Siapa Yang Dapat Pelepasan Cukai 2018 Untuk e-Filling 2019?

Adakah anda termasuk dalam senarai pelepasan cukai 2018 untuk e-filling 2019?

Rakyat Malaysia yang cukup syarat perlu membayar cukai pendapatan berdasarkan pendapatan minimum pada tahun sebelumnya. Untuk tahun 2019, pengiraan cukai pendapatan adalah berdasarkan pada tahun 2018.

Terdapat individu yang mendapat pelepasan cukai kerana beban-beban tertentu.

Berikut adalah senarai pelepasan cukai pendapatan 2018 untuk e-filing 2019 sepertimana yang dipaparkan di laman web LHDN.

Tapi sebelum itu…. 

Apa Itu Pelepasan Cukai?

Dalam maksud yang lebih ringkas, pelepasan merujuk kepada sejumlah wang yang dibenarkan untuk tolakan kepada jumlah keseluruhan pendapatan yang akan dicukai.

Contohnya, Puan Ani memperolehi gaji keseluruhan pada tahun 2018 dengan jumlah RM100,000, maka beliau perlu melaporkan jumlah berkenaan semasa mengisi e-filling nanti.

Namun Puan Ani tidak akan dikenakan cukai atas jumlah RM100,000 berkenaan.

Sebaliknya dia dibenarkan untuk menolak amaun untuk dengan beberapa senarai pelepasan cukai yang dibenarkan sahaja.

Senarai Pelepasan Cukai

Setiap kali bulan Mac, semua individu yang memperolehi pendapatan minimum pada tahun sebelumnya perlu membayar cukai menerusi sistem e-filing.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengira jumlah cukai yang perlu dibayar.

Dengan sistem e-filing, kesemuanya dikira secara automatik.

Apa yang perlu setiap individu lakukan adalah dengan mengisi maklumat yang diperlukan sahaja.

Ada orang menganggap membayar cukai adalah suatu urusan yang membebankan.

Sebenarnya tidak!

Anda boleh mengurangkan jumlah cukai dengan mengoptimasikan tuntutan ke atas pelepasan cukai pendapatan oleh LHDN.

Di bawah merupakan senarai pelepasan cukai 2018 untuk anda mengisi e-filing.

1. Tanggungan individu atau saudara sehingga RM9,000

2. Penjagaan ibu bapa

-Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (mendapat pengesahan dari pengamal perubatan) sehingga RM5,000 atau

-Ibu dan bapa (RM3,000) yang mana setiap dari mereka menerima sehingga RM1,500.

3. Peralatan sokongan asas untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya (RM6,000)

4. Individu Kurang Upaya (RM6,000)

5. Yuran Pendidikan (Sendiri) (RM7,000)

-Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

-Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian.

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) (RM6,000)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) (RM500)

8. Gaya Hidup (RM2,500)

-Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

-Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

-Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

-Bayaran langganan internet

9. Pembelian peralatan penyusuan (RM1,000) terhad sekali dalam tempoh dua tahun taksiran

10.Yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah (RM1,000)

11.Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 tolak dengan jumlah pengeluaran dalam tahun 2018) (RM6,000)

12.Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri (RM4,000)

13.Suami/Isteri kurang upaya (RM3,500)

14. Anak di bawah umur 18 tahun (RM2,000)

15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) (RM2,000)

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (RM8,000)

-mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

-mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

-kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak Kurang Upaya (RM6,000)

-Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia atau peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. Insuran nyawa dan KWSP termasuk tidak melalui potongan gaji (RM6,000)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. (RM3,000)

20. Insurans pendidikan dan perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji (RM3,000)

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)

Bagaimanapun untuk tahun ini, tiada lagi potongan cukai sebanyak RM10,000 bagi faedah pembelian rumah.

Langkah Membuat Pelepasan Cukai

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun e-filing, anda teruskan login ke ez-Hasil seperti biasa dan pilih e-Borang yang betul iaitu e-BE, merujuk kepada individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan.

Kemudian semak maklumat diri.

Isi maklumat akaun bank jika anda mahu lebihan bayaran cukai dimasukkan ke dalam akaun bank. Jika tidak ia akan diberi secara baucar.

Isi berkenaan jumlah pendapatan tahunan seperti pendapatan penggajian, sewa, dividen, faedah, diskaun, pencen, bayaran berkala lain dan apa sahaja perolehan dan keuntungan lain.

Nyatakan jumlah hadiah dan derma yang dilulus dan diberi kepada organisasi, yang diiktiraf oleh LHDN.

Semak ruangan yang memaparkan maklumat Potongan Cukai Berjadual yang dilakukan oleh majikan.

Isi bahagian pelepasan cukai 2018, pengecualian cukai dan rebat cukai.

Pastikan ia diisi dan diisytihar dengan betul, dilakukan pada tahun taksiran dan resit atau bukti pembayaran disimpan sebaiknya.

Kemudian semak jumlah cukai perlu bayar dan lebihan cukai dan sahkan borang taksiran dengan klik butang Tandatangan dan Hantar.

Khidmat Perakaunan Tengku Azrul & Co

daftar syarikat

Sekiranya anda masih ragu-ragu dalam hal berkaitan pembayaran cukai, anda boleh mendapatkan khidmat dari Tengku Azrul & Co.

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

Bukan sahaja khidmat kira cukai, Tengku Azrul & Co turut menawarkan khidmat:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini