21 Idea Bisnes Online Yang Anda Boleh Mula Hari Ini

Kini sangat mudah untuk berniaga di zaman ini kerana adanya bisnes online.

Apatah lagi dengan kemajuan dan pengunaan pelbagai platform media sosial hari ini, semuanya menjadi mudah, baik urusan menjual dan juga membeli.

Begitu juga dalam menentukan sasaran pasaran (target market) bagi sesuatu produk dan servis, semuanya semakin mudah.

Tanpa modal awal, tanpa menyewa pejabat, tanpa staf yang ramai, anda mampu memulakan perniagaan online anda sendiri pada hari ini!

Tak percaya?

Kami akan kongsikan 21 idea bisnes dalam talian yang mampu memberi anda pulangan dan kepuasan.

Sebelum itu, berikut merupakan antara langkah-langkah pertama yang anda perlu ada sebelum mulakan bisnes online.

1. Pilih Platform

tips bisnes online

Sudah namanya bisnes online, anda mesti memilih platform untuk memasarkan produk anda.

Cara yang mudah adalah menggunakan media sosial kerana ianya percuma dan popular.

Bina pengikut sebanyak mungkin dan kerap kemaskini status anda yang berkaitan dengan aktiviti harian perniagaan anda.

Ini dapat menarik perhatian pengikut anda untuk membeli produk anda.

2. Tetapkan Nama Bisnes

nama bisnes

Nama memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan apatah lagi menonjolkan identiti sesuatu perniagaan itu.

Gunakan nama yang berkaitan dengan perniagaan anda supaya pelanggan akan lebih mudah untuk mengingatinya.

Di antara contoh-contoh nama bisnes yang mudah adalah seperti Mudah.my, Billplz, Senangpay, Grab, Foodpanda dan sebagainya.

Anda juga boleh menyuntik elemen catchy untuk nama perniagaan anda, contohnya seperti Yahoo!

Tidak salah untuk menggunakan nama sendiri kerana ramai yang beranggapan mereka memiliki nama yang membawa tuah. Siapa tahu kan?

3. Logo Perniagaan

logo bisnes online

Anda wajib ada logo perniagaan jika anda serius untuk melakukannya.

Ini kerana ada orang sanggup melabur sehingga beribu ringgit untuk mencipta logo.

Logo diibaratkan seperti cara untuk peniaga dan pelanggan berkomunikasi berkenaan produk atau servis yang ditawarkan.

4. “Positioning

Cari perkara unik untk membolehkan ramai orang ingat dan tahu apabila sebut tentang jenama perniagaan anda.

Contohnya bila sebut mee segera, orang ramai pasti teringatkan Maggi, kan?

Jadi tugas anda untuk cari dan tentukan keunikan perniagaan anda supaya mudah diingati.

5. Kandungan

Dalam strategi pemasaran, content menjadi perkara penting untuk setiap perniagaan.

Anda perlu terangkan berkenaan ‘About Us’ supaya pelanggan dan bakal pelanggan kenal apakah produk atau servis yang ditawarkan.

Begitu juga dengan produk dan testimoni.

Content juga boleh dilakukan dengan berkongsi tips atau petua, video, Q&A dan sebagainya.

6. Daftar Dengan SSM

Ada yang beranggapan perniagaan dalam talian sebagai suka-suka atau dilakukan secara kecil-kecilan.

Walau apa pun, bisnes online tetap satu perniagaan.

Maka penting untuk anda mendaftarkan perniagaan anda supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

Bacaan Lanjut: Cara Daftar SSM Secara Online

21 Idea Bisnes Online Yang Anda Boleh Mula Sekarang!

1. Agen Produk Kecantikan Atau Kesihatan

Kalau anda perasan, produk kecantikan dan kesihatan banyak dijual menerusi platform sosial media.

Kewujudan pelbagai jenama dan produk menunjukkan bahawa permintaan terhadapnya sentiasa wujud.

2. Jurujual Kenderaan

Anda ingat urusan jual kereta hanya dilakukan di showroom? Anda salah!

Dengan adanya kecanggihan Internet dan smartfon, urusan jual beli kereta boleh dilakukan secara online.

Lelaki ini berkongsi kejayaannya sebagai penjual kereta secara online sehingga mampu menjual berbelas kereta dalam tempoh sebulan.

Hebat kan!

3. Penulis Kandungan Facebook

Jika anda sering berkongsi cerita dan tips di Facebook atau Twitter hingga sering dikongsi kepada rakan-rakan yang lain.

Ini mungkin peluang cerah untuk anda membina kerjaya baru secara online.

Ada ramai orang yang berniaga secara online memerlukan kepakaran seperti anda untuk tujuan penjenamaan semula atau meningkatkan traffic perniagaan mereka.

4. Konsultan Jualan

Jika anda kalis penolakan, kalis cacian atau makian, malah seorang yang bekerja keras, kerjaya ini amat sesuai untuk anda.

5. Agen Produk

Katakan apa sahaja, sama ada insuran, simpanan peribadi atau penapis air.

Jika anda seorang yang menggunakan produk atau servis itu dan mahu berkongsi manfaatnya, anda boleh meraih pendapatan darinya.

6. Love Coach

Tahukah anda, ada pihak berjaya menjana pendapatan hingga lima angka dengan menawarkan servis mencari jodoh.

Jika anda berpengalaman ‘menyatukan’ dua insan kesepian sebelum ini, apa kata jadikan kepakaran ini sebagai perniagaan anda. Tuah manusia tak siapa tahu!

7.Business Coach

Ini antara cabang bisnes online yang terkenal dewasa ini.

Jika anda sangat suka dengan apa yang anda lakukan, puas dengan jatuh bangun perniagaan anda dan mahu berkongsi rahsia kejayaan.

Anda boleh menjana pendapatan dengan cara ini.

8.Social Media Influencer

Hari ini kita dapat lihat ramai anak-anak muda memperolehi pendapatan sehingga beribu ringgit dengan membuat review di Instagram atau Youtube.

Pastikan anda pandai bercakap dengan mampu meyakinkan followers anda.

9.Youtube Content Producer

Selain menjual produk, adakah anda tahu bagaimana Datuk Aliff Syukri menjana pendapatan yang lumayan daripada YouTube?

Hasilkan content video yang boleh menarik dan boleh ‘dijual’ di Youtub.

Jika video anda mencapai sasaran penonton, Youtube akan membayar kepada anda.

Mudah kan?

10. Penulis Resume

Jika anda seorang yang hebat dalam mereka template resume, apa kata jadikan kepakaran itu sebagai sumber perniagaan anda?

Hakikatnya ramai mampu membuat resume, namun tidak ramai mampu menghasilkan resume yang menarik dan berkesan untuk dipilih bakal majikan.

11.Pereka Grafik

Ini antara perniagaan online yang boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.

Permintaan terhadap penghasilan logo, pamphlet dan pelbagai lagi jenis content semakin meningkat setiap hari.

Jadikan ini sebagai pendapatan anda.

12. Pengurus Kandungan Media Sosial

Tahukah anda, tak ramai pemilik perniagaan mempunyai masa untuk memuatnaik posting di platform perniagaan online mereka.

Rebut peluang ini, tawarkan servis anda dengan kadar terbaik.

Siapa tahu ini akan memberi anda peluang besar dalam perniagaan.

13.Penulis Skrip Jualan

Sebelum meraih jualan, setiap perniagaan perlu dibekalkan dengan skrip sales yang betul agar mampu menarik minat prospek baru.

Begitu juga dengan skrip presentation bersama klien atau skrip bertemu dengan klien baru.

Ini juga antara cabang bisnes online yang ramai tak tahu ia boleh membuahkan hasil yang lumayan.

14. Content Writer

Jika anda gemar membuat research produk, servis ini juga boleh dilakukan sebagai bisnes online.

Hasilkan artikel berkaitan produk atau servis serta tip isu di blog klien untuk bacaan orang ramai.

15.Pereka Laman Web

Memandangkan ramai peniaga hari ini memilih untuk berniaga secara dalam talian, maka platform tersebut haruslah menarik dan mesra pengguna.

Cabang ini boleh dimanfaatkan kepada mereka yang kreatif dalam bidang ini dan urusniaga sebegini boleh dilakukan secara online.

16. Moderator Group Facebook

Jika anda seorang yang aktif di laman Facebook, anda boleh menawarkan servis menguruskan group di Facebook bagi pihak si pemiliknya.

Tugasan? Rajin-rajinlah muatnaik posting, pantau komen dan berinteraksi dengan ahli-ahli group Facebook tersebut.

17. Konsultan Pelancongan

Banyak urusan pelancongan atau percutian kini boleh dilakukan sendiri secara online.

Namun sekiranya anda sendiri gemar bercuti dan mempunyai banyak pengetahuan tentang tempat percutian menarik, apa kata anda tawarkan khidmat konsultansi percutian.

Setidak-tidaknya anda mampu membantu mereka dari segi kadar pakej, lokasi menarik, penginapan dan makanan.

18. Kursus Dalam Talian

Sekiranya anda mahir dalam sesuatu bidang, misalnya menghasilkan video, anda boleh menawarkan servis berkenaan, termasuk mengadakan kursus online.

19.Chef Online

Hobi anda memasak? Suka memasak sambil rakam video dan share di Instagram?

Hari ini ramai chef online menunjukkan kepakaran masakan masing-masing sehingga diikuti oleh ramai orang.

Ada diantara mereka memperolehi pendapatan dari cara ini.

Bahkan ada juga yang menerima tajaan produk masakan berjenama. Untungnya kan…

20.Personal Shopper

personal shopper malaysia online

Ini antara bisnes online Malaysia paling lit!

Mana tidaknya harga produk berjenama yang dijual di Malaysia agak tinggi harganya jika dibandingkan di negara luar.

Sama ada barangan peribadi seperti beg tangan, kasut, jam tangan, atau barangan bayi dan peralatan dapur, permintaannya sentiasa tinggi.

21. Penterjemah Dan Penyunting

Kebiasaannya, khidmat sebegini tidak memerlukan perjumpaan secara direct, sebaliknya pihak klien dan penterjemah atau penyunting hanya berkomunikasi menerusi emel.

Ada tempoh tertentu ditetapkan untuk penterjemah menyiapkan tugasan.

Jika kena gayanya, servis online ini mampu memberikan si pemiliknya untung berkali ganda.


Khidmat Perakaunan Tengku Azrul & Co

daftar syarikat

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam pengiraan akaun perniagaan dan masih ragu-ragu dalam hal berkaitan pembayaran cukai, anda boleh mendapatkan khidmat dari Tengku Azrul & Co.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

Bukan sahaja khidmat kira cukai, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini