Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd

Nak daftar syarikat, tapi tak tahu nak mula dari mana? Jangan risau, kami di Tengku Azrul & Co ada menawarkan khidmat pendaftaran syarikat Sdn Bhd sebagai langkah pertama yang Tuan Puan boleh ambil melalui pelantikan setiausaha syarikat.

Tahukah Tuan Puan bahawa setakat ini, terdapat lebih daripada 150 buah syarikat di seluruh Malaysia yang telah berdaftar bersama Tengku Azrul & Co untuk mendapatkan khidmat setiausaha syarikat daripada kami?

Tambahan lagi, Tengku Azrul & Co juga sudah berdaftar dengan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jika Tuan Puan ingin mengetahui antara klien-klien terbesar kami, senarainya boleh dilihat di sini.

Tak cukup dengan itu, team kami juga mempunyai rekod pengalaman menjalankan tugas dengan baik, di samping mematuhi undang-undang akta syarikat tau! Pada kami, kredibiliti sebegini sememangnya wajar dimiliki oleh setiap badan setiausaha syarikat.

Apakah Frasa Di Sebalik ‘Sdn Bhd’ Ini?

Sdn Bhd merupakan sebuah frasa singkatan kepada Sendirian Berhad. Ia merupakan sebuah syarikat swasta yang dihadkan oleh saham dan merupakan jenis pendaftaran syarikat yang paling popular di Malaysia.

Berdasarkan Akta Syarikat 2016, hanya 1 pengarah dan 1 pemegang saham sahaja diperlukan untuk membentuk syarikat Sdn Bhd ini. Oleh hal yang demikian, Tuan Puan boleh sahaja mendaftarkan syarikat Sdn Bhd tanpa rakan niaga lain.

Bagaimana Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd di Malaysia Boleh Dilakukan?

Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd

Berikut adalah antara 5 langkah mudah pendaftaran syarikat Sdn Bhd di Malaysia yang perlu Tuan Puan ketahui.

  1. Melantik setiausaha syarikat yang bertauliah. Jika Tuan Puan memilih untuk mendapatkan khidmat bersama Tengku Azrul & Co, maka proses pendaftaran pertama ini sudah dikira selesai!
  2. Senarai maklumat berkaitan syarikat seperti 3 nama syarikat pilihan dan 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal dijalankan.
  3. Dokumen sokongan seperti maklumat bakal pengarah; salinan kad pengenalan (IC), alamat tempat tinggal, alamat e-mail dan nombor telefon.
  4. Sediakan juga maklumat berkenaan alamat dan operasi syarikat seperti modal berbayar, cadangan akaun bank syarikat dan alamat rasmi syarikat.

Berapa Lamakah Tempoh Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd yang Sewajarnya Para Usahawan Ketahui?

Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd

Tempoh masa pendaftaran syarikat biasanya mengambil masa di antara seminggu hingga dua minggu bekerja.

Untuk pengetahuan Tuan Puan, ia adalah peruntukkan masa yang paling wajar diperlukan oleh setiap setiausaha syarikat yang dilantik, untuk menguruskan proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd secara menyeluruh. 

Mari kami terangkan dengan lebih terperinci tentang pemecahan anggaran masa bagi setiap proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd yang terlibat.

Proses Pendaftaran Syarikat Sdn BhdPecahan Masa
Pendaftaran & pengaktifan akaun, serta carian nama syarikat.1 hari
Penyediaan dokumen pendaftaran.2 – 3 hari
Penandatanganan dokumen semua pengarah dan pemegang saham.1 hari
Penyerahan dokumen ke SSM.3 – 5 hari
Sijil digital pemerbadanan syarikat dikeluarkan oleh SSM.1 hari

“Jika Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd Saya Berjaya, Apa Langkah Seterusnya Ya?” – Usahawan Hebat

Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd

Andai kata proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd Tuan Puan diluluskan, SSM akan mengeluarkan sijil penubuhan syarikat Sdn Bhd Tuan Puan bersama-sama borang berikut:

  1. Borang Seksyen 14: Maklumat Penubuhan Syarikat
  2. Borang Seksyen 15: Sijil Rasmi Penubuhan Syarikat
  3. Borang Seksyen 17: Pengesahan Penubuhan Syarikat
  4. Borang Seksyen 158 & 236 (2): Borang Lantikan Setiausaha

Apa yang pasti, borang yang Tuan Puan terima ini hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan terjaga ya!

Hal ini kerana, dokumen tersebut mempunyai maklumat yang kebiasaannya diperlukan dalam urusan-urusan penting berkenaan syarikat, seperti pendaftaran lesen perniagaan atau mendapatkan pinjaman dari bank-bank di Malaysia.

10 Kelebihan Daftar Syarikat Sebagai Sdn Bhd

  1. Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu.
  2. Pemilik syarikat boleh bertukar, kerana pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham.
  3. Imej dan kredibiliti syarikat adalah lebih tinggi dan memudahkan proses memperoleh tender kerajaan, atau menarik minat pelabur dan pembekal yang besar dan berkualiti.
  4. Kesinambungan syarikat adalah lebih terkawal daripada terbubar dan operasi syarikat boleh dijalankan seperti biasa sekiranya berlaku sesuatu.
  5. Tanggungan atau liabiliti adalah terhad, di mana pemilik syarikat hanya akan mengalami kerugian pada modal yang dilaburkan sahaja.
  6. Pemilik syarikat boleh mendapatkan untung dengan cara mengambil dividen, bagi mengelak daripada dikenakan cukai. 
  7. Syarikat berpotensi lebih maju ke hadapan dan berdaya saing disebabkan oleh pengurusan syarikat yang teratur.
  8. Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank sebagai suntikan modal.
  9. Boleh melantik lembaga pengarah yang profesional, berpengetahuan dan berkemahiran.
  10. Penyata kewangan yang disahkan oleh auditor boleh membantu meyakinkan pelabur luar berkenaan prestasi syarikat.

Bagaimana Cara untuk Mendapatkan Khidmat Tengku Azrul & Co?

Untuk pengetahuan Tuan Puan, kami di Tengku Azrul & Co sentiasa bersedia untuk memberikan servis yang terbaik, berkaitan hal-hal khidmat pendaftaran syarikat Sdn Bhd.

Pencerahan lanjut tentang cara daftar Sdn Bhd ini boleh Tuan Puan dapatkan bersama kami di sini. Setiap pertanyaan Tuan Puan adalah berharga bagi kami.

Selain daripada perkhidmatan pendaftaran syarikat Sdn Bhd, Tengku Azrul & Co juga merupakan sebuah firma berlesen yang menyediakan perkhidmatan profesional untuk pelbagai entiti perniagaan seperti:

  • Servis perakaunan;
  • Servis percukaian;
  • Penyediaan rancangan perniagaan;
  • Penyediaan kertas kerja;
  • Konsultan perangkaan kewangan;
  • Perkhidmatan pendaftaran perniagaan dan syarikat (SSM).

Jika Tuan Puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa jua perkhidmatan yang kami sediakan, Tuan Puan boleh hubungi team Tengku Azrul & Co hari ini juga!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman.
Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini