Syarat Daftar Sdn Bhd

Tuan Puan berminat untuk mengetahui cara menaik taraf syarikat, atau syarat daftar syarikat Sdn Bhd?

Melalui perkembangan pesat bagi kebanyakan perniagaan dalam talian, kini ramai usahawan mulai merancang untuk menaik taraf entiti perniagaan kepada syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Jadi, apa agaknya antara syarat daftar Sdn Bhd yang perlu diketahui ya?

6 Syarat Daftar Sdn Bhd di Malaysia yang Perlu Dipatuhi Sebelum Mendaftar

Eh jangan risau! Seperti biasa, Tengku Azrul & Co akan senaraikan di antara syarat-syarat daftar Sdn Bhd secara terperinci, untuk membantu Tuan Puan semua memahami dengan lebih baik.

Berikut merupakan beberapa syarat utama yang perlu Tuan Puan patuhi sebelum memulakan proses daftar syarikat Sdn Bhd di Malaysia.

1. Pemegang Saham

Syarat Daftar Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd memerlukan sekurang-kurangnya seorang pemegang saham yang dilantik. Pemegang saham tersebut boleh berupa individu atau syarikat yang diperbadankan.

2. Pengarah

Syarat Daftar Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd juga memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah yang bermastautin di Malaysia. Pengarah tersebut juga boleh berupa individu atau syarikat yang diperbadankan.

3. Sekretari Syarikat

Syarat Daftar Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd ini juga memerlukan sekretari syarikat yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sekretari syarikat inilah yang akan bertanggungjawab untuk memastikan syarikat Tuan Puan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan SSM.

Oleh itu, pastikan Tuan Puan mempunyai sekretari syarikat yang diiktiraf oleh SSM sebelum mendaftar syarikat Sdn Bhd ya! Kalau nak lebih mudah, Tuan Puan boleh terus dapatkan khidmat Tengku Azrul & Co di sini.

4. Modal Berbayar | Syarat Daftar Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd memerlukan modal berbayar minimum sebanyak RM1.00. Modal berbayar ini adalah jumlah wang yang diperlukan untuk memulakan perniagaan syarikat Sdn Bhd.

Jadi, pastikan Tuan Puan mempunyai modal berbayar yang mencukupi sebelum mendaftar syarikat Sdn Bhd nanti.

5. Nama Syarikat

Nama syarikat Tuan Puan perlulah dipilih dengan teliti dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SSM. Nama syarikat yang dipilih juga tidak boleh sama dengan nama syarikat lain yang telah didaftarkan bersama SSM!

Oleh itu, pastikan Tuan Puan memilih nama syarikat yang berbeza, lebih unik, serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan SSM.

6. Alamat Perniagaan

Tidak ketinggalan, alamat perniagaan syarikat juga perlulah dinyatakan sepenuhnya semasa proses pendaftaran. Pastikan Tuan Puan mempunyai alamat perniagaan yang sah sebelum memulakan proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd.

Antara Dokumen Wajib yang Termasuk Dalam Syarat Daftar Sdn Bhd

Semasa mendaftar Syarikat Sdn Bhd, terdapat beberapa dokumen yang akan Tuan Puan perlukan. Apa yang pasti, dokumen ini turut termasuk dalam syarat daftar syarikat Sdn Bhd yang wajib dipatuhi ya!

Baiklah, berikut merupakan antara senarai dokumen yang perlu disediakan semasa proses pendaftaran.

1. Permohonan Pencarian Nama Syarikat – Borang 13A

Borang 13A ini hendaklah dilengkapkan dan diserahkan bersama-sama bayaran yuran sebanyak RM30.00, untuk setiap nama yang dipohon.

Proses carian ini bertujuan untuk menentukan sama ada nama yang dicadangkan bagi syarikat tersebut sudah digunakan oleh syarikat lain ataupun tidak. Jika nama yang dicadangkan tersebut diluluskan oleh SSM, maka ia akan disimpan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan.

2. Dokumen Pemerbadanan

Dokumen pemerbadanan hendaklah dikemukakan kepada SSM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat. Dokumen ini termasuk Perlembagaan, Borang 48A (Pengisytiharaan Berkanun dari Pengarah atau Promotor Sebelum Dilantik) dan Borang 6 (Pengisytiharan Pematuhan).

Perlembagaan hendaklah dicap setem RM100.00, serta dinamakan dalamnya dengan nama pengarah dan setiausaha syarikat pertama. Pelanggan saham syarikat juga perlulah menandatangani Perlembagaan di hadapan saksi.

3. Dokumen Tambahan

Dokumen tambahan yang perlu diserahkan termasuklah salinan asal Borang 13A, satu salinan surat daripada SSM yang meluluskan nama syarikat, dan satu salinan kad pengenalan setiap pengarah dan setiausaha syarikat.

4. Bayaran Pendaftaran

Di bawah Akta Syarikat baharu 2016, bayaran pendaftaran rata sebanyak RM1,000 akan dibayar kepada SSM untuk setiap permohonan penubuhan sesebuah syarikat.

Tuan Puan Sudah Cukup Syarat Pendaftaran? Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Servis Daftar Sdn Bhd Bersama Tengku Azrul & Co?

Berminat untuk mengetahui tentang syarat daftar syarikat Sdn Bhd dengan lebih lanjut? Jom hubungi team Tengku Azrul & Co di sini.

Sekiranya Tuan Puan ingin mengetahui perkhidmatan lain yang turut kami tawarkan, Tuan Puan boleh terus melayari laman web Tengku Azrul & Co dan klik pada kategori ‘Perkhidmatan’.

Antara perkhidmatan menyeluruh yang kami sediakan adalah seperti berikut:

Perlukan Bantuan untuk Mendaftar Syarikat Sdn Bhd?
Whatsapp saya untuk konsultasi PERCUMA.
Tengku Azrul, TAZ.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini