Perlu Ke Daftar Bisnes & Ada Penyata Kewangan

Dengar je bab ni mesti macam boring kan, tapi benda ni lah PENTING❗ Setiap perniagaan perlu didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) walaupun berniaga secara kecil-kecilan termasuklah agen dan dropship. Bila dah daftar dengan SSM, barulah nampak kredibiliti seorang peniaga yang boleh dipercayai. Sebabnya bila dah daftar, akan dapat nombor pendaftaran syarikat, jadi boleh tunjuk kat pelanggan menandakan perniagaan anda sah disisi undang-undang. Nak daftar dengan SSM tak mahal pun. Hanya keluarkan modal sebanyak RM60 untuk setahun .

Bila dah dengan SSM, kene lah buat penyata kewangan . Ada peniaga yang merompak duit syarikat sendiri untuk kegunaan personal. Tengok-tengok je duit syarikat tak cukup. Penyata kewangan pon tak buat , mana nak tahu kan. 

Berniaga dah bertahun tapi tak ada sistem perakaunan yang betul, akan mengundang masalah bila nak buat pembayaran cukai nanti. Lebih-lebih lagi kalau tak simpan resit, voucher bayaran dan invois. Macam mana nak kurangkan cukai kalau tak ada semua ni❔ Jangan marah, kalau cukai anda tinggi sebab tak ada bukti yang dapat mengurangkan cukai anda. 

PENTINGNYA ada penyata kewangan, semestinya nak lihat untung rugi perniagaan. Tapi masalahnya , peniaga tak tahu langsung berkenaan kos perbelanjaan perniagaan mereka, harga produk, caj cod kepada pelanggan. Semua itu melibatkan kos . Macam mana nak tahu kalau tak ada rekod❔ tak ada rekod satu, yang buat tak reti je tu camne❔ Hanya tahu menjual tapi sistem pengurusan duit, hancur.
 
nak berniaga tak boleh sambil lewa . setiap bende kecil kene diambil berat . bak kata pepatah “sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna”.
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini