Phone: +603 – 4821 4961

Perkhidmatan Perakaunan di Malaysia: Perlukah Anda Ambil?

Setiap perniagaan mesti mempunyai sistem yang teratur untuk mengenalpasti urus niaga, perbelanjaan, pertukaran dan sebagainya.

Perakaunan dan penyimpanan buku berkait rapat dengan aktiviti perniagaan, malah ramai juga pemilik perniagaan melantik pihak untuk menguruskan akaun.

Artikel ini mengupas lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan perakaunan dan keperluannya.

Apakah Itu Perkhidmatan Perakaunan?

Ia merujuk kepada cara menyampaikan maklumat kewangan sebuah aktiviti perniagaan kepada pihak luar yang mempunyai kepentingan, seperti lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat.

Ramai yang tepuk dahi ketika menguruskan akaun dan transaksi aliran tunai keluar dan masuk.

Malah seringkali terjadi kesilapan kerana silap kendalian dan tiada kaedah teratur.

Kebiasaannnya servis perakaunan diwujudkan oleh badan-badan bertauliah untuk membantu perniagaan memperolehi penyata kewangan tahunan sebelum pengauditan.

Laporan kewangan diperlukan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbezaan Perkhidmatan Perakaunan

Secara asasnya, akauntan yang dilantik bertanggungjawab untuk melakukan bookkeeping, merekod dan menganalisa setiap urus niaga dan mengenalpasti potensi kewangan untuk aktiviti perniagaan dan syarikat tersebut.

Fahami dahulu setiap jenis perakaunan kewangan sebelum anda mendapatkan servis perakaunan.

1. Perakaunan Awam – Selain melakukan bookkeeping dan analisa kewangan, mereka juga bertanggungjawab dalam menyedia dan menasihat tentang percukaian dan membentuk sistem perakaunan syarikat.

2. Perakaunan Pengurusan – Akauntan berperanan merekod dan menganalisa maklumat kewangan yang akan diguna untuk menguruskan kos dan aset.

Selain terlibat dalam belanjawan mengeluarkan produk terbaru syarikat, menyediakan maklumat kewangan untuk pelabur dan pengurusan cukai, akauntan ini juga merancang masa depan aktiviti perniagaan dan syarikat.

3. Perakaunan Kerajaan – Terlibat dalam agensi kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dan pendapatan mengikut ketetapan perundangan.

4. Pengauditan Dalaman – Mengkaji pengurusan kewangan syarikat dan menyemak salah tadbir perniagaan, selain menilai belanjawan, sistem pengurusan dan kecekapan operasi yang berkaitan perundangan.

5. Bookkeeping – Biasanya untuk perniagaan berskala kecil dan sederhana dan melibatkan tugas-tugas asas seperti mengemaskini sistem kewangan syarikat dan memantau akaun payable and receivable.

6. Perakaunan Bertauliah – Terdiri dari ahli-ahli badan profesional dan mahir dalam aspek pengurusan dan pengauditan serta pengkhususan tertentu.

7. Perakaunan Cukai – Akauntan percukaian adalah orang yang pakar dalam hal tuntutan cukai dan membantu perniagaan untuk tidak membayar cukai yang tak perlu.

Perkhidmatan Perakaunan – Buat Sendiri Atau Ambil Outsource?

Ada orang dilantik menjadi akauntan sesebuah syarikat, ada juga freelancer daripada badan bertauliah diambil untuk berkhidmat – dengan tujuan melakukan kerja-kerja perakaunan.

Kedua-duanya dibolehkan namun bergantung kepada beberapa aspek.

Buat Sendiri atau Hire

Lantik seorang akauntan tetap syarikat sekiranya aktiviti perniagaan sedang berkembang maju untuk setiap transaksi yang memerlukan pemantauan yang kerap.

Ini dapat membantu urusan kewangan syarikat sebaik-baiknya.

Outsource

Kini, ramai pemilik syarikat mengambil khidmat outsource sekiranya tiada keperluan pemantauan transaksi setiap hari.

Akauntan freelance seperti ini akan dipanggil secara berkala dan kosnya lebih menjimatnya.

Bahkan sudah ramai individu atau agensi yang menawarkan khidmat perakaunan sebegini, terdiri daripada ahli-ahli badan profesional dan bertauliah.

Perkhidmatan Perakaunan di Malaysia

daftar syarikat

Setiap hujung tahun, setiap perniagaan perlu menyediakan penyata kewangan untuk beberapa tujuan.

Pastinya proses ini agak rumit dan memerlukan tumpuan khusus kerana melibatkan pengurusan kewangan, transaksi, percukaian dan sebagainya.

Tengku Azrul & Co menawarkan penyelesaian profesional terhadap perkhidmatan perakaunan.

Terdiri daripada kumpula profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan, Tengku Azrul & Co mempunyai lebih 8 tahun pengalaman mengendalikan bidang ini.

Selain perkhidmatan perakaunan, accounting firm ini turut menawarkan khidmat seperti di bawah:

Khidmat Percukaian

Selain pengiraan cukai jualan dan servis (SST), Tengku Azrul & Co turut menyediakan khidmat pematuhan, perancangan dan nasihat berkenaan cukai untuk syarikat, badan berdaftar, perkongsian dan individu.

Khidmat Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad

Kemudahan ini dapat membantu anda yang ingin menubuhkan syarikat SDN BHD dengan bantuan 3 set carian nama syarikat di SSM, draf dokumen penubuhan, resolusi bank dan sebagainya.

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Membantu menyediakan kertas kerja perniagaan antaranya pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran dan unjuran keuntungan.

Penyediaan Kerta Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Khidmat ini bagi permohonan pembiayaan atau pinjaman perniagaan ke institusi kewangan kerajaan dan bank komersial.

Konsultasi Perangkaan Kewangan

Memberi bimbingan dan panduan untuk menyediakan kerangka kewangan syarikat yang efektif.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *