Pelepasan Cukai 2019 Untuk eFiling 2020

Adakah anda termasuk dalam senarai pelepasan cukai pendapatan 2019 untuk efiling 2020?

Rakyat Malaysia yang cukup syarat perlu membayar cukai pendapatan berdasarkan pendapatan minimum pada tahun sebelumnya. Untuk tahun 2020, pengiraan cukai pendapatan adalah berdasarkan pada tahun 2019.

Terdapat individu yang mendapatkan pelepasan cukai kerana beban-beban tertentu.

Berikut adalah senarai pelepasan cukai pendapatan 2018 untuk efiling 2019 sepertimana yang dipaparkan di laman web LHDN.

pelepasan cukai

Sudah tiba tempohnya untuk anda yang berkelayakan untuk melakukan pengisytiharan cukai 2019 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia boleh dilakukan secara manual atau pun secara atas talian menggunakan sistem eFiling.

Seperti kebiasaannya, tarikh akhir untuk mengisytiharkan cukai pendapatan adalah sehingga 30 April.

Berbeza bagi tahun ini, kerajaan mengumumkan lanjutan sehingga 30 Jun 2020 bagi kedua-dua cara manual dan e-Filing berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Langkah Membuat Pelepasan Cukai

cukai 2019

Sekiranya pendapatan anda melebihi jumlah RM34,000 setahun maka anda wajib mendaftar fail cukai pendapatan.

Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan LHDN di seluruh Malaysia.

Ia dilakukan secara online.

Untuk mula mendaftar, pastikan anda mempunyai dokumen seperti di bawah:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) yang terkini / Slip Gaji Terkini
  • Satu salinan kad pengenalan / kad pengenalan polis atau tentera / passport antarabangsa
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Sebenarnya ramai yang tersalah anggap dengan hal pembayaran cukai pendapatan ini sebagai satu urusan yang membebankan.

Sebenarnya tidak.

Tahukah anda bahawa anda boleh mengurangkan jumlah cukai dengan mengoptimasikan tuntutan ke atas pelepasan cukai pendapatan oleh LHDN?

Sebenarnya pembayaran cukai memberikan manfaat kepada anda.

Senarai Pelepasan Cukai 2019

C:\Users\User\Desktop\lhdn.jpg

Di bawah merupakan senarai pelepasan cukai 2019 untuk anda mengisi eFiling.

1. Individu

Terdapat dua jenis potongan cukai bagi individu, iaitu untuk individu dan saudara tanggungan, dan individu kurang upaya.

  • Individu dan saudara tanggungan

Untuk kategori ini, anda mendapat pelepasan secara automatik sebanyak RM9,000.

  • Individu kurang upaya
C:\Users\User\Desktop\oku.jpg

Golongan ini akan mendapat potongan tambahan sebanyak RM6,000 dengan syarat disahkan secara bertulis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai seorang yang kurang upaya.

2.Ibu Bapa

C:\Users\User\Desktop\ibu bapa.jpg

Terdapat dua jenis perbelanjaan kepada ibu bapa yang membolehkan anda mendapat pelepasan cukai 2019.

  • Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa sehingga RM5,000
  • Ibu bapa menerima RM1,500 seorang.

3.Suami isteri

Terdapat dua potongan cukai yang dibenarkan, iaitu:

  • Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri
  • Suami / Isteri yang kurang upaya

4.Anak

Empat kategori potongan cukai 2019 yang boleh dimanfaatkan:

C:\Users\User\Desktop\universiti.JPG
  • Anak di bawah umur 18 tahun dengan potongan cukai sebanyak RM2,000 seorang bagi yang belum berkahwin.
  • Yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak atau tadika berdaftar sebanyak RM1,000 seorang.
  • Anak 18 tahun yang masih belajar dengan potongan cukai RM2,000 seorang dengan syarat belum berkahwin dan belajr sepenuh masa

Atau; potongan cukai sebanyak RM8,000 dengan syarat yang sama bagi anak-anak yang mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa di Malaysia, mengikuti pelajaran peringkar ijazah di luar negara dan apa-apa kurus di IPT yang diiktiraf kerajaan.

  • Anak kurang upaya dengan potongan cukai sehingga RM14,000.

5.Wanita

C:\Users\User\Desktop\set penyusuan.jpg

Golongan ini mendapat keistimewaan dengan potongan cukai 2019 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu untuk diri sendiri bagi anak di bawah umur 2 tahun sebanyak RM1,000.

Ia dibenarkan sekali bagi setiap dua tahun taksiran.

Potongan itu merangkumi pembelian set pam susu dan pek ais; bekas pengumpulan dan penyimpanan susu dan set / beg penyejuk.

6.Pendidikan

Sebagai satu cara untuk menggalakkan lebih ramai pembayar cukai membelanjakan wang dalam urusan ilmu untuk diri sendiri atau ahli keluarga.

  • Yuran pengajian sendiri dengan pelepasan cukai untuk membiayai pengajian sebanyak RM7,000 untuk peringkat sarjana dan doktor falsafah (rujuk bidang pengkhususan).
  • Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) terhad kepada RM8,000.

7.Insurans

Antara pelepasan cukai 20019 bagi insurans yang boleh dipohon:

  • Insurans nyawa dan simpanan KWSP termasuk bukan melalui potongan gaji, iaitu bagu kategori penjawat awam berpencen dan selain penjawat awam berpencen.
  • Insurans pendidikan dan perubatan, tidak melebihi RM3,000.
  • Caruman kepada PERKESO dengan jumlah potongan tidak melebihi RM250.

8.Persaraan

Potongan yang dibenarkan adalah sebanyak RM3,000 bagi jumlah carumah yang dibuat kepada Skim Persaraan Swasta (SPS), walaupun ia dilakukan bersama pasangan.

9.Perubatan

  • Peralatan sokongan asas untuk kegunaan individu OKU, suami / isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya dengan jumlah potongan sehingga RM6,000.
  • Pemeriksaan perubatan penuh untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak dengan terhad kepada RM500.
  • Perbelanjaan perubatan basi penyakit serius untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.

10.Gaya hidup

C:\Users\User\Desktop\bahan bacaan.jpg

Potongan cukai yang dibenarnkan adalah sebanyak RM2,000 untuk :

  • Pembelian buku, jurnal, surat khabar bercetak atau elektronik untuk kegunaan sendiri, pasangan atau anak.
  • Perbelanjaan untuk membeli komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan sendiri, pasangan atau anak.
  • Pembelian alatan sukan kecuali jenis basikal bermotor dan yuran keahlian gimnasium.
  • Bayaran bulanan untuk langganan Internet yang didaftarkan atas nama individu untuk kegunaan sendiri, pasangan dan anak.

Cara Membuat Pelepasan Cukai 2019

C:\Users\User\Desktop\efiling.png

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun eFiling, anda teruskan login ke ez-Hasil seperti biasa dan pilih e-Borang yang betul iaitu e-BE, merujuk kepada individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan.

Kemudian semak maklumat diri.

Isi maklumat akaun bank jika anda mahu lebihan bayaran cukai dimasukkan ke dalam akaun bank. Jika tidak ia akan diberi secara baucar.

Isi berkenaan jumlah pendapatan tahunan seperti pendapatan penggajian, sewa, dividen, faedah, diskaun, pencen, bayaran berkala lain dan apa sahaja perolehan dan keuntungan lain.

Nyatakan jumlah hadiah dan derma yang dilulus dan diberi kepada organisasi, yang diiktiraf oleh LHDN.

Semak ruangan yang memaparkan maklumat Potongan Cukai Berjadual yang dilakukan oleh majikan.

Isi bahagian pelepasan cukai 2018, pengecualian cukai dan rebat cukai. 

Pastikan ia diisi dan diisytihar dengan betul, dilakukan pada tahun taksiran dan resit atau bukti pembayaran disimpan sebaiknya.

Kemudian semak jumlah cukai perlu bayar dan lebihan cukai dan sahkan borang taksiran dengan klik butang Tandatangan dan Hantar.

Sekiranya urusan mendaftar pelepasan cukai 2019 merupakan yang pertama kali untuk anda dan berasa ragu-ragu, anda boleh mendapatkan khidmat profesional daripada Tengku Azrul & Co.

C:\Users\User\Desktop\tazc.jpg

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

Bukan sahaja khidmat kira cukai, Tengku Azrul & Co turut menawarkan khidmat:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini