Daftar Syarikat Sdn Bhd

Daftar Syarikat Sdn Bhd di Malaysia adalah suatu kewajipan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 2016 (dahulunya Akta Syarikat 1965) yang telah berkuatkuasa pada 31 Januari 2017. Syarikat Sdn Bhd merupakan salah satu jenis pendaftaran syarikat paling popular di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, ramai usahawan dan pemilik perniagaan menunjukkan minat untuk menaik taraf syarikat mereka daripada perniagaan Enterprise kepada syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang tuan puan perlu tahu sebelum daftar syarikat ke Sdn Bhd ini.

Mengenai Syarikat Sdn Bhd

Daftar Syarikat Sdn Bhd

1. Penubuhan dan pemilikan syarikat

Syarikat Sdn Bhd diwujudkan dengan matlamat untuk menjana keuntungan. Berpandukan Akta Syarikat 2016, pemilik syarikat kini boleh dipegang oleh seorang individu dan wajib mendaftar penubuhan syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Pengurusan syarikat

Pengurusan syarikat akan diurus oleh pemegang saham terbesar yang berhak menentukan sebarang keputusan dan haluan syarikat. Selain itu, pengurusan syarikat juga akan dibantu oleh setiausaha syarikat dalam hal-hal seperti urusan dokumentasi dan laporan syarikat yang akan dibentangkan di mesyuarat tahunan setiap tahun.

3. Risiko dan keuntungan syarikat

Syarikat Sdn Bhd memiliki kawalan risiko dan perlindungan lengkap dan sistematik di mana pemegang saham akan dilindungi oleh undang-undang dan tidak akan terjejas sekiranya pemilik syarikat meninggal dunia.

Keuntungan dan kerugian syarikat juga tidak akan menjejaskan pemilik syarikat manakala keuntungan yang diperoleh bukan menjadi milik pemilik syarikat sepenuhnya.

4. Cukai yang bakal dikenakan

Syarikat yang telah didaftarkan sudah tentu akan dikenakan cukai, dan syarikat bertaraf Sdn Bhd juga tidak terlepas.

Walau bagaimanapun, syarikat Sdn Bhd dapat mengurangkan kadar cukai tahunan dengan melakukan perbelanjaan yang menjana pendapatan syarikat. Pengurangan cukai termasukalah gaji pekerja, bayaran KWSP, sewa premis perniagaan, faedah pinjaman perniagaan bantuan berbentuk sumbangan dan modal pusingan.

Daftar Syarikat Sdn Bhd Bersama Tengku Azrul & Co

Daftar Syarikat Sdn Bhd

Terdapat tiga jenis entiti perniagaan yang umum diketahui sekiranya ingin melakukan pendaftaran sebuah syarikat di Malaysia. Entiti perniagaan berkenaan terdiri daripada Pemilikan Tunggal, Perkongsian dan Sendirian Berhad yang juga dikenali sebagai Sdn Bhd atau PLT.

Kepada pelanggan yang berminat mendaftarkan syarikat Sdn Bhd di Tengku Azrul & Co, ini adalah peluang tuan puan untuk sertai kami kerana banyak kelebihan yang kami turut sediakan sepanjang proses berlangsung.

Setiap pelanggan yang mendaftar syarikat dengan kami akan mendapat bimbingan secara terperinci prosedur mendaftar syarikat baru. Selain itu, kami juga akan memberikan template pengurusan dokumen syarikat kepada tuan puan secara percuma bagi tujuan rujukan di masa hadapan.

Di Tengku Azrul & Co, segala urusan yang terlibat semasa proses daftar syarikat Sdn Bhd bakal dipertanggungjawabkan kepada setiausaha dan akauntan yang bertauliah daripada badan profesional di Malaysia.

Melantik Setiausaha Mendaftar Syarikat Sdn Bhd

Adalah wajib apabila sebuah syarikat yang berhasrat daftar syarikat kepada Sdn Bhd untuk melantik seorang setiausaha syarikat, agar proses kelak menjadi lebih mudah.

Syarikat yang berminat boleh mencari badan-badan profesional atau firma perakaunan yang berlesen dan arif dalam selok-belok tugas kesetiausahaan seperti Bar Council atau Licensed Secretary.

Selain itu, setiausaha syarikat hendaklah sekurang-kurangnya memiliki 7 tahun pengalaman dalam industri terlibat, serta mempunyai testimoni yang baik daripada pelanggan terdahulu.

Hal ini kerana, setiausaha yang dilantik akan menerangkan segala proses yang pemilik syarikat perlu tahu bermula daripada proses pendaftaraan sehinggalah ke pengurusan daftar syarikat Sdn Bhd selesai.

Ciri-ciri Syarikat Sdn Bhd

Daftar Syarikat Sdn Bhd
  1. Dikawal oleh Akta Syarikat 2016.
  2. Pemilik syarikat boleh jadi seorang atau lebih.
  3. Pemegang saham yang terlibat hendaklah sekurangnya 2 ke 50 orang sahaja maksimum.
  4. Mempunyai ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
  5. Modal penubuhan syarikat adalah daripada pemilik syarikat sendiri.
  6. Pengarah syarikat Sendirian Berhad mempunyai liabiliti yang terhad.
  7. Hutang syarikat adalah tanggungjawab syarikat.
  8. Pemilikan aset adalah untuk seluruh syarikat.
  9. Pemegang saham yang memegang 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat keseluruhan berhak mengawal hal ehwal syarikat.
  10. Saham syarikat boleh dijual beli namun tidak boleh didagangkan di Bursa saham.
  11. Tidak wajib mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.
  12. Syarikat akan lebih menonjol.
  13. CEO dilantik sebagai ketua syarikat sendirian berhad.

Bagaimana untuk Menghubungi Kami?

Tengku Azrul & Co adalah sebuah firma setiausaha daftar syarikat berlesen yang menyediakan perkhidmatan professional untuk pelbagai entiti perniagaan termasuk perkhidmatan pendaftaran perniagaan dan syarikat (SSM), servis perakaunan, servis percukaian, penyediaan rancangan perniagaan, penyediaan kertas kerja dan konsultan perangkaan kewangan. 

Jika tuan puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang pakej daftar syarikat Sdn Bhd bersama kami, ayuh hubungi team Tengku Azrul & Co hari ini juga!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini