Perunding Perniagaan: Semua Yang Anda Perlu Tahu

[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”4.0.11″][et_pb_row _builder_version=”4.0.11″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”4.0.11″][et_pb_text _builder_version=”4.0.11″ text_text_color=”#000000″ text_font_size=”20px”]

Perunding perniagaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah bisnes.

Antara tugas mereka adalah merancang perniagaan anda bagi memastikan matlamat anda tercapai.

Artikel ini mengulas lebih lanjut peranan perunding perniagaan dalam bisnes anda.

 

 perunding perniagaan

Tak ramai yang tahu bahawa pengalaman dan pengetahuan yang anda ada dalam sesuatu bidang boleh dijadikan sebagai pendapatan anda.

Itulah peranan sebagai konsultan atau perunding.

Begitu juga dalam bidang perniagaan, ramai yang berminat untuk berniaga, namun kekangan dari segi pengalaman, ilmu dan cabaran menyebabkan mereka berasa takut-takut untuk memulakannya.

Perunding ini, misalnya, bertanggungjawab memberikan nasihat kepada mereka yang memerlukan.

Anda akan terlibat dalam fasa perancangan, pelaksanaan dan pendidikan perniagaan.

Malah anda akan sentiasa berhubungan dengan pemilik perniagaan untuk mengetahui dan merancang perniagaan akan datang, keperluan pemasaran dan mengembangkan potensi.

 

Tugas Perunding Perniagaan

 perunding perniagaan

Selain yang telah disebutkan, kami senaraikan beberapa lagi tugas penting bagi seseorang yang bergelar sebagai konsultan perniagaan;

 

  1. Membantu pemilik perniagaan mengenal pasti keperluan pemasaran dan strategi mengembangkan jenama, produk dan sasaran pelanggan.
  1. Berkongsi dan menawarkan khidmat tentang penggunaan teknologi terkini dalam perniagaan, penjualan dan polisi perniagaan.
  1. Mengenal pasti jenis dan sumber pembiayaan pinjaman dan mengusulkan kepada pemilik perniagaan untuk membiayai perniagaan mereka.
  1. Menyusun rancangan perniagaan klien secara strategik dengan mengambil kira jangka masa panjang dan pendek.
  1. Melihat laporan akaun klien dan mencadangkan penambahbaikan kepada perniagaan mereka.
  1. Mencari masalah dan punca, serta jalan penyelesaian terbaik bagi sesebuah perniagaan.

Kemahiran Perunding Perniagaan

 perunding perniagaan

Untuk menjadi perunding ini, seseorang itu perlu mempunyai latar belakang yang kuat dalam pengurusan perniagaan.

Mereka juga perlu mempunyai pengalaman di beberapa bahagian seperti pemasaran, operasi, kewangan dan jualan.

Perundingan perniagaan juga perlu mempunyai kriteria seperti di bawah;

 

  1. Latihan

Untuk membolehkan mereka menjadi pakar dalam bidang yang diceburi, maka mereka perlu menyertai beberapa latihan atau kursus yang berkaitan.

Bagi perunding ini, mereka mungkin perlu menghadiri kursus berkenaan penganalisis perniagaan atau perniagaan profesional.

 

  1. Kemahiran

 Mereka boleh bekerja di industri yang berbeza, menjadikan kemahiran yang dimiliki juga lebih meluas.

 Contohnya, perunding ini yang ada di bidang perhotelan perlu mempunyai pengalaman dan latar belakang dalam pemasaran, tenaga kerja dan kos pembelian keperluan hotel.

 

Antara kemahiran yang perlu ada bagi perunding-perunding adalah; 

  • Kerjasama: Aspek ini sangat penting dalam kerja ini memandangkan mereka perlu berhubung dengan pemilik, pengurusan eksekutif dan kakitangan.

Adalah sangat baik jika anda dapat mewujudkan hubungan yang kukuh dengan setiap lapisan pengurusan perniagaan.

  • Perundingan: Kebiasaannya, perunding  akan bekerja secara terus dengan pemilik perniagaan untuk melatih dan mendidik mereka tentang amalan perniagaan.
  • Kepimpinan: Selain perlu memberi contoh kepimpinan terbaik, perunding  juga perlu mendapatkan kepercayaan daripada setiap lapisan pengurusan.
  • Daya penyelesaian masalah: Bila mana masalah wujud dalam sesebuah perniagaan, di situlah peranan perunding ini perlu dimainkan.

Mereka dianggap sebagai seorang yang boleh mengenal pasti punca masalah dan menyediakan penyelesaian terbaik untuk mengatasinya.

  • Kreativiti: Dalam menghadapi cabaran semasa dalam perniagaan, maka seseorang perunding ini itu perlu ada pendekatan yang bersesuaian supaya ia terus berdaya saing.

 

Kenali Jenis-Jenis Perunding Perniagaan

 Terdapat lima aspek di bawah khidmat ini.

1. Operasi

Aspek ini dapat membantu sesebuah perniagaan meingkatkan kualiti dan kecekapan proses pengeluaran bagi perniagaan anda.

Ada beberapa perunding yang pakai dalam mereka bentuk proses perniagaan, menganalisis potensi mengurangkan beberapa langkah pengeluaran namun masih mengekalkan kualiti dan merekabentuk proses yang boleh menjimatkan kos.

 

2. Pengurusan dan Strategi

Mereka perlu memahami kehendak sesuatu pasaran dan mengadaptasi amalan terbaik ke dalam perniagaan klien.

Perundingan perniagaan yang berpengalaman luas dan mempunyai kemahiran yang pelbagai diperlukan.

Sekiranya sesebuah perniagaan itu bercadang mengembangkan geografi perniagaan, portfolio produk dan pemasaran, promosi serta keberkesanan kos pengeluaran.

 

3. Pemasaran

Perunding ini adalah yang pakar dalam aspek pemasaran dapat membantu perniagaan dalam memperkenalkan logo baru, kedudukan pasaran atau produk baru, begitu juga dengan strategi media sosial untuk sasaran pelanggan.

 

4. Teknologi

Antara aspek khidmat perunding ini yang amat diperlukan dewasa ini untuk membolehkan sesebuah perniagaan sentiasa bergerak dengan keperluan semasa.

Terpulang kepada sesebuah perniagaan itu untuk menggunakan sistem yang baru atau mengintegrasi sistem lama dengan keadaan semasa.

Adat dalam sesebuah perniagaan, pasti ada naik turunnya, untung ruginya, jatuh bangunnya.

Untuk mengembangkan perniagaan anda di tahap yang lebih baik, pastinya khidmat perunding ini amat membantu di kala keadaan semasa yang semakin mencabar.

Dapatkan khidmat perunding perniagaan daripada Tengku Azrul & Co, yang terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan perniagaan, percukaian, kewangan dan sebagainya.

Bukan sahaja khidmat perundingan perniagaan, Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Servis Perakaunan

Servis Percukaian

Penubuhan Syarikat SDN BHD

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan

Konsultasi Perangkaan Kewangan

 

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jimatkan Masa dan Usaha dengan Perkhidmatan Perakaunan Kami

Dengan memilih perkhidmatan perakaunan kami, anda boleh yakin bahawa kewangan syarikat anda berada dalam tangan yang selamat dan berpengalaman. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.
Open chat
Hi
Anda ada pertanyaan mengenai Perakaunan/Percukaian? Click sini