Bila Perlu Daftar Sdn Bhd

Ada yang bertanya kepada kami, bila perlu daftar Sdn Bhd ni? Memang hot soalan ni! Ia nampak seperti soalan yang mudah, tetapi sebenarnya rumit untuk difahami jika tidak difahami dengan betul.

Melalui pemerhatian team Tengku Azrul & Co, semakin hari semakin ramai usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan secara serius di samping menampung kos sara kehidupan.

Kebanyakan usahawan juga ingin memulakan perniagaan secara Sdn Bhd kerana ia lebih berbaloi berbanding jenis-jenis perniagaan yang lain. Untuk pengetahuan tambahan Tuan Puan, jenis perniagaan Sdn Bhd ini hanya memerlukan seorang pengarah dan pemegang saham sahaja untuk mendaftar tau!

Jadi, bila Tuan Puan perlu daftar perniagaan Sdn Bhd ini sebenarnya? Nak daftar pun ada waktu terbaik yang lebih afdhal ke?

Manfaat Syarikat Sdn Bhd – Walaupun Bankrap, Pemilik Tetap Tidak Terjejas? | Bila Perlu Daftar Sdn Bhd

Bila Perlu Daftar Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd merupakan sebuah entiti berasingan daripada pemiliknya yang sah. Oleh itu, aset peribadi pemiliknya adalah tetap dilindungi jika sebarang kegagalan atau kebankrapan berlaku. Inilah sebenarnya salah satu manfaat terkuat syarikat Sdn Bhd tau!

Sebagai entiti berasingan juga, pemilikan perniagaan dapat dipindahkan dengan mudah, lantas menyumbang kepada kewujudan perniagaan secara berterusan.

Selain itu, perniagaan Sdn Bhd turut dikenakan cukai pendapatan yang lebih rendah dan dianggap sebagai jenis syarikat perniagaan terbaik untuk dipilih.

“Menariknya! Apa lagi manfaat jenis syarikat Sdn Bhd ni?”

– Usahawan hebat

Sebenarnya, terdapat banyak sangat manfaat dan kelebihan yang bakal Tuan Puan peroleh bila daftar syarikat sebagai Sdn Bhd ini.

Sebelum kita ketahui bila perlu daftar Sdn Bhd, mari kami senaraikan terlebih dahulu manfaat-manfaatnya dengan lebih lanjut:

  • Syarikat Sdn Bhd boleh memiliki 2 sehingga 50 orang pemegang saham (maksimum).
  • Syarikat Sdn Bhd ini merangkumi perusahaan kecil dan sederhana, atau dikenali dengan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).
  • Entitinya adalah berasingan di antara pengarah dan syarikat.
  • Mudah mendapatkan fasiliti bank yang lebih, kerana Tengku Azrul & Co akan membantu Tuan Puan dalam proses penyediaan akaun bank, penyata bank dan pelbagai lagi.
  • Syarikat boleh dijadikan sebagai legasi.
  • Layak mendapatkan penjimatan cukai yang lebih rendah berbanding jenis perniagaan lain.
  • Valuation, di mana nilai syarikat akan terus teguh melalui peningkatan perkembangan syarikat berbanding Enterprise yang tiada nilai walaupun sudah berniaga selama lebih dua tahun.
  • Memperoleh syarat kemasukan tender yang lebih baik.
Bila Perlu Daftar Sdn Bhd

Menarik kan manfaat Sdn Bhd ni? Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kesemya perniagaan yang beroperasi di Malaysia tetap perlu berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SSM ini merupakan badan pentadbir yang akan memantau operasi syarikat di Malaysia, dan syarikat Sdn Bhd adalah tidak terkecuali daripada peraturan ini ya!

Tetapi Tuan Puan tidak perlu risau, kerana dengan khidmat setiausaha syarikat daripada Tengku Azrul & Co, sebarang proses pendaftaran Sdn Bhd Tuan Puan pasti lebih mudah dan smooth sahaja.

Jadi, Bila Sebenarnya Waktu Terbaik Tuan Puan Perlu Daftar Sdn Bhd Ini?

Akhirnya, sudah tiba masanya untuk kami menjawab persoalan tersebut. Pastikan Tuan Puan take note ya!

Untuk pengetahuan Tuan Puan, pendaftaran perniagaan Sdn Bhd ini boleh dilakukan setelah Tuan Puan memenuhi 6 syarat utama pendaftaran Sdn Bhd yang ditetapkan seperti:

  • Pemegang saham;
  • Pengarah;
  • Sekretari syarikat;
  • Modal berbayar;
  • Nama syarikat;
  • Alamat perniagaan.

Nak dapatkan penjelasan syarat-syarat tersebut dengan lebih terperinci? Tuan Puan boleh dapatkannya di sini.

Mulakan Langkah Pendaftaran Sdn Bhd Dengan Melantik Setiausaha Syarikat Bertauliah

Bila mana Tuan Puan ingin mulai mendaftar syarikat Sdn Bhd, maka Tuan Puan sewajarnya bersiap sedia melantik badan setiausaha syarikat yang selaras dengan Akta Syarikat 2016, untuk membantu pengurusan sebarang proses pendaftaran.

Menurut Seksyen 236, pengarah syarikat perlu melantik setiausaha syarikat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penubuhan syarikat tersebut!

Untuk pengetahuan Tuan Puan, setiausaha syarikat yang dilantik ini akan bertanggungjawab untuk membantu lembaga pengarah dan syarikat dalammematuhi keperluan, serta kehendak di bawah Akta Syarikat 2016.

Bila Perlu Daftar Sdn Bhd

Antara tanggungjawab yang perlu dijalankan adalah:

  1. Memastikan syarikat menyimpan dokumen-dokumen penting seperti laporan tahunan dan audit kepada SSM.
  2. Merekod setiap minit mesyuarat dan menyimpannya.
  3. Menasihati pengarah syarikat dan ahli pemegang saham tentang pematuhan terhadap Akta Syarikat 2016.

Masih pening memikirkan setiausaha syarikat yang ingin dilantik? Tak perlu pening, sebab Tengku Azrul & Co kan ada? Kami merupakan setiausaha dan akauntan bertauliah yang telah memperoleh sijil daripada Chartered Secretaries Malaysia (MAICSA).

Bersama kami, Tuan Puan juga bakal dibekalkan dengan banyak kelebihan seperti mempunyai akses privasi untuk syarikat, kelas dan template pengurusan dokumen syarikat. Semua ini akan diberi secara PERCUMA sahaja!

Jadi, Bagaimana Tuan Puan Boleh Dapatkan Servis Bersama Tengku Azrul & Co?

Untuk pengetahuan Tuan Puan, kami di Tengku Azrul & Co sentiasa bersedia untuk memberikan servis yang terbaik, berkaitan hal-hal khidmat pendaftaran syarikat Sdn Bhd.

Pencerahan lanjut tentang cara daftar Sdn Bhd ini boleh Tuan Puan dapatkan bersama kami di sini. Setiap pertanyaan Tuan Puan adalah berharga bagi kami.

Selain daripada khidmat pendaftaran syarikat, Tengku Azrul & Co juga turut menyediakan pelbagai servis perkhidmatan yang lain seperti:

  • Kiraan cukai jualan dan perkhidmatan (SST);
  • Kiraan cukai individu dan korporat;
  • Perkhidmatan perakaunan secara outsource;
  • Servis penubuhan syarikat Sdn Bhd dan banyak lagi.

Tuan Puan juga boleh layari website Tengku Azrul & Co untuk mengenali kami dengan lebih lanjut. Ayuh para usahawan, mari kita buat pilihan yang bijak hari ini juga!

Perlukan Bantuan untuk Mendaftar Syarikat Sdn Bhd?
Whatsapp saya untuk konsultasi PERCUMA.
Tengku Azrul, TAZ.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini