Phone: +603-4821-4961

Format Kertas Kerja Perniagaan Yang Anda Boleh Ikuti

Perancangan yang tersusun akan memastikan sesuatu pekerjaan itu berjalan dengan lancar. Begitu juga dalam bidang perniagaan.

 

Turut dikenali sebagai rancangan perniagaan, kertas kerta perniagaan merupakan langkah pertama sebelum sejumlah wang dilaburkan atau mendapatkan pembiayaan.

 

Jika tiada perancangan yang teratur, maka anda perlu bersedia dengan kerugian daripada wang yang dilaburkan.

 

Sekiranya anda mahu menceburi bidang perniagaan, kami kongsikan contoh kertas kerja perniagaan yang anda boleh rujuk.

 

Apa Itu Kertas Kerja Perniagaan?

 kertas kerja perniagaan

Untuk anda yang masih baru mendengar istilah ini, kertas kerja perniagaan adalah dokumen bertulis yang memperincikan secara menyeluruh berkenaan perniagaan yang hendak dijalankan.

 

Ia juga dirujuk sebagai pelan induk perniagaan yang menjelaskan kajian yang telah dilakukan dan strategi yang boleh diambil pada masa akan datang untuk membangun dan memajukan sesebuah perniagaan, jangkaan dan kaedah pelaksanaan.

 

Kertas kerja perniagaan yang tersusun dan teratur dengan butiran lengkap memberikan peluang yang cerah untuk menjadikan sesuatu perniagaan itu berkembang maju.

 

Kebiasaannya, rancangan perniagaan dilengkapi dengan rekod dan data tentang perniagaan, data perdagangan, penyelidikan pasaran, statistik dan sebagainya.

 

Selain seperti yang disebutkan di atas, kertas kerja perniagaan turut penting untuk :

 

  1. Memberi keyakinan kepada pihak lain seperti bank bahawa perniagaan yang hendak dijalankan itu berpotensi dan berdaya maju.
  2. Memberikan maklumat kepada bakal usahawan tentang halangan yang mungkin timbul sepanjang pelaksanaan perniagaan.
  3. Memberi anggaran keperluan sumber yang diperlukan untuk perniagaan.

 

Siapakah Yang Memerlukan Kertas Kerja Perniagaan?

 

Ada lima pihak yang memerlukan kertas kerja perniagaan. 

1. Usahawan

kertas kerja perniagaan

 

Ini dapat membantu usahawan tersebut memahami dengan mendalam dalam apa yang hendak dilakukan.


Ia juga sebagai panduan untuk menguruskan perniagaan, untuk pelaburan, skim khas dan keperluan rakan kongsi.

 

2. Pihak Bank / Pelabur

 kertas kerja perniagaan

 

Untuk melihat keperluan permohonan pembiayaan melalui pinjaman, skim khas dan pelaburan rakan kongsi.

3. Pembekal

 kertas kerja perniagaan

 

Bertujuan menunjukkan keyakinan kepada pihak pembekal berkenaan kemantapan perancangan perniagaan anda sama ada diperolehi secara barangan atau kredit.

 

4. Pengeluar tender

 

 

Selain memberi keyakinan kepada pihak yang mengeluarkan tender atau kontrak, rancangan perniagaan juga bertujuan mengisi keperluan kontrak kerja secara baik dan berterusan.

 

5. Kakitangan

 

 

Memberi pendedahan kepada kakitangan terutama pihak atasan tentang tujuan perniagaan dan peranan yang boleh dimainkan.

 

Format Kertas Kerja Perniagaan Yang Anda Boleh Ikuti

 

Seperti yang ditekankan dari awal, penyediaan kertas kerja perniagaan perlu dilakukan secara teratur dan tersusun kerana ia akan memberi gambaran terhadap perancangan anda.

 

1. Pengenalan

 kertas kerja perniagaan

 

Bahagian pertama pengenalan memberi gambaran umum tentang perniagaan yang akan diceburi.

 

Manakala bahagian kedua pula meliputi ringkasan eksekutif yang menjelaskan secara ringkas tentang syarikat dan perniagaan yang diwujudkan.

 

Ia perlu merangkumi 

  • Nama syarikat
  • Jenis perniagaan
  • Alamat perniagaan
  • Status dan saiz projek
  • Produk
  • Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
  • Peruntukan diperlukan

 

2. Tujuan

 

 

Nyatakan dengan jelas apakah tujuan Rancangan Kertas Kerja Perniagaan yang disediakan. Sebagai contoh:

 

  • Merancang perjalanan projek
  • Memohon pembiayaan daripada institusi kewangan
  • Permohonan sewa tanah kerajaan atau swasta.

 

3. Latar Belakang Perniagaan

 

 

Sediakan maklumat asas perniagaan anda di bahagian ini berkenaan alamat, bentuk perniagaan, tarikh dan nombor pendaftaran, modal permulakaan dan pilihan bank untuk membuka akaun perniagaan.

 

4. atar Belakang Pemegang Saham / Rakan Kongsi

 kertas kerja perniagaan

 

Anda perlu menyatakan secara lengkap berkenaan nama penuh, nombor kad pengenalan tarikh lahir dan umur, alamat tetap, nombor telefon dan taraf perkahwinan. 

 

Perlu juga dimasukkan tentang kelulusan akademik, kursus yang pernah dihadiri, kemahiran dan pengalaman, pekerjaan sekarang dan perniagaan yang pernah diceburi.

 

5. Kedudukan Projek

 

Memberikan lakaran atau plan yang menunjukkan kedudukan sebenar projek yang bakal dilaksanakan.

 

6. Objektif Projek

 

 

Anda boleh menyatakan matlamat projek untuk jangka masa pendek dan panjang perniagaan anda secara terperinci.

 

7. ancangan Pentadbiran

 

 

Merangkumi struktur dan carta organisasi, senarai jawatan dan bilangan pekerja, tugas setiap kakitangan, jadual gaji, senarai keperluan pejabat dan perbelanjaan pentadbiran yang meliputi perbelanjaan aset dan bulanan serta lain-lain.

 

8. Rancangan Operasi

 

 

Terdapat 9 perkara dalam perancangan operasi iaitu;

 

  • Carta aliran
  • Unit pengeluaran
  • Keperluan bahan
  • Tenaga kerja
  • Peralatan dan mesin
  • Susun atur ruang operasi
  • Lokasi
  • Overhead operasi
  • Perbelanjaan operasi

 

9. Merancang Pemasaran

 kertas kerja perniagaan

 

  • Perkhidmatan atau barangan yang ditawarkan

 

Sebagai usahawan anda perlu tahu bagaimana hendak mengaitkan keperluan atau kehendak sasaran pelanggan anda dengan khidmat dan barangan yang ditawarkan.

 

  • Sasaran Pasaran

 

Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Ini termasuk mengenalpasti demografik pelanggan yang berbeza di kawasan yang sama.

 

  • Saiz Pasaran

 

Bertujuan meramal jumlah perniagaan, nyatakan dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

 

  • Persaingan

 

Adalah lebih baik jika anda dapat mengenalpasti persaingan mengikut nama perniagaan mereka.

 

  • Kekuatan dan Kelemahan Pesaing

 

Mengenalpasti apakah dua elemen bagi pesaing anda dapat membantu perniagaan anda diuruskan dengan baik.

 

  • Syer Pasaran

 

Berkenaan pembahagian pasaran untuk perniagaan yang dijalankan.

 

  • Jangkaan Jualan

 

Nyatakan apakah ramalan jualan anda bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang.

 

  • Strategi Pemasaran

 

Sebagai peniagam anda perlu nyatakan strategi yang hendak diambil bagi barangan, promosi, harga dan edaran.

 

10. Rancangan Kewangan

 

Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira di dalam kertas kerja perniagaan anda.

 

  • Kos pelaksanaan projek dan sumber pembiayaan
  • Sumber pembiayaan projek
  • Nilai kini bersih
  • Kadar pulangan dalaman
  • Nisbah kaedah kos
  • Tempoh pulang modal

 

11. Kesimpulan

 

 

Berikan rangkuman daripada kertas kerja perniagaan yang anda hendak jalankan. Perlu ingat tonjolkan keyakinan anda sebagai usahawan terhadap apa yang anda rancangkan.

 

  • Lampiran

 

 

Sertakan dokumen-dokumen sokongan seperti surat sebut harga, sijil kursus, surat dapat tender dan sijil pendaftaran syarikat.

 

Contoh Kertas Kerja Perniagaan

 

Jika anda memerlukan rujukan dalam bagaimana menyediakan kertas kerja perniagaan sama ada untuk makanan, percetakan dan perkhidmatan, anda boleh klik pada pautan di bawah.

 

kertas kerja perniagaan

Hari ini, ramai orang mula menceburi bidang perniagaan, sama ada secara offline atau online.

 

Sebelum memulakan perniagaan, adalah penting untuk anda menyediakan kertas kerja perniagaan supaya anda berada di landasan yang betul, sekaligus membantu anda mencapai matlamat.

 

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam penyediaan kertas kerja perniagaan, anda boleh mendapatkan khidmat dari Tengku Azrul & Co.

 

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

 

Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

 

Servis Perakaunan

 

Servis Percukaian

 

Penubuhan Syarikat SDN BHD

 

Penyediaan Rancangan Perniagaan

 

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

 

Konsultasi Perangkaan Kewangan

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *