Setiausaha syarikat mempunyai peranan yang penting di dalam sesebuah syarikat.
Terdapat tugas dan peranan tertentu yang dimainkan oleh seorang setiausaha di dalam sesebuah syarikat.
Artikel ini mengulas lebih lanjut tentang cara kerja, lantikan dan cara menukar seorang setiausaha syarikat.

Apa Itu Setiausaha Syarikat?
Seseorang yang dilantik bertanggungjawab untuk membantu lembaga pengarah bagi memastikan syarikat mematuhi keperluan dan kehendak di bawah Akta Syarikat.
Antaranya:
1. Memastikan syarikat menyerah-simpan kesemua maklumat dan dokumen penting seperti urusan pertukaran pengarah, retan tahunan dan akaun beraudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2.Mengambil minit mesyuarat dan menyimpan dengan selamat.
3.Menasihat pengerusi syarikat dan ahli lembaga pengarah berkenaan pematuhan Akta Syarikat.
Peranan setiausaha syarikat di syarikat yang lebih besar adalah lebih meluas.
Antaranya mereka bertanggungjawab menasihati lembaga pengarah berkenaan undang-undang dan peraturan berkaitan industri yang mereka ceburi.
Maka tidak hairanlah jika ramai setiausaha syarikat sebenarnya merupakan seorang peguam atau mempunyai latar belakang perundangan.

Kelayakan Sebagai Setiausaha Syarikat
Anda perlu mempunyai kelayakan seperti di bawah:
1. Seorang Setiausaha Bertauliah yang berdaftar di bawah Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA), atau
2. Seorang Setiausaha Berlesen yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau
3.Seorang Peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam atau badan-badan yang berkenaan, atau
4. Dianggap pihak berkecuali yang berusia penuh (18 tahun) dan menetap di Malaysia,
5. Tidak diisytihar muflis atau tidak pernah didapati bersalah bagi mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 130(1) Akta Syarikat.

Peranan Dalam Syarikat
Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Persatuan Setiausaha Malaysia yang ditadbir dan dikawalselia oleh SSM, seorang Setiausaha Syarikat bertanggungjawab untuk :
1.Bertindak sebagai Pegawai Syarikat dan Penasihat kepada Lembaga
– Perlu faham kesemua peruntukan di dalam Memorandum dan Artikel Persatuan bagi syarikat
-Perlu faham hal-hal kepatuhan bagi pelbagai badan berkanun dan badan pengawalseliaan
-Bertanggungjawab memastikan prosedur tepat dan dituruti
2.Persediaan Mesyuarat Lembaga Pengarah
– Perlu hadir ke setiap mesyuarat lembaga dan menasihati hal berkaitan kesetiausahaan syarikat apabila perlu
-Menjadi penghubung antara pemegang saham dengan syarikat
3. Pematuhan Terhadap Keperluan Statutori dan Khidmat Nasihat
-Memastikan syarikat patuh Akta Syarikat
-Memastikan sebarang perubahan maklumat statutory syarikat dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat bersama dengan dokumen berkaitan
-Menjadi pegawai perhubungan syarikat di dalam berkomunikasi, menyedia dan menghantar Pulangan Statutori dengan SSM
-Menasihati Lembaga Pengarah tentang keperluan/tarikh mengadakan mesyuarat agung tahunan
4. Melengkapkan Pulangan Tahunan
-Perlu melengkapkan dan menghantar pulangan tahunan syarikat secara terperinci dan tepat pada masanya
5. Pemegang Custody Cap Mohor Syarikat
-Memastikan cap mohor syarikat disimpan dengan selamat
6. Berperanan Sebagai Titik Sentuh Primer
-Menjadi titik sentuh utama bagi syarikat dan pemegang saham, terutama dalam Tadbir Urus Korporat.

Bolehkah Menukar Setiausaha Syarikat?
Mungkin wujud sesetengah isu dalam syarikat yang membabitkan peranan Setiausaha sehingga ada yang tidak berpuas hati.
Adakah boleh menukar Setiausaha Syarikat?
Ini persoalan yang sering ditimbulkan oleh ramai pihak di dalam syarikat.
Sebenarnya, ia adalah DIBOLEHKAN!
Ini kerana lembaga pengarah syarikat mempunyai kuasa penuh untuk menukar Secretary Syarikat pada bila-bila masa.

Tengku Azrul & Co
Dapatkan bantuan segera daripada syarikat yang berpengalaman dan profesional untuk urusan perakaunan dan percukaian.
Tengku Azrul and Co terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.
Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan kesetiausahaan syarikat.
Bukan sahaja khidmat Setiausaha Syarikat, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:
Penyediaan Rancangan Perniagaan