alatan kecantikan dengan menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Ada yang melakukannya sepenuh masa dan ada juga yang sekadar mahu mencari duit poket tambahan.

Disebabkan keadaan ini, ada yang beranggapan perniagaan kecil-kecilan ini tidak perlu didaftarkan kerana mereka tidak ada kedai.

Kepentingan Mengurus Cukai Semasa PKP

Semasa PKP ini juga, ada peniaga yang risau kerana perniagaan mereka tidak berjalan. Banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung. Kos-kos operasi perlu dilaksana untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

Di antara contoh kos yang perlu ditanggung semasa PKP ialah:

– gaji staf

– kos untuk membersihkan premis perniagaan selepas COVID-19

Syarikat yang membuat sumbangan kepada petugas kesihatan sempena COVID-19 perlu mengetahui bahawa walaupun sumbangan ini diletakkan di dalam kategori ‘perbelanjaan syarikat’, ia perlu dikira semula dan tidak boleh dikira sebagai perbelanjaan.

Sekiranya anda ingin membuat sumbangan, anda perlu melalui badan atau syarikat yang mendapat pelepasan cukai.

Kalau anda memberikan sumbangan sendiri dengan duit syarikat, ia secara automatik tidak dikira sebagai perbelanjaan yang diberi penolakan cukai.

C:\Users\User\Desktop\bakery shop owner.jpg

Tak kiralah kecil atau besar saiz perniagaan anda, adalah penting untuk mendaftar perniagaan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Ini supaya nampak kredibiliti anda sebagai peniaga yang boleh dipercayai dengan adanya nombor pendaftaran syarikat. Sekaligus orang ramai yang hendak berurusan akan merasa yakin.

Ini juga dapat mengelakkan anda dari didenda sebanyak RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Antara manfaat lain mendaftar perniagaan adalah anda boleh mengambil tindakan undang-undang jika ada salah laku yang wujud, memudahkan urusan cukai pendapatan dan kiraan zakat.

Apabila anda mendaftar perniagaan, adalah wajib untuk anda membayar cukai.

Untuk itu, jangan lupa untuk mengemaskini maklumat peribadi dan akaun bank anda supaya proses bayaran balik dapat dilakukan dengan baik.

Selain itu, anda digalakkan untuk menyimpan segala dokumen yang berkaitan seperti resit bayaran untuk memudahkan urusan bayar cukai nanti.

Kelebihan Menjadi Pembayar Cukai

bayar cukai

Sebagai individu atau pemilik perniagaan yang bertanggungjawab, anda perlu menjalankan tanggungjawab ini.

Di bawah adalah manfaat sebagai pembayar cukai:

1.Memberi Gambaran Positif Kepada Pihak Bank

Jangan memilih beberapa perkara sahaja untuk anda declare untuk mengurangkan bayaran cukai. 

Malah jika anda nak beli kereta atau rumah, pihak bank boleh meminta bukti yang anda pernah hantar borang bayar cukai taksiran sebagai dokumen sokongan.

2. Cukai Import Untuk Galakkan Barangan Tempatan

Apabila barangan import dikenakan cukai, maka keuntungan akan diperolehi ke atas pedagang tempatan, sekaligus akan menggalakkan orang ramai memilih barang tempatan yang murah.

Sistem ini digunapakai di banyak negara dalam usaha menjaga kepentingan rakyat tempatan.

3. Tujuan Kebaikan

Contohnya pengecualian cukai membeli buku untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan tabiat membaca.

4. Cukai Untuk Perkara Memudaratkan

Sesetengah perkara seperti rokok dan alkohol dikenakan cukai yang tinggi sebagai satu cara menyedarkan orang ramai untuk berhenti mengamalkan perkara tidak sihat ini.

Sebenarnya, banyak kebaikan yang setiap peniaga akan perolehi apabila mendaftar perniagaannya dengan SSM.

Anda hanya perlu membayar sebanyak RM60 setahun dan urusan pendaftaran adalah cepat.

C:\Users\User\Desktop\tazc.jpg

Untuk mendapatkan bantuan pengiraan cukai pendapatan, Tengku Azrul & Co sedia membantu anda secara profesional.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan, firma perakaunan yang mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun.

Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *